"Itu sahaja , awak boleh pergi"
Yunho menunduk sebelum keluar dari pejabat Tuan Kim. Sebaik sahaja dia menutup pintu, satu suara menegurnya.
"borak apa?" soal San yang sepertinya dari tadi lagi menunggu di depan pintu tersebut.
Yunho terkejut , lalu dia mengurut dadanya. Nasib member kalau benda lain?
"Kau ni , tak reti nak tegur elok elok eh?"
"Hai Yunho , San nak tanya tadi korang borak apa?" Kata San dengan nada yang menyampah.
"Disebabkan identiti kau dah terbongkar , aku yang kena cover kau tau? Nasib tak kantoi" balas Yunho.
"Ye ye je tak kantoi, kalau kita kantoi kau orang pertama aku cari" San berkata lalu berjalan pergi dari situ.
"Pehal dia tu?" Mingi tang tiba-tiba muncul bertanya.
Yunho terkejut buat kali kedua.
"Ni lagi sekor suka sangat buat aku terkejut , dah lah aku nak makan" Kata Yunho sebelum pergi meninggalkan Mingi yang masih lagi blur.
°°°°°
"Lama lagi ke si Yunho ni , aku dah panas ni" Rungut Wooyoung.
"Tak sekarang ni , kau duduk dalam kereta sampai empat aircond kau ambik. Pasang yang paling kuat pulak tu. Mana datang panasnya hanat?" Yeosang berkata sambil memperlahankan suhu aircond itu. Dari tadi lagi dia tahan sejuk sebab aircond kuat sangat.
"Weh diam diam dia datang" Ujar Wooyoung langsung tidak menghiraukan Yeosang.
"Sorry buat korang tunggu lama-lama , jom lah masuk. Jangan risau line clear" Ucap Yunho sebaik sahaja menghampiri kereta Yeosang.
Yeosang dan Wooyoung memandang sesama sendiri, sebelum mengangguk.
"Wah , besar gila tempat ni" Kata Wooyoung yang teruja melihat hiasan di situ.
"Mana orang lain?" Soal Yeosang , dengan penuh curiga.
"Sekarang waktu makan" Kata Yunho lalu memetik jarinya
"Oh o-"
Yeosang terasa seperti ada seseorang menutup hidung nya dengan kain, dia memandang kepada Wooyoung yang sedang cuba melepaskan diri dari seseorang sebelum pengsan. Tak lama kemudian Yeosang juga pengsan.
"Mati mati aku ingat ubat tu tak efek kat dia" Kata Mingi yang beetugas menutup hidung Yeosang.
"Lambat la korang ni , diorang hampir tanya pasal tempat ni tau tak?" Marah Yunho.
"Alah lambat dua minit je , dah la anglat diorang ni cepat. Kang diorang sedar , susah kita" Kata San lalu mengangkat Wooyoung , sementara Mingi mengangkat Yeosang.
Yunho? Dia pergi makan, katanya makanan hari ni sedap.
°°°°°
"Ugh , dimanakah gue?" Kata Wooyoung sebaik sahaja membuka matanya.
Dia perasan dirinya diikat di sebuah kerusi bersebelahan Yeosang.
"Bangun pun kau" Ujar satu suara.
Kelihatan San dan Mingi berjalan mendekatinya.