Prologue

1.9K 101 9
                                    

Pada malam hari, Taufan yang baru sahaja selesai membeli barang di kedai 24 jam. Di tangan kanannya, membimbit dua plastik putih dengan logo 7Eleven terpapar dipermukaan plastik itu.

Dia bersenandung pelan sambil menyusuri lorong simpang yang boleh di kata agak sepi.

Srak!

Kaki Taufan terhenti, dia menoleh ke belakang dan mendapati seorang lelaki berwajah manis sedang memandangnya dengan tatapan mata polos.

"Kau siapa?"

Lelaki itu tidak menjawab, malah memandang sekitarnya dengan raut wajah bingung.

Dahi Taufan berkerut melihat kelakuan aneh dari lelaki itu. Orang gila kah? Tapi, kenapa orang gila ada semanis ini? Haihh, nampaknya dia perlu mencuci fikirannya.

Malas mahu ambil tahu, sudah ditanya namun tiada balas. Sakit pula hatinya, ah lantaklah dia mahu balik makan dan tidur, esok pula ada meeting dengan klien penting.

Taufan mengorak langkah untuk pulang ke rumah dengan lebih cepat.

Lagi-lagi langkah kaki Taufan seperti diekori oleh lelaki itu. Dia menoleh cepat ke belakang.

"Kenapa kau ikut aku?"

"Hm?"

"Tch! Buang masa aje layan orang gila macam kau, harap aje muka comel tapi sayang gila."

Taufan terus menonong mahu pergi, tanpa dia sedar orang yang dia panggil gila itu memandangnya marah.

"Grrr..." Lelaki itu mengejar langkah Taufan sehinggalah mereka sampai di hadapan sebuah rumah banglo.

"Hihh kulululu!!"

Melompat Taufan bila ada suara di belakangnya, dia berpaling cepat. Membuntang anak matanya, tatkala mendapati lelaki itu masih setia mengikutinya hingga ke rumahnya.

"Kenapa kau ikut aku ha? Kau siapa? Bla!!"

"Hmph!"

"Jangan ikut aku lah, pergi kau orang gila!!"

"Grrr..."

"Apa marah aku panggil kau gila? Bukan kau memang gila ke? Pergi sekarang!!" bentak Taufan, sambil menuding jari pada lelaki itu.

Lelaki aneh itu menggeram marah, dia menjeling jari Taufan yang menuding ke arahnya, dia marah. Terus dia menggigit jari telunjuk Taufan itu keras, buatkan Taufan mengerang sakit.

"Sakit woy!! Lepaskan jari aku!!"

Taufan hela nafas, bila jarinya dilepaskan oleh lelaki aneh itu.

"Apa kau nak dari aku ha? Kau sesat ke?" kini Taufan cuba bertanya dengan baik, sambil mengusap jarinya.

"Tarararuli.."

Termenung Taufan buat seketika, bila mendengar bahasa entah apa-apa keluar dari mulut lelaki itu.

"Apa kau cuba cakapkan bangang, cuba cakap dalam bahasa yang mudah untuk aku faham."

"Tarararuli!!"

Taufan tepuk dahinya keras.

"Kau datang dari mana ha? Cakap macam alien! Kau ingat aku faham ha?! Sudah! Jom aku hantar ke rumah kau, mana tempat tinggal kau?"

Lelaki itu menuding jari ke atas sambil mendongakkan kepala, Taufan mengikuti perbuatan lelaki itu. Dahinya mengerut, apa yang dia maksudkan adalah langit malam?

"Kau nak cakap yang kau datang dari langit ke apa? Hahahaha! Kau ingat kau tu malaikat ke? Muka macam pengemis aje."

Bugh!

Okey, Taufan rebah tidak sedarkan diri selepas kena pukulan maut dari lelaki aneh itu.

Buku limanya ditiup, rasa bangga pula dapat pukul orang yang sesedap rasa menghinanya.

"Tch, mumur kalala mum.." Omelnya. Dia mengheret tubuh Taufan, pintu rumah di tendangnya kuat sehingga terbuka lebar. Lalu dia masuk ke dalam rumah itu sambil membawa jasab manusia yang setengah nazak itu ke ruang tamu.

"Wooo tes bess ah!"

•••••

Kelopak mata Taufan mengerjap pelan, dia mengeluh kecil bila tubuhnya terasa seperti ditimpa dengan benda yang berat sahaja.

Dia mengerjapkan matanya dan memandang ke arah orang yang berbaring di atas tubuhnya. Bulat matanya, bila mendapati lelaki semalam sedang menopang wajah di dadanya sambil memandang ke arahnya dengan mata kuyu dan teduh. Taufan telan liur.

"Apa yang kau buat ni, turun sekarang."

"Yeet.."

Lelaki itu patuh, dengan singkat dia turun dari terus landing di atas tubuh Taufan. Dia duduk bersila dilantai rumah, matanya setia memandang Taufan.

Taufan bangun dari pembaringannya, dia mengeluh sakit di sekujur tubuhnya kerana dia tidur di atas lantai.

"Kau masih kat sini? Kan aku dah kata balik, asal kau tak dengar kata ha?!"

"Yeetu..."

"Tch! Sudahlah aku malas nak berdebat dengan kau pepagi buta ni. Hm, nama kau apa?"

"Gempa..."











Yay or Nah?

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now