Permaisuri Hati | 2

1.1K 79 1
                                    

" selamat pagi cik Hazel, Cik Muda tunggu awak di dalam pejabatnya. Hazel memandang kerani tersebut lalu tersenyum manis. Laju langkahnya menuju ke lif lalu tingkat 20 ditekan. Apabila tiba disana, dia mula melangkah ke bilik CEO, tiada nama tertera disitu. Dia melihat pakaiannya buat kali terakhir, dan mula mengetuk pintu bilik tersebut.

" Masuk!" suara husky gadis tersebut kedengaran, lalu Hazel memasuki bilik tersebut dengan senyuman, dia cuba untuk menghilangkan rasa gementar pada dirinya. CEO muda mengangkat kepalanya lalu memandang Hazel dengan senyuman. Hazel membuntangkan matanya memandang gadis tersebut. Gadis itu adalah Tengku Fatin Adriana! Idolanya selama ini yang sering distalk dilaman instagram.

" Cik Hazel Qaisara?" kata Fatin dengan senyuman. Hazel mengangguk sambil tersenyum. Hazel menghulurkan fail resume miliknya kepada Fatin.

" awak kan yang sepatutnya interview untuk jawatan setiausaha minggu lepas, saya minta maaf kerana ada kecemasan" kata Fatin lalu menjemput Hazel duduk. Hazel tersenyum manis.

" tak apa, cik. Saya faham" kata Hazel. Fatin melihat kembali resume milik Hazel.

" FATINNNNNN" tiba tiba seorang lelaki menyerbu masuk bilik tersebut menyebabkan Hazel terperanjat lalu memandang semula Fatin. Setahunya, Fafin amat terkenal dengan sifat sedingin ice serta ketegasannya. Fatin memandang sekilas lelaki tersebut.

" lain kali ketuk pintu dulu boleh tak Tengku Firyadi Ishfar, kau ni budak budak ke?" kata Fatin perlahan menyebabkan lelaki tersebut tersengih. Hazel memandang lelaki yang tiba tiba menyerbu masuk bilik tersebut dan dia terkejut melihat wajah Firyadi adalah lelaki yang dia tumpahkan kopi tempoh hari.

" by the way, this is my twin, Tengku Firyadi Ishfar" kata Fatin sambil memperkenalkan Firyadi kepada Hazel. Hazel menarik senyuman paksa apabila matanya memandang wajah Firyadi yang tersenyum sinis. Anak mata ungu gelap milkk Fieyadi menikam anak mata Hazel.

" so, ni lah setiausaha baru Fir, kan?" kata Firyadi sambil memeluk tubuhnya. Kemeja hitam dipadankan dengan tie merah, lengan dilipat sehingga siku menambahkan ketampanan Firyadi, apatah lagi apabila wajahnya yang bersih daripada jerawat serta rambutnya disikat kemas menampakkan dahi luasnya. Senang kata, lelaki itu amat sempurna pemakaiannya namun ianya tidak menarik hati Hazel malahan Hazel lebih terkejut mendengar kata kata Fatin.

" saya setiausaha siapa?" tanya Hazel sopan walaupun ikut anggaran, Firyadi dan Fatin kemungkinan sama umur dengannya.

" awak setiausaha Firyadi, saya sebenarnya tak perlukan setiausaha memandangkan saya sudah ada seorang, jadi awak akan bekerja di bawah Firyadi, tetapi kalau dia ada buli awak, boleh beritahu saya" kata Fatin lalu menjeling sekilas ke arah Firyadi tanda amaran. Firyadi menjelir lidahnya ke arah Fatin.

" Saya Tengku Firyadi Ishfar, saya harap kita dapat bekerja dengan baik bersama" kata Firyadi lalu menghulurkan tangannya. Hazel menyambut tangan Firyadi dengan senyuman, lebih kepada senyuman paksa kerana dia telah menempah bala !

" Saya Hazel Qaisara, harap dapat beri tunjuk ajar" kata Hazel perlahan. Firyadi memandang gadis tersebut walhal di dalamotaknya, dia telah merancang pelbagai benda khas untuk Hazel.

" awak akan uruskan jadual saya, kemudian jika ada apa apa mesyuarat ataupun temu janji, bagitahu saya, setiap pagi saya nak Espresso atas meja saya, kemudian kemas barang barang atas meja saya sebelum awak pulang, kemudian awak kena jalankan tugas sebagai teman wanita saya " kata Firyadi panjang lebar dengan sengihan. Hazel membuntangkan mata apabila mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Firyadi.

" kenapa saya kena jalan tugas teman wanita, saya bukan teman wanita boss , saya tak nak jadi teman wanita boss " kata Hazel dengan nada tidak puas hati, aku bekerja sebagai setiausaha bukannya teman wanita part time.

TBR 2 : Permaisuri HatiWhere stories live. Discover now