Permaisuri Hati | 11

855 67 5
                                    

" awal bangun Fatin" kata Firyadi apabila menuruni tangga dan melihat Fatin menghirup kopi di dapur. Fatin menarik senyuman nipis. Firyadi tahu sangat Fatin pergi berjogging daripada pakaiannya. Firyadi duduk dihadapan Fatin lalu mengambil roti bakar dan menyapu peanut butter di atas roti tersebut.

" kopi or orange juice?" kata Fatin. Firyadi menunjukkan kopi dengan memuncungkan mulutnya. Kopi panas diletakkan dihadapan Firyadi. Fatin meletakkan airpods miliknya di atas meja lalu memandang Firyadi.

" aku mengantuk actually, semalam tidur pukul 3 pagi " kata Fatin sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya digosok perlahan. Firyadi menarik senyuman.

" kenapa suka paksa diri buat kerja sangat ni, jaga kesihatan lah" kata Firyadi lalu menghirup kopi. Bukan dia tidak tahu Fatin selalu menghabiskan kerjanya walaupun kerja tersebut tidak penting, memang jenis tak menangguh.

" mana aku sedar, aku ingat nak tidur pukul 1, sekali tengok jam pukul 3" kata Fatin. Jadualnya yang makin padat menyebabkan dia kekurangan tidur, kadang kadang hampir dia terlelap di dalam mesyuarat namun dia menahan dirinya.

" harini masuk pejabat lambat sikit, jangan risau aku ada" kata Firyadi lalu bangun dan menepuk kepala Fatin perlahan dan berjalan menaiki tangga. Dia perlu ke pejabat awal kerana Fatin masuk lewat, selalunya dia masuk lewat. Setelah batang tubuh Firyadi menaiki tangga, Fatin menarik senyuman lebar.

" yess takyah masuk kerja awal" kata Fatin lalu menyanyi riang, pinggan dan cawan yang digunakkan diletakkan di dalam singki. Sementara itu, Firyadi selesai mandi lalu dia keluar dari bilik mandi, dia melihat walk in closet miliknya, lalu mengeluh.

" malasnya nak pergi kerja awal, macam mana Fatin boleh pergi awal setiap hari" keluh Firyadi lalu mengambil kemeja lengan panjang putih yang ditempahnya semalam, tali leher diletakkan di atas katilnya. Perfume Yves Saint Laurent miliknya disembur di tubuh miliknya. Rambut disikat rapi menampakkan dahi luas miliknya yang bebas dari minyak dan jerawat. Firyadi membutangkan lengan baju miliknya lalu jam tangan J12 Calibre 3125 berjenama Chanel miliknya dipakai di tangan kirinya. Dia memandang fail projek Itali miliknya di atas meja lalu diambil. Tie miliknya diambil lalu dia berjalan keluar dari biliknya. Fatin yang ingin ke biliknya terserempak dengan Firyadi lalu tersenyum nipis.

" pergi kerja elok elok" kata Fatin lalu disambut anggukan Firyadi. Fatin melihat tubuh Firyadi menuruni tangga.

" lain macam dia punya segak harini, nak show off la tu" kata Fatin lalu mengeleng perlahan dan meneruskan langkahnya ke bilik. Firyadi memakai kasut hitam kulit miliknya lalu menuju ke kereta Mustang hitam merah miliknya, kalau pembaca nak tahu berapa banyak kereta dua ketul ni, author pun dah penat kira, kaya namati.

" ok baby, jom pergi kerja" kata Firyadi dengan senyuman nipis lalu mmenghidupkan enjin. Deruman enjin daripada Mustang tersebut memenuhi garaj tersebut. Firyadi tersenyum nipis, hari yang baik untuk show off kereta kesayangannya. Kereta tersebut meluncur laju keluar membelah jalan raya. Firyadi tiba di parking lalu dia membetulkan kot miliknya lalu berjalan masuk. Pekerja lain menunduk dengan senyuman sambil mengucapkan selamat pagi , ada yang terkejut melihat Firyadi datang awal daripada Fatin namun Firyadi hanya membalas senyuman nipis. Hazel yang duduk di mejanya terbau wangian yang kuat lalu menoleh ke arah pintu, dia ternampak Firyadi berjalan masuk lalu berdiri dengan kelam kabut, dah kenapa mamat ni datang awal. Dia tersenyum manis ke arah Firyadi yang melintasi mejanya. Firyadi memasuki biliknya dengan tenang, Hazel mula ke pantri untuk membuat kopi kepada Firyadi.

" dah kenapa mamat tu, harini perfume bukan main kuat, baju dengan rambut semua bukan main elok, lain macam ni. Boss aku kena rasuk ke?" kata Hazel pada dirinya. Aura Firyadi harini sangat berlainan daripada hari lain, auranya lebih matang, karisma memuncak dan lebih penting sekali, dia nampak lain.

TBR 2 : Permaisuri HatiWhere stories live. Discover now