" MATI KAU PEREMPUANNNNN" laju Firyadi mengangkat pisau ke udara ingin menikam Fatin namun Fatin lebih cepat dengan mengelak kepalanya menyebabkan pisau tersebut terkena lantai. Tangan Fatin pantas menarik pisau dari tangan Firyadi dan mencampak jauh. Firyadi memandang bengis wajah Fatin.
" SEDAR DIRI KAUU, KAU BUKAN KEMBAR AKU!! TENGKU FIRYADI ISHFAR!" jerit Fatin dengan linangan air mata. Firyadi memandang wajah Fatin, sedangkan baru tersedar dari mimpi. Fatin memegang wajah Firyadi.
" sedarkan diri kau, mana kembar aku yang penyayang, yang lemah lembut, mana? " kata Fatin dengan tangisan. Firyadi mengetap bibirnya menahan tangisan, sakit hatinya melihat kembarnya menangis sebegitu. Firyadi memeluk tubuh Fatin perlahan.
" mana kembar aku, mana? Kenapa kau kena jadi macam ni, siapa yang buat kau macam ni " kata Fatin sambil menangis di dada bidang Firyadi. Hatinya retak melibat kembarnya menjadi sebegitu kerana seorang perempuan.
" a-aku minta maaf, aku tak boleh kawal diri aku, aku... " kata kata Firyadi terputus apabila dia rebah. Fatin mula menjerit meminta pertolongan.
✿
" selepas hari tu, Firyadi tak pernah sukakan sesiapa, dia nak bersama dengan aku, dia tak ada kawan di Itali sebab aku terpaksa pergi Jerman semula, aku terpaksa tinggalkan dia" kata Fatin perlahan. Aizat mengeluh perlahan, dia tak sangka Firyadi yang selama ini menghiburkan orang dengan sikap gembira dan baiknya pernah ada sejarah lama.
" mana pergi Firyadi aku yang dulu" kata Fatin perlahan. Dirinya keliru, pelik dan ingin tahu apa yang Ziara pernah buat pada Firyadi, dia kena tahu !
" Firyadi yang dulu dah mati" kata Firyadi sinis di dalam hatinya apabila kata kata Fatin terngiang ngiang di mindanya. Dia memandang Hazel yang masih bekerja, walaupun sudah pukul 5.
" sudahlah tu, waktu bekerja dah habis" kata Firyadi perlahan dengan senyuman manis. Hazel menarik senyuman.
" sekejap lagi saya balik, nak habis dah kerja" kata Hazel lalu memfokuskan pada laptopnya. Firyadi masuk ke dalam biliknya lalu mengambil blazernya. Dia memandang fail projek bersama syarikat WZ.
" ah kalau projek ni aku batal bukannya rugi apa pun, setakat 1 Juta tu celah gigi jelah" kata Firyadi lalu mengambil fail tersebut untuk dibawa pulang untuk diberi semula kepada Fatin, paling tidak pun tangguh projek ni.
" Hazel balik dengan siapa?" tanya Firyadi apabila melihat Hazel mengemas barang barangnya.
" saya balik sendiri, kenapa?" tanya Hazel sopan. Walaupun dia kadang kadang rasa nak sepuk lelaki ini, dia masih hormat lelaki tersebut sebagai bossnya.
" hati hati " kata Firyadi lalu mengenyit matanya dengan senyuman lalu berlalu pergi. Hazel memandang Firyadi berlalu pergi, bayangan wajah Firyadi berlayar di dalam mindanya, wajahnya mula menukar warna. Figura Firyadi yang tingfi, rambutnya yang disikat kemas menampakkan dahi luas miliknya yang bersih daripada sebarang jerawat, mata ungu gelap miliknya yang unik, senyuman manis bak delima mampu mengoncangkan hati mana mana gadis termasuk Hazel
" Hazel Qaisara " gumam Firyadi perlahan. Dia memasuki kereta Ferrari California miliknya lalu memecut pulang kerana malam ini The Black dan Black Rose akan dinner bersama.
" Fir dah balik " kata Firyadi seraya memasuki rumah, wajah Fatin menghiasi matanya. Firyadi tersenyum.
" Awalnya bersiap? " kata Firyadi apabila melihat Fatin yang siap mendandan rambutnya, rambutnya hanya dilepaskan, dan hujung rambutnya dialunkan sedikit bagi menampakkan keanggunan pada diri gadis itu. Fatin menjentik dahi Firyadi kuat.
" ADUHHHHH!! WHAT WAS THAT FOR? " kata Firyadi kuat sambil mengosok dahinya akibat jentikan padu Fatin. Fatin mencekak pinggang.
" AKU SURUH KAU BALIK AWAL KAN, AKU SEPUK KANG DENI PERGI BERSIAP SANA " kata Fatin geram lalu kembali ke biliknya. Firyadi mengadu sakit sambil berjalan memasuki biliknya.
