08

281 52 52
                                    

Seorin membuka matanya perlahan-lahan , dia memerhatikan suasana sekeliling nya. Macam mana dia boleh ada dalam bilik ni?

Tidak lama selepas itu , pintu bilik itu terbuka dan muncullah satu muka yang dikenali nya.

"San? Kenapa kita ada kat sini? Kenapa aku kena ikat? Siapa diorang tu? Mana Woo-"

Belum sempat Seorin menghabiskan pertanyaannya , San memotong.

"Eh bising la pompuan!" Marah San.

Seorin terkejut , selama ni dia tak pernah melihat San marah. Maklumlah kenal 3 hari je

Datang lagi dua orang lelaki , seorang tinggi seorang lagi masih cuba untuk meninggi.

"Apa bising bising ni?" Soal lelaki yang masih cuba untuk meninggi itu.

"Tak de apa tuan , cuma pertanyaan klise dari mangsa je" Ucap San lalu menunduk di depan lelaki itu.

Seorin tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ni. Dia sangat kenal lelaki yang San panggil Tuan itu.

Ya , dia lah orang yang membelinya daripada ayahnya sendiri. Kim Hongjoong , siapa je tak kenal pengedar dadah yang sangat dicari polis itu. Tapi yang peliknya , dia hanya mengedarkan sahaja tetapi tidak mengambilnya.

"Hi darling , lama kita tak jumpa kan?" Ucap Hongjoong sambil mengusap pipi Seorin.

"Lepaskan aku!" Bentak Seorin , dia meronta-ronta di atas kerusi itu minta dilepaskan.

"Duduk diam diam la , pompuan" Lelaki tinggi itu berkata sambil mengetatkan lagi ikatan Seorin pada kerusi tersebut.

"Apa yang kau nak sebenarnya?!"

"Mudah je , kau kena jadi tikus makmal untuk dadah baru kitorang. Jangan risau dadah tu tak membunuh" Hongjoong berkata sambil tersenyum.

Senyuman yang penuh dengan kejahatan.

"Kalau aku cakap aku taknak?"

Tiba-tiba melayang sebilah pisau di sebelah nya. Lalu San mengambil semula pisau yang dibalingnya tadi.

"Dan itu jawapan untuk soalan tadi , ada apa-apa lagi?" Soal Hongjoong.

Seorin diam, tak tau nak jawab apa akibat terkejut yang melampau.

"Asal diam? besar la t-"

San mencubit lengan Mingi sebelum dia merapu lagi.

"Ok kita deal , thanks sebab memudahkan kerja kitorang. Dah jom!" Kata Hongjoong sebelum keluar dari bilik itu diikuti Mingi.

San memandang lama pada Seorin.

"San , kau tak kesiankan aku ke?" Soal Seorin , cuba meraih simpati.

"Tak , kalau boleh aku nak bunuh je kau sekarang ni. Tapi kau bernasib baik sebab Tuan Kim halang" Ucap San.

"Kenapa? Kenapa kau benci sangat aku? Apa salah aku kat kau?!"

"Mak kau dah rampas bapak aku dari mak aku!" Marah San.

Buat kali yang keberapa entah , Seorin terkejut. Adakah ini bermakna San abang tiri dia?

"Aku yang bunuh mak kau , sebab mak kau bapa aku tinggalkan mak aku . Dia takleh terima kenyataan yang dia dah bercerai. Kau tau apa jadi lepas tu?"

Seorin menggeleng, matanya sudah berair.

"Dia bunuh diri, kau faham tak betapa seksanya hidup takde sesiapa? Aku bernasib baik , keluarga Kim ambil aku jadi anak angkat. Dari situ aku mula fikir nak balas dendam dekat keluarga kau"

thanksWhere stories live. Discover now