Permaisuri Hati | 13

870 60 4
                                    

" Ryan?" kata Shawn lalu berdiri memandang Firyadi. Firyadi menarik senyuman sinis.

" look who we have here, awek kau melutut dekat aku, kau datang dekat Fatin? Wow, what's next?" kata Firyadi sinis. Fatin menyandarkan tubuhnya ke atas kerusi sambil menghirup teh miliknya. Dingin wajahnya melihat Shawn menjejakkan kaki ke pejabatnya.

" kenapa kau ada disini? " tanya Shawn geram. Dimana dia berada, mesti Firyadi ada, sudahlah dia ingin menarik Fatin ke sisinya tadi, mudah kerjanya selepas ini, disangka gadis ini muda jatuh perangkap miliknya namun tidak disangka Firyadi ada disini.

" kau tak sedar eh? Kau yang dapat dekat syarikat aku, salah ke aku datang ke syarikat milik aku dan kembar aku?" kata Firyadi dingin.

" in case kau tak duduk Asia lama, aku dengan Fatin ni kembar, boleh beli Vogue edisi May untuk tengok dengan lebih lanjut, tak pun nah " Firyadi menghulur majalah Allure yang mempunyai muka depan mereka berdua.

" kalau kau lupa, kau dulu hina kata keluarga aku pelacur, aku boleh datang ke Itali sebab hasil duit pelacur kan? Kau kata aku miskin, tak layak duduk di bumi Italy, well think again, sebab aku rasa semuanya dah terang di hadapan mata kau, and kalau kau rasa aku dan kembar aku biadap ke atas kau, boleh cancel projek ni tapi aku takut syarikat kau bankrup lah sebab kehilangan 2 Juta USD. So think again buddy " kata Firyadi lalu menapak keluar dari bilik tersebut. Fatin hanya memandang wajah Shawn yang seakan tidak percaya sambil membelek majalah Allure dengan laju. Fatin meletakkan fail projek kuat mengejutkan Shawn.

" listen here, Mr Shawn. I am not here to play, and saya sendiri perlu professional dan tidak mencampur hal peribadi dengan kerjaya, namun kalau Encik datang sini, cuba merosakkan imej saya di mata Asia dan rosakkan reputasi syarikat saya dengan membuat skandal, saya takkan teragak-agak untuk membawa kes ini dalam mahkamah, jangan ingat sebab Encik bergabung projek dengan syarikat saya, Encik boleh senang senang menganggu saya secara sexual dari segi mental dan fizikal ye, dengan harapan dapat jatuhkan syarikat saya. Saya harap projek kali ini tidak menyebabkan saya menyesal memilih syarikat Encik ye, terima kasih kerana luangkan masa harini " kata Fatin tenang namun nadanya dingin, matanya memandang tepat ke anak mata Shawn.

" I'll make sure your mind baby, saya takkan sentuh hal syarikat dan hal peribadi, see you next time " kata Shawn sambil mencuit pipi Fatin lalu berjalan keluar. Fatin mengosok pipinya kasar. Jijik rasanya.

" apa bala dua ketul tu datang dekat syarikat ni, aduh " kata Fatin lalu mengeluh perlahan.

" Hazel, jom " kata Firyadi lalu mengambil beg tangan Hazel. Dia menoleh kebelakang sambil menunggu Hazel yang cuba mengejar langkahnya, lupa gadis itu memakai kasut tumit tinggi.

" sorry boss, jom cepat " kata Hazel dengan sengihan. Firyadi mengeleng lalu berjalan mengikut rentak Hazel, kesian pada Hazel jika dia berjalan laju. Mereka berjalan bersebelahan hingga ke tapak parking namun tangan Firyadi ditarik kebelakang menyebabkan lelaki tersebut terkejut. Dia menoleh kebelakang dan melihat Ziara memegang tangannya. Dia menepis kasar pegangan tangan Ziara.

" what do you want?" kata Firyadi malas. Ziara membuat muka comel.

" tolonglah I Ryan, kereta I buat hal lah" kata Ziara dengan lemah lembut, namun wajah Firyadi kekal dingin.

" so? Aku dah lambat, jom Hazel" kata Firyadi lalu masuk ke dalam kereta Mustang miliknya. Malas ingin melayan perempuan murahan itu.

" Boss, tak kesian ke kat dia? Mana tahu dia memang tak ada orang nak tolong ke lepastu nak hujan ni" kata Hazel sambil melihat Ziara dari tingkap. Firyadi mengeluh lalu membuka tingkap keretanya.

" woi perempuan, masuk" kata Firyadi kasar lalu membuka kunci pintu keretanya. Wajah Ziara melebar dengan senyuman.

" tak sangka you still care tentang I" kata Ziara dengan senyuman, haruman perfume miliknya memenuhi ruang kereta milik Firyadi.

" Hazel, ada perfume kan? Pinjam kejap " kata Firyadi sambik memfokuskan pada jalan raya. Hazel memandang pelik Firyadi namun diberi perfume miliknya, Firyadi menyembur haruman vanilla yang manis ke dalam keretanya lalu menyerahkan kembali dengan senyuman.

