Permaisuri Hati | 10

857 61 0
                                    

" eh Tuan Muda, maaf terlanggar saya tak sengaja" kata Hazel sambil menunduk mengutip shopping beg miliknya. Firyadi hanya mengangguk lalu berlalu pergi.

" kenapa lain macam Firyadi tu?" kata Hazel muram. Teringat kata kata guraan yang sering bermain di mindanya. Dia memandang Firyadi yang berjalan pergi. Terasa kosong dihatinya apabila tiada kata kata manis dari Firyadi. Firyadi memasuki kedai Nike lalu melihat barangan berjenama di situ. Dia terlihat wajahnya di cermin namun matanya terpandang tubuh gadis yang berdekatan, sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki.

" Ziara?" tangannya menyeluk poket miliknya lalu berjalan pergi, cuba menyembunyikan diri daripada pasangan tersebut namun dia terpaksa berjalan melintasi mereka. Dia melintasi dihadapan Ziara dengan laju. Ziara yang tersedar memandang tubuh Firyadi namun hanya belakang tubuh dilihat, dia hanya menghiraukan. Firyadi melepaskan nafas lega. Dia memandang kearah kedai suit berjenama yang sering dikunjungi dia dan Fatin.

" apa salahnya beli suit baru enn?" kata Firyadi lalu berjalan memasuki kedai tersebut. Matanya terpandang Hazel dengan seorang lelaki, dia segera berjalan keluar.

" tak boleh ke bagi aku berjalan jalan tanpa jumpa orang yang aku kenal " kata Firyadi perlahan. Dia melihat Hazel yang mesra bersama seorang lelaki, ketinggian yang hampir sama dengannya, tersenyum manis bersama Hazel. Entah kenapa hatinya ingin melihat mereka, namun dia meneruskan niatnya untuk membeli kemeja dan suit yang baru.

" selamat datang, Encik" kata pekerja di butik tersebut. Firyadi hanya menarik senyuman nipis. Hazel memalingkan kepala dan dia terpandang Firyadi yang berada jauh darinya.

" saya nak suit yang saya tempah minggu lepas" kata Firyadi lalu melihat iPhone miliknya. Lelaki yang bersama Hazel memandang ke arah Firyadi yang lama ditenung okeh Hazel.

" Hazel , alang alang awak disini, esok saya ada schedule dengan WZ, yang projek Itali tu , pukul 10, saya takut saya lupa nanti " kata Firyadi
apabila menghampiri Hazel bersama lelaki tersebut. Firyadi tersenyum sinis. Dia memandang lelaki tersebut yang tajam memandang Firyadi. Hazel memandang kedua dua lelaki tersebut, terasa seperti ada aura dingin di antara mereka.

" boyfriend eh?" kata Firyadi sinis sambil melirik ke arah lelaki tersebut yang memandang tajam wajahnya.

" um encik, dia se---" kata kata Hazel terputus apabila lelaki itu memotong kata katanya.

" tunang, kau siapa? eh sekejap, Ryan Ishfar right? " kata lelaki tersebut dengan senyuman sinis. Firyadi tersenyum dingin laku berlalu pergi mengambil suit miliknya.

" tak sangka aku jumpa kau di sini, kedai suit mahal, kau mampu ke, ke kau tolong kutip je? "kata lelaki tersebut sinis.

" Shawn! " kata Hazel geram. Firyadi menarik senyuman nipis. Tangannya menepuk bahu Shawn perlahan lalu membisik perlahan.

" Kau tu, masih bawah tanggungan parents kau ke? Kesian parent kau dapat anak macam kau, syarikat pun tak boleh handle ada hati nak sombong, riak dan bongkak" kata Firyadi lalu berjalan pergi. Hazel memandang tubuh Firyadi berjalan pergi meninggalkan mereka berdua.

" kau, kerja dengan dia ke?" tanya Shawn dengan dingin. Hazel mengangguk. Dia yakin Shawn dan Firyadi mempunyai masa silam dahulu, berdasarkan kedinginan antara mereka berdua.

" kau kenal dia dari mana" kata Hazel perlahan sambil menyuap aiskrim Baskin Robbin perisa cotton candy kedalam mulutnya.

" Italy, dia pelajar pertukaran, can we just not talk about him" kata Shawn lembut namun nadanya terasa tegas. Hazek mengangguk lalu tersenyum namun hatinya memberontak ingin mengetahui lebih lanjut tentang kisah silam Firyadi.

TBR 2 : Permaisuri HatiWhere stories live. Discover now