Part 6

922 81 4
                                    

Taufan, Blaze dan Ice memandang Gempa yang sedang merenung makanan yang ada dihadapannya.

"Kau kenapa Gem? Tengok makanan tu macam pelik aje? Kau tak pernah makan ke?" kata Blaze kepelikan.

"Memang lah dia tak pernah makan bodoh, dia kan baru aje menjelajah kat sini. Masih banyak lagi kena tau dan belajar." bidas Taufan. Blaze menjeling.

Ice hanya menggeleng melihat dua beradik itu. Dia memandang Gempa, bahu lelaki itu ditepuknya perlahan.

"Makanlah, aku pasti kau akan suka dengan makanan orang bumi. Bila lagi kan boleh merasa makanan orang bumi."

Gempa membalas pandangan Ice, dia tersenyum lalu mengangguk semangat.

"Betul juga cakap kau tu, tapi nama sup ni apa?" jari telunjuk Gempa terhala pada semangkuk sup.

"Tu sup ayam namanya, kalau yang tu sambal belacan, tu pula ikan kembung masak kicap dan tu pula telur dadar. Sudah makan, nanti sejuk tak sedap pula."

"Ayee! Baik!"

Gempa menyedok kuah sup ayam ke dalam pinggannya lalu dia menyuap ke dalam mulutnya. Mata Gempa membulat, dia bertepuk tangan.

"Macam mana?" soal Ice. Mereka bertiga sedari tadi memerhatikan gelagat Gempa mahu melihat reaksinya selepas merasakan makanan orang bumi.

"Sedap!! Gem tak pernah rasa sup sesedap ni! Ice nanti ajar Gem buat sup ni eh? Gem nak belajar masak makanan orang bumi kat planet Gem nanti."

Ice tergelak, dia mengusap kepala Gempa. Lelaki itu sudah dia anggap sebagai abang dan juga adiknya.

"Boleh apa salahnya, kalau Gem tak tau nak buat apa or bosan datanglah rumah Ice ya? Ice akan ajar Gem masakan orang bumi, nak?"

"Nak! Nak!"

Taufan dan Blaze tersenyum melihat keakraban mereka, padahal baru sahaja kenal tapi lagak mereka seperti sudah bertahun-tahun lamanya kenal.

"Sudah makan semua, nanti kita sambung berbual. Sejuk tak sedap pula." Taufan buka suara.

"Baik!"








Tbc...

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now