" thank you, saya suka bau perfume awak" kata Firyadi. Ziara mengetap bibirnya geram, bukan dia tidak tahu Firyadi ingin membuang haruman minyak wangi miliknya.

" sebab saya tak suka bau dalam kereta saya, busuk" kata Firyadi sinis. Disebalik hatinya , dia tidak mahu mengimbau kenangan kerana bau minyak wangi Ziara adalah bau kegemarannya. Tidak pernah dia lupa akan bau minyak wangi tersebut yang selalu menemaninya di Itali.

" Dah, kau turun, aku banyak kerja nak buat" kata Firyadi setibanya di hadapan Apartment milik Ziara, nasib Apartment tersebut dekat dengan tapak projek miliknya, dan kalau bukan sebab Hazel, takkan dia hantar mahupun bantu gadis tersebut, biarkan dia berada ditengah panas ataupun dibasahi hujan, dia tidak kisah.

" saya minta maaf sebab suruh boss hantar dia, mesti boss tak selesa kan?" kata Hazel kesal, dia tahu ketegangan antara dua manusia tersebut mesti berpunca daripada kisah silam mereka.

" tak ada apa pun, kalau bukan sebab kau suruh aku takkan buat" kata Firyadi tenang. Mereka tiba di tapak pembinaan projek mereka, Firyadi menghulurkan topi keselamatan serta memegang payung untuk melindungi Hazel dan dirinya dari cahaya matahari yang memancar terik. Kot miliknya sudah diletakkan di dalam kereta dan kemeja miliknya dilipat sehingga paras lengan, dengan cuaca yang panas ini, tidak sanggup dirinya ingin memakai pakaian formalnya.

" tuan Firyadi, untuk projek ini sepatutnya 30 tan simen dihantar oleh syarikat SX Enterprise dan sepatutnya ada 2 hari lepas tapi sampai hari ini tiada, dan kita kekurangan stok simen" kata salah seorang pekerja disitu yang bertanggungjawab mengemaskini dan mencatat data penghantaran barang disitu.

" Hazel, boleh saya tengok fail dengan SX" kata Firyadi. Hazel mengangguk lalu menghulurkan fail kepada Firyadi. Firyadi melihat data pada fail tersebut lalu mengosok dahinya perlahan.

" kenapa SX Enterprise tak hantar barangan kalau dua hari lepas mereka kata mereka dah hantar, pelik ni" kata Firyadi sambil melihat pekerja tersebut.

" sebelum ni ada tak sesiapa datang lagi ke sini selain saya dan cik muda?" kata Firyadi laku pekerja tersebut mengangguk.

" ada seorang lelaki ni dia datang lepastu dia ada bercakap dengan pekerja di sektor barangan kemudian dia pergi, tapi saya tak sempat tanya pekerja tu sebab ada penghantaran" kata pekerja tersebut kesal. Firyadi hanya mengangguk perlahan lalu menarik senyuman.

" tak apa, nanti saya contact SX Enterprise dan esok sampai simen tu, terima kasih atas kerjasama" kata Firyadi tenang. Hazel menarik senyuman kepada pekerja tersebut laku memegang semula fail yang dibdrikan kepada Firyadi.

" kau rasa pelik tak?" kata Firyadi dengan tiba tiba. Hazel mengerut kening pelik.

" dua hari lepas SX dah contact kata dia dah buat penghantaran, tapi tiba tiba penghantaran tu dibatalkan, takkan tiba tiba SX nak batalkan penghantaran kalau benda tu boleh merugikan pihak dia sendiri" kata Firyadi. Hazel mengangguk setuju.

" saya rasa, pihak SX ada buat kesilapan tapi kalau mereka buat silap, bukan ke mereka akan sedar dengan cepat?" kata Hazel. Firyadi mengangguk perlahan, benar juga kata Hazel.

" SX Enterprise bawah naungan siapa?" kata Firyadi pelik namun Hazel mengeleng tanda tidak tahu. Firyadi mendail nombor Fatin.

" weh nak tanya, kenapa SX Enterprise tak hantar lagi 30 tan simen dekat site di Banting, ada pekerja bagitahu penghantaran sepatutnya sampai 2 hari lepas " tanya Firyadi melalui telefon.

" aikk sepatutnya dah sampai lah, SX sendiri confirmkan yang duit dah dibayar dekat syarikat penghantaran, takkan tiba tiba tak dihantar kot, walhal selalunya tak ada isu pun dari segi penghantaran barang ke site sebab memang under syarikat kita, kalau depa dapat contact pasal apa apa order, mereka akan hantar secepat mungkin " kata Fatin panjang kebar mengundang kebingungan kepada Firyadi.

" SX under siapa? " tanya Firyadi dengan tanda tanya, dia sudah syak yang SX melakukan kesilapan.

" Shawn "

B E R S A M B U N G

TBR 2 : Permaisuri HatiWhere stories live. Discover now