Part 1

1K 92 9
                                    

"Hah tu kau boleh cakap!"

Jari Taufan menuding pada wajah Gempa, namun ditarik semula takut jikalau jarinya digigit oleh lelaki mungil itu. Jatuh kehensemannya nanti.

"Gempa lululu.."

"Apa buruk sangat nama kau! Hahaha! Gempa lululu ke?"

"Hmph!"

Gulp!

Taufan telan liur yang terasa kesat bahkan gelak tawanya hilang begitu sahaja bila mendapat renungan maut dari Gempa.

"Muehehe, aku gurau aje. Tapi serius ah boleh tak kau cakap bahasa kebangsaan kita? Boleh?"

Gempa mengangguk semangat.

"Yattataa ddu ddurru..."

Taufan tepuk dahi, "Bukan bahasa alien kau lah tapi, bahasa aku boleh?"

"Hmmm..." Gempa mengerakkan tangannya, seolah meminta Taufan untuk menunggu sekejap.

Gempa mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, botol kecil yang lutsinar dan ia terisi pil kecil yang berwarna warni seperti coklat. Gempa mengambil sebutir pil itu lalu ditelan, botol tersebut di simpan kembali ke dalam poket.

"Aaa..aaa... ehem! Ahai!"

Kening Taufan terangkat sebelah,

"Hai?"

"Haiii!!"

"Ya hai?"

"Ya hai!!"

Mereka berdua senyap, dan saling memandang datar antara satu sama lain.

"Okey, pil apa yang kau telan tadi tu?" Soal Taufan, dia memandang Gempa panasaran.

"Emmm, pil untuk memudahkan aku berkomunikasi dengan manusia."

"Ooo. Habistu kenapa kau tak guna dari semalam ha? Kan dah kena bantai dengan aku semalam, ingatkan orang gila mana lah tersesat kat rumah aku ni."

Gempa mencebik, "Aku tak sempat nak guna, sebab aku bingung dengan dunia ni."

"Kau cakap macam kau bukan dari dunia ni, asal kau mana ha?"

"Kan aku dah cakap semalam, aku datang dari atas sana! Luar angkasa! Ni bukan planet aku! Aku sesat, UFO aku entah ke mana! UFO aku dah kena culik tau!"

Taufan mengaru kepala, keliru dianya.

"Okey, tapi macam mana kau boleh ada kat sana semalam?"

"Aku pun tak tau, buka aje mata aku dah ada kat sana."

"Kepelikan, sebab tu lah kau ikut aku?"

"Hm! Aku cuma nak minta tolong aje, dah ada kau aje malam tu. Hmmm, kau percaya kan apa yang aku cakap ni? Percaya lah dengan aku! Aku nak balik rumah aku! Tolonglah!!"

Gempa mengoyang lengan Taufan dengan wajah memohon.

"Okey, walaupun apa yang kau cakap tadi macam mengarut tapi aku akan cuba tolong kau. Tapi, betul ke kau ni alien?"

"Kau tengok muka aku ni.." Gempa mendekatkan wajahnya pada Taufan.

"Hm?"

"Tak nampak macam alien ke? Aku ni alien lah.."

Taufan mendorong wajah Gempa yang amat dekat itu dengan jari.

Dia menggeleng.

"Tak, tak nampak langsung yang kau ni alien. Mana ada alien muka comel macam kau, dan muka kau macam orang bumi aje. Kalau alien mesti muka dia aneh dan berwarna warni. Contohnya hijau." Kata Taufan jujur.

"Okey... Apa yang kau cakap tu betul! Banyak-banyak alien yang aku jumpa kat galaksi tu semuanya muka hodoh, cuma ada satu aje yang hensem plus comel."

"Siapa?"

"Orang depan kau lah, yang tengah cakap ni. Hehehe."

Gempa tersengih, manakala Taufan hanya memandang Gempa datar. Cuih! Perasan sungguh makhluk alien depannya ini, tapi memang betul.. Eh?

"Kejap, aku rasa aku terlupakan sesuatu lah.. Apa ya?"

Taufan memandang sekitar ruang rumahnya, sehinggalah matanya terpandang jam dinding rumah. Membulat matanya bila melihat angka jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

"Oh shit!! Aku dah lambat!! Ah bos jenis apa yang datang lambat ni!" jerit Taufan, dia bingkas bangun dan berlari anak menuju ke biliknya.

Gempa hanya memandang bingung, tangannya memcapai plastik makanan yang Taufan beli semalam. Satu bungkusan kerepek dibuka lalu di masukkan ke dalam mulutnya. Matanya berbinar.

"Wahh sedap! Terbaik!"

"Dah lambat! Dah lambat!"

Gempa menoleh pada Taufan yang kalut semacam tu. Dia bangun dari duduk dan mendekati Taufan yang tengah menyarung stoking.

"Kau nak pergi mana?" soal Gempa sambil itu tangannya sibuk memasukan kepingan kerepek ke dalam mulut.

Kruk! Krak! Kruk! Krak!

Taufan menjeling jengkel bila mendengar suara bising dari mulut Gempa yang sibuk mengunyah itu.

"Pergi kerjalah! Aku dah lambat, ni semua salah kau alien!"

"Apa pergi kerja? Apa tu? Nak ikut boleh?"

"Tak boleh! Dah aku nak pergi, kau duduk aje kat sini diam-diam!"

"Tapi.. Nak ikut.. Boleh lah hmm? Nak ikut.."

Gempa buat muka comel, memohon agar dia diperolehkan untuk ikut lelaki bermata biru itu.

Taufan hela nafas, okey dia kalah jikalau dihadamkan dengan benda manis dan comel ni. Diabetes pula dianya nanti.

"Yelah! Cepat!"

"Yeheet! Terima kasih manusia!"







Tbc...

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now