Promote 🌠
Aduhai, Senior Kerek!
Kau, Secret Admirerku!
By : MiraFifah_( ✿ )
" so Tengku Firyadi Ishfar, how's life? Masih miskin ke?" kata kata Ziara mengundang kejutan besar ahli The Black dan Black rose kerana Fatin dan Firyadi tidak pernah jatuh miskin malahan makin meningkat naik. Minah ni duduk dalam gua ke apa?
" kau tunggu aku cari kau sampai jumpa " kata Fatin lalu menutup iPhone milik Firyadi. Wajah Firyadi muram, mengundang kebimbangan Fatin. Aizat mengisyaratkan kepada Fatin untuk bawa Firyadi kebilik.
" dahlah aku dengan Fir tidur dulu, bilik korang pilih je memana, kecuali tingkat 3 okay bye goodnight jumpa esok" kata Fatin lalu menarik Firyadi ke biliknya.
" siapa Ziara ?" tanya Adam dengan penuh tanda tanya namun persoalannya dipatahkan dengan kata kata Aizat.
" tidur dulu, esok tanya Fatin " kata Aizat lalu segera menaiki bilik masing masing. Sebelum naik, mereka memastikan suis dan pintu dikunci walaupun villa milik kembar ini lengkap dengan keselamatan tercanggih.
" kau, okay tak Fir?" tanya Fatin lalu menarik Firyadi duduk di atas katil, bersebelahan dirinya. Firyadi menarik senyuman nipis lalu mengangguk.
" tak baik tahu pendam sorang sorang, aku ada untuk kau ni" kata kata Fatin bagaikan menusuk hati Firyadi. Segala kenangan di Itali bermain di fikirannya. Empangan air mata lelaki tersebut akhirnya pecah, Lelaki dingin bernama Firyadi meruntuhkan empangan air mata akibat seorang gadis.
" aku sakit Fatin, sakit hati aku macam kena tusuk dengan pisau berkali kali, aku tak tahu kenapa, kenapa aku rasa sakit sangat. Kenapa aku kena lalui semua ni dulu, kenapa dia kena hadir balik dalam hidup aku " Firyadi memeluk tubuh Fatin lalu menangis dibahu Fatin. Fatin mengusap perlahan belakang badan Firyadi, umpama ibu menenangkan anaknya.
" kau tak boleh macam ni Fir, takkan kau nak tunjuk diri kau macam ni depan dia hmm?" kata Fatin perlahan. Belakang kepala Firyadi diusap perlahan.
" kau kuat Fir, Mana kembar aku yang dulu? Kau dah berjaya 5 tahun dulu, kau balik Malaysia, jumpa aku, takkan kau nak robohkan tembok kau untuk dia? Lupakan dia, tunjukkan siapa kau yang sebenar" kata kata Fatin tenang sambil mengusap belakang badan Firyadi. Kalau dulu, Firyadi selalu ada untuknya, dikala dia dengan Aizat ada masalah, dikala berlaku pergaduhan, sampaikan dia diselamatkan oleh Firyadi, kenapa sekarang Firyadi kelihatan lemah dihadapan perempuan tersebut? Kalau dulu, Firyadi tidak pernah menangis untuk perempuan selain dirinya, kenapa sekarang Firyadi menitiskan air matanya?
Besarnya parut yang ditinggalkan di hati Firyadi akibat ditolak wanita itu, sehingga runtuhnya tembok ego yang dibina Firyadi bertahun lamanya, akibat suaranya sahaja mampu menjatuhkan Firyadi. Luka yang dibuat oleh gadis itu meninggalkan parut yang dalam kepada kehidupan Firyadi.
" pandang aku Fir " kata Fatin lembut. Anak mata Firyadi bertemu dengan anak mata Fatin.
" kau bukan lemah begini, ni bukan Firyadi yang aku kenal, Firyadi yang aku kenal selalu senyum, kerek, acah, dan takkan pernah jatuhkan maruah kerana seorang wanita. Kau kuat Firyadi, kau kembar aku. Bila aku nampak orang sentuh kembar aku, aku tak boleh berdiam diri. Aku cuma ada kau je dalam dunia ni " kata Fatin tenang. Firyadi mengetap bibirnya menahan esakan.
Kalau dahulu, dihadapan orang lain, dia digelar Lelaki Ais kerana kedinginan dan karismanya. Kalau dahulu, dialah lelaki yang tiada belas kasihan, tiada hati dan perasaan. Namun dihadapan kembarnya, dialah orang yang paling lemah, dia tidak mampu menjadi sedingin ais, dia tidak mampu menyorokkan perasaannya. Dia juga insan lemah bernama manusia.
" kau kena ingat ni, kau bukan selemah yang kau sangka, buktikan dihadapan perempuan tu yang kau boleh hidup tanpa dia. Kau bukanlah lemah, kau Tengku Firyadi Ishfar, kau kembar aku, kau CEO termuda di Asia dan kau juga ahli keluarga yang aku ada, kalau kau ada masalah, tolonglah jangan pendam seorang. Kalau dulu kau boleh bantu aku, kau boleh ada sentiasa disaat aku jatuh, disaat aku dipijak, dicaci dan dimaki. Kenapa aku tak boleh ada untuk kau? Aku hanya ada kau dalam dunia ni, kau saja adik beradik yang aku ada, kau saja yang mampu faham aku " kata Fatin dengan linangan air mata. Sakit hatinya melihat Firyadi menjadi lemah, kerana seorang perempuan.
