Epilogue

918 85 10
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Sejak kepergian Gempa, hidup Taufan jauh dikatakan normal. Hidupnya tidak senormal sebelum dia tidak kenal dengan seorang alien bernama Gempa. Alien itu berjaya menganggu gugat hati dan perasaannya.

Hidup Taufan sedikit tidak terurus. Jika ditanya, apakah dia rindu akan Gempa. Pasti dia akan jawab, ya!

Blaze menggelengkan kepala melihat wajah termenung dan muram abangnya itu. Dia rindu dengan kesinisan dan kejahilan yang nakal daripada abangnya itu.

Fail dan dokumen yang berada atas meja, tidak pula disentuh oleh Taufan. Lelaki itu asyik termenung, sambil memandang kosong ke luar cermin lutsinar ruang pejabat itu yang memaparkan suasana kota yang sibuk di bawah sana.

"Fan, sudahlah tu. Dah hampir setengah tahun kau macam ni. Please move on. Maybe kau dengan dia tak ada jodoh. Ingat, lagipun bukan kau ke yang halau dia hari tu?"

Terhela nafas berat, datang daripada Taufan. Dia menjatuhkan kepala ke atas meja yang menimbul dengan bahan kerjanya.

"Aku dan dia berpisah dengan keadaan bergaduh. Aku menyesal. Kalau aku tau yang malam tu adalah hari terakhir dia kat bumi ni pasti aku tak akan buat macam tu. Aku.. Aku tengking dia dan halau dia. Aku rindu dia Blaze.."

Sayu hati Blaze melihat wajah duka si abangnya. Dia pun tidak tahu hendak berbuat apa selain menyemangati Taufan.

"Fan, kalau memang kau ada jodoh dengan dia. Kau akan bertemu dengan dia semula."

"Aku pun mengharapkan benda tu terjadi juga Blaze. Aku harap aku dapat jumpa dia dan.. Aku nak lamar dia jadi isteri aku."

•••••

"Ha..."

Taufan berjalan di lorong yang pernah dia lalui dulu dan di lorong itu jugalah dia bertemu dengan Gempa.

Dia berhenti, anak matanya meliar kesekitar lorong yang gelap itu hanya diterangi oleh sang bulan sahaja.

"Gempa, aku rindukan kau. Maaf sebab dah berkasar dengan kau malam tu, aku terikut emosi."

"Aku sukakan kau Taufan."

Tiba-tiba sahaja ayat yang pernah Gempa ucapkan dulu, di malam terakhir lelaki itu berada di bumi kini bermain di mindanya.

"Aku pun sukakan kau Gem. Sangat."

Iris biru milik Taufan menatap ke langit, memandang kepekatan malam. Angin sejuk menyapa tubuhnya hanya diabaikan.

"Ha.."

Perlahan-lahan, Taufan mengerakkan kakinya untuk beredar daripada situ. Akan tetapi langkahnya terbantut, apabila mendengar seseorang memanggilnya dengan panggilan yang amat dia rindu dan hanya satu orang sahaja yang memanggilnya begitu.

"Manusia!!"

Baru sahaja Taufan mahu berbalik, tubuhnya dirempuh daripada belakang dan membuatkan dia jatuh terbaring ke atas tanah dengan seseorang berada di atasnya. Orang itu memeluk tubuhnya dengan erat sekali.

"Manusia! Aku rindu kau!"

"Gempa? Kau ke tu? Aku..aku tak mimpi kan?"

Entah kenapa air mata Taufan mengalir  turun, sedih bercampur gembira apabila mendapat anggukan dari orang di atasnya.

"Tak kau tak mimpi manusia, aku Gempa lah si alien yang pernah menyusahkan kau tu. Kau tak lupakan aku kan? Kau.."

Ucapan Gempa terputus apabila bila bibirnya dicium oleh Taufan. Dia tergamam. Tubuhnya membeku.

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now