"Berhenti .." Sungkie duduk di lantai setelah selesai mencari maksud untuk petunjuk yang pertama.
"Kejap aku kumpulkan." Jinhyun menggabungkan kesemua petunjuk.
1. Berhenti bersikap bodoh!
2. Berhenti
3. Berkurang
4. Repent
5. (Gambar lakaran)
6. Mengakui kesalahan
7. Berhati-hati dengan bulan sabit"Jadi maksudnya. Berhenti bersikap bodoh dan berhenti berkurang. Bertaubat dan mengakui kesalahan?" Asha mengerutkan dahinya.
"Jiwoon ada dapat petunjuk sebelum ini, petunjuk tu cakap hanya seorang sahaja akan bertahan sehingga ke akhir." Sampuk Haneul.
"Tak sekarang aku tak faham. Kita buat salah apa." Asha melihat ketiga lelaki yang berada dengannya.
"Korang ada buat apa-apa ke? Korang ada khianati antara satu sama lain?" Jinhyun memandang yang lain. Dia melihat Asha menunduk.
"Asha?"
"Bukan aku, tapi Jiera. Jiera yang bunuh Daeyoung dan Ariel. Dia mengaku sebelum tikam diri dia tadi." Sungkie menutup mulutnya yang ternganga akibat terkejut.
"Aku rasa macam dah terlambat. Orang yang kekacauan pun dah mati. Mereka tak sempat mengaku pun."
"Tak semestinya Haneul hyung. Mana tahu kita kena wakili mereka?" Sungkie menyuarakan pendapatnya.
"Aku tak tahu. Mungkin boleh cuba."
"Jom kita cuba." Sungkie mengajak senior-seniornya melutut.
"Nak cakap apa ni?" Asha memandang Sungkie.
"Minta maaflah."
"Maafkan kami, kawan-kawan kami telah membuat kesilapan. Tolong lepaskan kami." Jinhyun mengetuai ucapan maaf tersebut. Namun, tiada apa-apa yang terjadi.
"Sah! Dah terlambat!" Haneul mulai berputus asa dan bangkit dari melutut. Sungkie mengeluh perlahan. Tanda dia juga mulai menyerah.
"Mungkin darah perlu diganti dengan darah?" Jinhyun memandang Asha.
"Jangan mengarutlah!" Haneul memandang wajah serius Asha. Asha memandang Jinhyun.
"Kau kena bertanggungjawab, nyawa kami semua di tangan kau."
"Ya, aku tahu aku gagal Asha. Kau nak bunuh aku? Silakan. Kalau itu yang dapat puaskan hati kau."
"Sudah Jinhyun! Asha! Korang ni bodoh ke? Dekat sini dah cakap yang berhenti berkurang." Haneul menenangkan keadaan yang semakin panas. Sungkie menggaru kepalanya yang tidak gatal dan menyalakan sumbu memandangkan hari sudah semakin gelap.
Suasana tetap sepi dan hening apabila mereka memutuskan untuk berdiam diri. Sungkie melihat permandangan luar. Matanya tertumpu pada langit.
"Petunjuk kita ada kaitan dengan bulan kan?" Suara Sungkie memecahkan keheningan di antara mereka. Haneul mengambil bekas petunjuk dan menganggukkan kepalanya.
"Ya, dia cakap berhati-hati dengan bulan sabit. Kenapa?"
"Bulan sabit.." Sungkie menunjuk ke arah bulan sabit yang menerangi langit pada malam itu. Asha bangun dan merenung bulan tersebut.
Ketika mereka sedang leka memerhati bulan, mereka terdengar suara bising dari luar bilik darjah.
"Hanya kita kan yang bertahan, siapa dekat luar tu?" Haneul berkata dengan perlahan sambil memandang ke arah pintu. Asha mengangguk, dia memandang ke arah pintu dengan perasaan yang pelik.
Bam!!!
Pintu bilik darjah itu terbuka dan melihatkan satu lembaga hitam sedang tersenyum memandang mereka. Mereka tergamam dengan kejadian tersebut hanya mampu kekal di posisi sebelumnya.
YOU ARE READING
☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛs
Fanfiction" Selamat datang ke permainan yang menentukan nasib kalian. " Sekumpulan murid yang terjebak dalam satu permainan misteri sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. " Bodoh! Aku tak mahu bermain permainan ini lagi! " " Kau tak boleh lari!! " Apakah na...