" aku minta maaf, sebab susahkan kau, aku taknak susahkan kau, sebab kau kembar aku, kau dah banyak tanggungjawab, kau kena urus syarikat, kau ada tunang, kau kena urus rumah, college, syarikat dengan projek bertimbun, dan aku? Aku taknak bebankan kau, cukuplah semua tugas yang kau pikul sekarang, aku tahu kau penat. aku taknak kau terbeban dengan masalah aku " kata Firyadi sambil tersenyum lalu mengelap air mata Fatin dengan ibu jarinya.
" bodoh jangan senyum, kau buat aku sakit, kau buat aku rasa macam kembar paling tak guna" kata Fatin dengan tamparan perlahan di pipi Firyadi. Firyadi tertawa.
" kau kembar aku, aku sayang kau, aku takkan pernah rasa terbeban, semua tentang kau sebab kau saja aku ada, aku nak kau hidup seperti biasa, seperti dulu, Tengku Firyadi Ishfar, buang kisah lama kau dan tunjukkan dekat dia kau bukan lemah " kata Fatin perlahan dengan senyuman. Firyadi tersenyum. Hatinya lega, dia bersyukur ada kembar seperti Fatin.
" biar aku handle projek tu " kata Fatin lalu menepuk bahu Firyadi perlahan. Fatin berdiri ingin keluar dari bilik tersebut namun tangannya ditarik.
" tak perlu, biar aku yang handle projek tu, aku tahu apa aku buat" kata Firyadi tenang. Fatin tersenyum nipis, dia tahu kembarnya ada rancangan.
" suit yourself, aku okay je, dahlah tidur dulu, goodnight" kata Fatin lalu menutup pintu bilik Firyadi. Firyadi membaringkan diri di atas katilnya lalu mengeluh perlahan. Dia kena hadap kesakitan yang lalu untuk bangkit semula.
" kau boleh Fir, kau boleh, kau kena kuatkan diri kau, kau tunjukkan pada dia siapa diri kau, biar dia tunduk pada kau" kata Firyadi dengan senyuman sinis. Matanya mula terlelap.
" Good Morning semua manusia" kata Haykal lalu memandang semua penghuni villa atau lebih kepada penumpang.
" morning kepala lutu kau, dah tengahari baru bangun, macam mana nak kahwin ni, kesian bakal bini kau dapat laki pemalas" kata Adam sinis sambil melirik ke arah Aireen. Haykal laju menuruni tangan lalu mengejar Adam. Ingin dia cili mulut puaka Adam.
" dah dah lah tu main kejar kejar, jom makan" kata Fatin lalu menjemput untuk makan tengahari. Hidangan yang dimasak oleh Black Rose kelihatan mewah.
" perghhh Fatin, kau punya masakkan tak pernah mengecewakan" kata Farhan. Ahli The Black mengangguk setuju.
" alah biasa jelah, korang nak apa bodek bodek aku" kata Fatin sambil merenung wajah The Black. Ahli The Black hanya tersengih. Riuh meja makan tersebut demgan gelak tawa.
" Fir nak keluar jap" kata Firyadi lalu mengambil kunci kereta miliknya. Fatin hanya mengangguk.
" WOIII BELI MCD OTW TU AKU NAK" jerit Danial namun Firyadi membalas dengan senyuman nipis.
" kalau rajin" kata Firyadi lalu deruman kereta sport milik Firyadi laju meninggalkan villa tersebut.
" FATIN CERITA AH APA JADI DEKAT FIRYADI, SELALUNYA ADA JA MEMBALAS KENAPA SENYAP SUNYI JE, SIAPA ZIARA" kata Haykal. Fatin mengeluh lalu menceritakan segalanya yang berlaku di Itali.
" biadap punya perempuan, nak je aku lenyek muka dia" kata Alisha geram. Fatin tersenyum nipis.
" jangan risau, Firyadi tahu apa yang dia akan buat, dia dah kembali macam dulu" kata Fatin dengan senyuman nipis. Aizat memandang Fatin dengan tanda tanya.
" tu bukan Firyadi ke? Kembar Fatin, wow untungnya boleh nampak in real life, kacaknya" kata perempuan yang lalu lalang di mall apabila melihat Firyadi. Firyadi hanya berjalan selamba. Tiba tiba seorang wanita melanggarnya.
" sorry, saya tak sengaja" kata wanita tersebut lalu meminta maaf. Firyadi memandang wajah gadis tersebut.
" Hazel?"
B E R S A M B U N G
YOU ARE READING
TBR 2 : Permaisuri Hati
Romance一 Sequel The Black's Rules 一 ❝ Berani kau tinggalkan aku selepas curi hati aku? ❞ ❝ Jadi teman wanita aku ❞ ❝ Kalau kau boleh tunjuk ego kau,kenapa aku tak boleh ? ❞ ❝ Ya,kalau dulu,aku suka kau,aku sayang kau,aku tergila-gilakan kau,tapi sekaran...