Permaisuri Hati | 3

1K 71 5
                                    

" Hazel, mana Espresso saya?"

" Hazel, mana fail projek pembangunan baru baru ni?"

" Hazel, tolong kemas rak fail tu"

" Hazel ! "

" urgh, aku ni setiausaha ka bibik" kata Hazel perlahan sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Belum pernah dia rasa sepenat ini semenjak tamat Universiti. Firyadi mengetuk meja Hazel menyebabkan Hazel bingkas bangun lalu memandang wajah kacak Firyadi.

" ikut saya " Kata Firyadi tenang.

" tapi tuan tak ada mesyuarat luar harini" kata Hazel lalu memandang jadul Firyadi. Beg sandang milik Hazel ditarik Firyadi dan lengan baju Hazel ditarik.

" ikut jelah" kata Firyadi tenang. Walaupun langkah Firyadi besar, namun dia cuba memperlahankan langkahnya supaya Hazel dapat mengejarnya, dengan kasut tumit tinggi, mesti sukar untuk Hazel mengejar laju.

" Firyadi Ishfar, Kau nak kemana tu " tanya Fatin apabila Firyadi menarik laju lengan tangan Hazel ke pintu utama. Firyadi tersengih, alamak kembarnya ada disini pulak!

" nak keluar" kata Firyadi lalu berjalan laju ke pintu utama.

" balik sebelum pukul 2, kalau tak mampus kau" kata Fatin dingin lalu berjalan ke arah pejabatnya. Bunyi tapak kaki Fatin berjalan sememangnya mengerunkan mana mana pekerja disitu.

" nak pergi mana ni, tuan muda. Saya ada kerja lagi tak siap pastu nanti kalau tak siap kerja, tuan marah lepastu saya - - -" kata kata Hazel terhenti apabil Firyadi mendekatkan wajahnya ke Hazel.

" kau bising lagi, aku cium kau dekat sini" kata Firyadi dengan senyuman sinis. Hazel menolak tubuh Firyadi daripada mendekatinya.

" pervert!" kata Hazel dengan muka yang membahang, dirinya menjauhi Firyadi. Firyadi hanya tersenyum nipis.

" jom ikut aku, aku nak bawa kau makan pun payah ke?" kata Firyadi perlahan lalu memegang perlahan tangan Hazel.

" janganlah pegang saya, saya bukan budak kecik, pervert!" kata Hazel lalu menarik semula tangannya. Firyadi mendekatkan dirinya ke arah Hazel setapak demi setapak.

" kalau kita lambat pergi makan sebab kau.." kata kata Firyadi terhenti apabila belakang Hazel tersentuh kereta Lamborghini Aventador hitamnya. Tangannya menahan tubuh Hazel daripada keluar.

" aku potong gaji kau 70%" kata Firyadi lalu tersenyum nipis dan berjalan ke tempat driver meninggalkan Hazel terpinga-pinga. Tiba tiba bunyi hon kereta kedengaran.

" Cik puteri taknak masuk ke? Takkan nak kena dukung masuk kot" kata Firyadi dengan sengihan. Muka Hazel membahang merah. Hazel memasuki kereta milik Firyadi dan cuba menyorokkan mukanya yang merah. Tak guna punya boss!

" Hazel " Hazel memandang keluar tingkap walaupun Firyadi memanggilnya. Firyadi mendekatkan wajahnya ke arah Hazel. Hazel membuntangkan matanya lalu memandang ke arah Firyadi, bibirnya terkena dahi Firyadi yang cuba memakaikan tali pinggang kepada Hazel. Firyadi terkedu lalu memandang Hazel. Wajah mereka berdua membahang merah.

" apa maksud kau dengan tindakan kau tadi" kata Firyadi dengan wajah merah lalu memegang dahinya. Hazel menutup mukanya dengan beg sandangnya.

" jangan cakap dengan saya!" kata Hazel lalu menghiraukan Firyadi yang tersenyum. Rambutnya yang terjuntai ke dahinya ditolak ke atas.

" aku tahulah aku hensem, takkan sampai kena cium dahi kot, geram sangat ke? Lain kali cium terus bibir aku " kata Firyadi dengan sinis. Hazel menekup mukanya yang makin membahang.

" DIAMLAH!" kata Hazel mengundang tawa daripada Firyadi. Gadis tersebut membuang pandangan ke jalan raya. Firyadi memandang jalan raya yang dipenuhi kereta.

" dah sampai, jom " kata Firyadi lalu membuka tali pinggang pada dirinya namun Hazel tidak berganjak.

" takkan nak kena cium baru nak bergerak" usik Firyadi sinis. Hazel menjeling Firyadi.

" diam ah!" kata Hazel lalu keluar dari daripada Lamborghini Aventador milik Firyadi.

