" Ziara, are you there? Kau cerita sampai kau cedera lepastu termenung, are you okay honey?" tanya Shawn. Ziara tersedar dari lamunannya, dia sudah gila gamaknya!
" no, i'm okay, I got to go now " kata Ziara lalu berjalan pergi. Rantai di lehernya ditatap, Tengku Firyadi Ishfar, aku akan dapatkan kau walau apa pun jadi.
" achoo!" Firyadi mengosok hidungnya, siapa pulak yang sebut nama aku ni. Fail Itali miliknya ditatap perlahan, dia tahu perasaan dia sekarang bercelaru. Dia tahu dia tidak sepatutnya kesian pada Ziara namun entah di sudut hatinya, Ziara seperti lain, namun dia menghiraukan segalanya. iPhone miliknya diambil lalu dia mendail nombor seseorang.
" aku nak kau siasat something" kata Firyadi pada orang yang ditelefonnya. Firyadi menarik senyuman. Aku takkan lepaskan kau. Kunci kereta Tesla miliknya diambil lalu dia sehera memandu ke hospital yang Hazel ditahan. Langkahnya laju berjalan ke wad tersebut dengan sejambak bunga Echinacea. Dia tersenyum nipis lslu mengetuk pintu wad milik Hazel, saja diletakkan Hazel di dalam bilik VIP. Wajah ayah dan ibu Hazel serta seorang lelaku yang ramah dengan Hazel. Mereka memandang Firyadi dengan senyuman kecuali lelaki tersebut.
" Encik Firyadi, datang nak jumpa Hazel eh? Mari masuk mari" kata Ibu Hazel ramah. Lelaki tersebut kelihatan tidak gembira melihat Firyadi. Hazel menarik senyuman.
" awak sihat? Nah saya beli bunga untuk awak, bunga ni namanya Echinacea, bunga ni symbolizes health jadi saya harap awak makin sihat" kata Firyadi lalu menghulurkan bunga tersebut.
" terima kasih boss, susah susah je" kata Hazel dengan senyuman. Segan apabila ibu bapanya memandang dirinya dan Firyadi. Firyadi memandang lelaki yang mesra dengan Hazel.
" saya Tengku Firyadi Ishfar, boss kepada Hazel" kata Firyadi sambil menghulurkan tangannya tanda bersalaman. Wajahnya cuba dimaniskan, kalau bukan sebab ibu dengan bapa Hazel, memang tidaklah dia nak senyum manis begini.
" Firyadi Ishfar, CEO termuda di Asia right. Aku Zyler " kata Zyler dingin laku menyambut salaman Firyadi. Zyler, macam pernah dengar nama ni. Hazel memandang kedua dua lelaki tersebut, terasa panahan mata mereka menyambar antara satu sama lain.
" Papa dengan Mama turun sekejap ye, Tuan Firyadi duduk lah dulu" kata ayah Hazel ramah. Zyler memandang wajah ayah Hazel seakan tidak percaya, lelaki itu sangat tegas apabila lelaki mendekati anak gadis miliknya tetapi lelaki ini, semudah itu je dapat layanan diraja.
" takpe pakcik, saya datang sekejap je ni, janganlah tuan tuan, panggil je Firyadi, segan saya. Nanti jadi menantu pakcik panggil Firyadi jugak" kata Firyadi selamba menyebabkan Hazel yang sedang minum air tersedak. Papa dan Mama Hazel tersenyum nipis laku keluar dari bilik tersebut.
" AWAK NI GILA KE? APA CAKAP MACAM TU DEPAN PAPA SAYA" kata Hazel geram. Firyadi mendekatkan wajahnya pada wajah Hazel. Zyler membuntangkan matanya luas.
" nampaknya kau dah sihat" kata Firyadi dengan senyuman nipis. Hazel mengalihkan wajahnya, lalu Zyler menolak Firyadi menjauhi Hazel.
" kau jangan dekat dekat dengan adik aku" kata Zyler geram. Firyadi menarik senyuman. Abang rupanya.
" baiklah bakal abang ipar saya, saya menurut perintah" kata Firyadi sinis. Tapak kakinya berjalan mendekati Hazel.
" aku takkan potong gaji kau, tapi ----" wajahnya mendekati wajaj Hazel sehingga hidung mereka hampir menyentuh. Zyler mengetap bibirnya geram, tak makan saman punya budak!
BUKKKK!!
" ZYLER APA AWAK BUAT DEKAT BOSS HAZEL NI???!! Firyadi, awak okay tak? "kata mama Hazel apabila melihat wajah Firyadi ditumbuk Zyler. Firyadi mengesat bibirnya yang berdarah lalu menarik senyuman.
YOU ARE READING
TBR 2 : Permaisuri Hati
Romance一 Sequel The Black's Rules 一 ❝ Berani kau tinggalkan aku selepas curi hati aku? ❞ ❝ Jadi teman wanita aku ❞ ❝ Kalau kau boleh tunjuk ego kau,kenapa aku tak boleh ? ❞ ❝ Ya,kalau dulu,aku suka kau,aku sayang kau,aku tergila-gilakan kau,tapi sekaran...