" FIRYADI ISHFAR, JOM CEPAT " kata Fatin sambil bermain dengan kunci kereta sport milik mereka. Harini, mereka akan menaiki kereta sport kesayangan mereka berdua, GTR berwarna hitam merah. Tertulis pada nombor plat, FF Twins, khas ditempah. Firyadi turun ke garaj, baju tuxedo hitam putih dipadankan dengan tie hitam, rambutnya dipacak keatas, tangannya elok terletak jam Rolex miliknya serta kasutnya elok berkilat. Sesuai dipadankan dengan tubuh badannya yang tegap dan tinggi, dan amat sesuai dipadankan dengan Fatin, yang memakai dress hitam yang labuh, berserta wajahnya yang bersolek nipis, high heels hitam elok tersarung dikakinya menampakkan rupa model dirinya walaupun sememangnya mereka model. Sememangnya ini dinner yang grand bersama rakan rakan mereka, belum lagi acara rasmi mahupun award show.
" let's go" kata Fatin lalu ingin memasuki bahagian pemandu namun dihalang Firyadi.
" aipp, you are not allowed to drive tonight beautiful lady, let me" kata Firyadi lalu mengambil kunci kereta yang ada pada tangan Fatin lalu membuka pintu kepada Fatin. Mereka bertolak ke Fantastic Hotel, hotel 5 bintang terkenal.
" you first my lady" kata Firyadi sambil menghulurkan tangan kepada Fatin. Mereka berjalan beriringan ke dalam hotel, disebabkan hitel in merupakan hotel private, maka tiada paparazi ataupun wartawan. Hanya bangsawan dan orang kaya mampu kesini.
" i'm here for a dinner under The Black's " kata Fatin lalu pelayan membawa mereka ke bilik private. Wajah Aryana, Alisha, Ariana dan Aireen menghiasi mata Fatin dan Firyadi apabila mereka melangkah masuk. Laju mereka berempat berlari memeluk ketua mereka, rindu yang lama tersimpan akhirnha terubat.
" yo bro" tegur Firyadi pada Farhan, Haykal,Adam dan Dani dan menghiraukan Aizat.
" amboi engkau, aku bakal keluarga kau, kau abaikan aku" kata Aizat geram. Firyadi menjelir ke arah Aizat.
" Aku jumpa kau setiao hari, muak!" kata Firyadi sinis. Mereka yang lain hanya melihat pertikaman lidah antara Firyadi dan Aizat. Setelah sekian lama, akhirnya mereka kembali bersama.
" so how's life? " tanya Firyadi pada gadis gadis Black Rose, masing masing sibuk dengan kehidupan sendiri namun tidak pernah mereka lupa akan sahabat mereka,hanya kekangan masa menyebabkan mereka ymjarang melepak seperti dulu.
" Business Management, obviously busy as hell, dah macam zaman EPO dulu" kata Aireen selamba. Masing masing terkenang zaman sekolah mereka, zaman EPO, zaman The Monster Devil, zaman School Ruler.
" Jangan flashback! Makan dulu" kata Danial selamba dengan sengihan. Mereka menikmati makanan mereka dengan gelak tawa, melepaskan rindu.
" so I heard Fatin dan Aizat, Haykal And Aireen dan Farhan dan Aryana nak kahwin this year " kata Ariana dengan sengihan nakal. Fatin seperti biasa hanya senyap, manakala yang lain sudah mula mengusik pasangan yang bakal berkahwin.
" Firyadi, kau tak ada girlfriend ke? Muka Hot package ni takdak orang berkenan? Penipu sungguh "kata Alisha seakan tidak percaya. Firyadi menguak rambutnya kebelakang.
" hensem kan aku Isha? " kata Firyadi dengan kenyitan mata mengundang tamparan padu di bahu lelaki tersebut, hasil daripada penangan Adam, tunang Alisha.
" AKU MELAWAK JA SETANNNNN, AKU TAKNAK PUN AWEK ENGKO YANG GARANG NAMATI TU" jerit Firyadi lalu mengosok bahunya yang terasa pedih. Farhan dan Aizat mengelakkan Firyadi manakala Adam tersenyum sinis.
" berani nak calas tunang aku, aku bagi patah bahu kau biar cacat" kata Adam geram.
" Fatinnnn tengok tuuuu" kata Firyadi cuba meraih simpati pada Fatin.
" kalau kau patahkan bahu dia, kau jagalah dia, aku taknak" kata Fatin dengan tawa menyebabkan Firyadi menarik muncung manakala yang lain tertawa.
" alangkah indahnya jika keadaan ni kekal selamanya"
B E R S A M B U N G
YOU ARE READING
TBR 2 : Permaisuri Hati
Romance一 Sequel The Black's Rules 一 ❝ Berani kau tinggalkan aku selepas curi hati aku? ❞ ❝ Jadi teman wanita aku ❞ ❝ Kalau kau boleh tunjuk ego kau,kenapa aku tak boleh ? ❞ ❝ Ya,kalau dulu,aku suka kau,aku sayang kau,aku tergila-gilakan kau,tapi sekaran...