" haih kenapa kau ni comel sangat " kata Firyadi perlahan lalu mengejar langkah Hazel. Dia berjalan bersebelahan Hazel, dengan ketinggian 184 cm, Hazel kelihatan sangat comel di sebelah Firyadi, maklumlah ketinggiannya hanya 172 cm, bagi orang lain, dia kelihatan seperti model, namun bila berdiri sebelah Firyadi, Hazel terasa pendek.

" tinggi kau berapa do, pehal pendek sangat" kata Firyadi lalu duduk berhadapan dengan Hazel.

" diam ah, dia yang galah" kata Hazel perlahan menyebabkan Firyadi tersenyum nipis. Waiter yang membawa buku menu memberikan menu kepada kedua dua mereka.

" Chicken Chop with Blackpaper Sauce, and Apple Juice please" kata Firyadi tenang lalu memberikan buku menu kepada pelayan tersebut.

" and you, beautiful lady?" kata pelayan tersebut dengan senyuman manis. Firyadi memandang pelayan tersebut tajam.

" Fish and Chip, with strawberry juice, Thank you " kata Hazel lalu menghulurkan buku menu dengan senyuman manis. Firyadi memandang pelayan terswbut pergi dengan tajam.

" kenapa tuan pandang pelayan tu macam tu?" tanya Hazel pelik apabila melihat Firyadi tidak lepas memandang pelayan tersebut, takkanlah bossnya gay...?

" ha tu fikir pelik pelik lah tu, diam ja" kata Firyadi apabila memandang gadis tersebut mengerutkan wajahnya. Sah gadis tu fikir pelik pelik.

" kau dengan pelayan tu bukan main baik, dengan aku sombong" kata Firyadi sambil menahan dagunya dengan kedua tangannya. Hazel memandang bossnya pelik.

" manada baik, biasalah tu. Hidup kena berbudi bahasa, bukan dingin memanjang je" kata Hazel selamba sambil memandang telefon bimbitnya.

" kau ni enn sebenarnya suka aku kan? " kata kata Firyadi menyebabkan Hazel hampir tersedak air liurnya sendiri. Gila ke apa bossnya ni.

" boss, boss ni ada makan ubat pelik pelik ke harini? Takpun, boss memang suka angkat bakul sendiri?" kata Hazel selamba. Firyadi tersenyum nipis.

" aku angkat bakul dengan kau je" kata Firyadi tenang. Pelayan lelaki tadi datang menghantar makanan yang dipesan tadi. Sempat dia mengenyit mata kepada Hazel. Hazel hanya tersenyum biasa. Firyadi merenung lelaki tersebut tajam. Hazel memandang Firyadi pelik.

" kenapa tenung pelayan tu macam tu?" kata Hazel pelik. Tangannya laju menyuap makanan ke dalam mulut.

" aku tak suka orang tengok hak aku " kata Firyadi menyebabkan Hazel hampir menyembur makanan ke wajah kacak Firyadi.

" GILA KE? " kata Hazel dengan muka merah menahan perit kerongkongnya. Firyadi menghulurkan jus strawberi milik Hazel padanya.

" Sebab aku------ " kata kata Firyadi terhenti apabila Iphone miliknya berdering.

" TENGKU FIRYADI ISHFAR BALIK OFFICE SEKARANG JUGAK! " jerit Fatin melalui panggilan menyebabkan Hazel memandang Firyadi cuak. Ah sudah!

" kau relax boleh tak? Aku nak keluar dating pun tak senang" kata kata Firyadi menyebabkan Hazel menjeling tajam ke arah Firyadi.

"KAU INGAT AKU KESAH KE ? KAU TU NAK DATING HARI CUTI BOLEH KENAPA TIME KERJA JUGAK NAK DATING ENGKAU BALIK SEKARANG" suara petir Fatin kedengaran kuat sehingga Hazel pun kecut perut mendengar.

" alah engkau ni, kau dating dengan Aizat boleh je" kata Firyadi perlahan sambil menyuap makanan masuk mulutnya.

" AKU SELALU DATING BILA HABIS KERJA ENGKAU TU KERJA TAK TARA MANA DATING DAHLAH SINGLE PASTU ADA HATI DATING" kata kata Fatin menusuk masuk hati Firyadi. Hazel menahan tawa apabila melihat Firyadi dimarahi Fatin. Dia mengambil beg tangannya dan sekeping not 50 ringgit diletakkan di atas meja. Tangan Firyadi ditarik ke kereta.

" cepatlah nanti cik muda marah" kata Hazel sambil menarik perlahan tangan Firyadi. Firyadi mengekor sambil memandang tangannya lalu tersenyum.

" kita bertemu kerana takdir, dan kita berpisah kerana takdir. Seperti yang aku sangka, takdir tak pernah salah alamat, sama seperti Fatin dahulu "

B E R S A M B U N G

TBR 2 : Permaisuri HatiWhere stories live. Discover now