09

301 54 68
                                    

"Jadi Yunho , macam mana kau boleh kenal Tuan Kim tu?" Soal Yeosang kepada Yunho yang duduk di bahagian belakang.

"Panjang ceritanya"

"Pendekkan"

Flashback

"Sampai bila kita nak merempat macam ni Mingi?" Aku bertanya kepada Mingi yang sedang berbaring di atas bentangkan kotak.

Mingi bangun , lalu mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.

Kling!

Aku dan Mingi memandang ke arah lelaki yang meletakkan duit syiling di dalam bekas kutipan duit tersebut.

Lelaki itu tersenyum, sebelum mencangkung di hadapan kami.

"Aku boleh tolong korang jadi kaya" bisik lelaki itu.

Aku dan Mingi memandang antara satu sama lain.

"Dengan syarat kau tak boleh khianat arahan aku" Sambungnya lagi.

"Kejap ya , bagi kami bincang dulu" Aku meminta izinnya sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Terima je la weh , aku dah dua minggu tak makan. Dia suruh ikut cakap dia je kan?" Kata Mingi.

"Tapi kita tak kenal dia , mana boleh ikut orang tak kenal"

"Suka hati kau la , Aku tak kira aku nak makan" Mingi berkata lalu memberitahu lelaki tadi yang dia terima tawaran itu.

"Kau pulak?" Soal lelaki itu kepadaku.

Aku memandang Mingi yang sedang memberi isyarat untuk terima sahaja.

Aku mengeluh.

"Baiklah saya terima"

"Bagus , nama saya Kim Hongjoong. Panggil Tuan Kim"

End of flashback

"Jadi dari situ lah kitorang kenal Tuan Kim"

"Tapi kenapa kau Beria sangat nak tolong kitorang? Bukan kau tak boleh khianat dia ke" Soal Wooyoung.

"Aku tak nak terjebak dah dengan kerja kerja macam tu , sebab tu aku nak tolong korang dapatkan perempuan tu balik" Jawab Yunho.

"Kita dah sampai" Ucap Yeosang lalu memberhentikan kenderaan jauh sedikit dari tempat tersebut. Takut takut ada anak buah Tuan Kim yang curiga dengan keretanya.

"Korang tunggu dekat luar dulu , biar aku tengok Line clear ke tak baru korang masuk" Yunho berkata lalu keluar dari kereta Yeosang.

Yeosang dan Wooyoung memerhatikan Yunho dari jauh , sebelum Wooyoung bertanya "Kau tak rasa pelik ke?"

"Nak pelik apanya? Dia nak tolong kita pun dah kira bagus , kau ni tak habis habis nak bersangka buruk dekat orang lain" Yeosang membalas panjang.

"Takde lah , hari tu dia jugak yang datang rumah kita cari Seorin . Pastu dia tiba-tiba datang balik, betul betul lepas Seorin hilang. Dan macamana dia boleh tau Seorin hilang?" Wooyoung menjelaskan kekeliruannya selama ni.

thanksWhere stories live. Discover now