Sepanjang hari tu mereka habiskan dengan bersiar-siar di taman berdekatan.
Wooyoung pula tidak habis habis merungut suruh hormat orang single, tapi lepas Yeosang cakap dia belanja semua benda yang dia nak terus diam.
Dasar-
"Weh korang jom tangkap gambar kat sini, lighting lawo nih!!" Panggil Wooyoung yang sudah memegang kamera.
Yeosang dan Seorin berjalan ke tempat yang dikatakan Wooyoung. Si Yeosang ni tak tau angin apa dia harini, dia tak nak lepas langsung tangan Seorin.
Baru sahaja Wooyoung mahu memberikan kamera kepada Seorin, Yeosang menghalang lalu menyuruh Wooyoung menangkap gambar mereka dahulu.
"Kitorang dulu, kau lepasni" Kata Yeosang lalu mula mengambil tempatnya.
Wooyoung tidak membantah, dia ikutkan sahaja arahan Yeosang. Ye la tak ikut kang nanti diugut taknak belanja hiks-
"Satu dua tiga , ok dah"
"Mana cukup satu gambar , tangkap la lagi" Kata Yeosang.
"Habis bila aku nak tangkap gambarnya?" Wooyoung menyoal.
"Nanti nanti pon boleh"
"Oh camni eh kau , lupa kawan"
"Habis kau online ngan San tengah tengah malam boleh pulak?"
"Dia takde kaitan ok!"
"Sama je la"
"Mana ada sam-"
"Sudah , sudah ! Asal gaduh gaduh ni? Korang kan kawan baik , takkan sebab ada kawan lain pun nak jadikan isu? Dan Yeosang aku tak cakap lagi aku terima kau . Wooyoung , tolong jangan tidur lambat. Tak elok . Dah sekarang dua dua minta maaf " Ujar Seorin sambil meleraikan perbalahan antara Wooyoung dan Yeosang.
Mereka berdua terdiam , takde sorang pun yang nak mula minta maaf.
"Takde sapa nak minta maaf ? Erm tak pe lah aku chaw lu , ye la sebab aku korang gaduh kan" Kata Seorin sambil berpura pura mahu pergi.
"Okok aku minta maaf sebab selalu buli kau , buat kau macam kuli dan lain-lain yang aku malas nak sebut. Aku minta maaf" Yeosang berkata sambil memegang tangan Wooyoung.
"A-aku pun nak minta maaf asyik kacau korang berdua date je , even dia tak terima kau kehkehkeh. Pasal buli tu sokay ,aku tak terasa pun. Kita kan kawan?" Wooyoung senyum sambil memandang Yeosang.
"Ya , kita kawan" Kata Yeosang sambil memeluk Wooyoung.
Sedang mereka berpelukan , tanpa disedari Seorin telah menangkap beberapa gambar mereka.
"Alala comel la korang ni , nak ada kawan camni gak!!" Seorin berkata.
"Aik kitorang bukan kawan kau ke?" Soal Wooyoung.
"Betul ke ni?"
"Eh taklah memain je , kau bukan kawan kitorang pun" ucap Yeosang.
"Habis aku ni apa?"
"Mula dah" Wooyoung berkata dengan nada menyampah.
"Kau kan bakal isteri aku" Yeosang berkata sambil tersenyum malu.
Seorin tidak tahu mahu memberi reaksi apa , dia mengibaskan mukanya yang tiba-tiba rasa panas.
"Sudah , sudah . Sendu aku kalau biar korang lama lama camni, jom la tangkap gambar sama sama. Nanti boleh buat kenangan~" Ujar Wooyoung.
"Okayyy!!"
"Satu dua tiga , say ateez!!"
"Ateez!!"
°°°°°
"Apa diorang buat?"
"Apahal kau tanya aku? Ingat aku nampak ke? Kau tinggi kan , takkan tak nampak?" San berkata.
"Eh lupa ketua kita ni pendek" Ucap Yunho.
"Tapi asal tuan Kim pilih kau jadi ketua eh? Tak sesuai tau tak? Aku lagi sesuai huehuehue" Kata Mingi.
"Korang lambat buat kerja siapa suruh"
"Sembang apa tu?" Soal satu suara.
Serentak dengan itu , ketiga tiga mereka terjatuh di atas satu sama lain. San menolak Mingi yang terjatuh di atasnya.
"Aik , apa Tuan Kim buat dekat sini? Kenapa tak duduk pejabat?" Soal San.
"Saja nak tengok mangsa kita bahagia buat kali terakhir"
"Erm okay"
"kau tak rasa yang Tuan Kim ni pelik ke?" Bisik Mingi kepada Yunho.
"apa yang peliknya?"
"yelah dia tu kecik je, tapi ramai yang dengar cakap dia asal?"
"Aku dengar ni!" Jerit Hongjoong.
"Pape je lah, bila Tuan nak balik ni? Dah malam nanti Seonghwa hyung membebel kat kitorang laa" Rungut Mingi.
"haih, yelah jom balik" Hongjoong mengeluh sebelum beredar dari situ.
Mingi dan San sudah mula buat pertandingan 'siapa lambat sampai dia kena bawa kereta' antara mereka berdua. Dan dimenangi oleh San yang sememangnya berlari laju.
Sementara itu, Yunho masih memerhati Seorin yang sedang bergembira dengan Yeosang dan Wooyoung.
"aku kena buat sesuatu"