Part 2

893 89 7
                                    

"Wahai manusia...."

Taufan melompat kaget, dia yang khusyuk menelaah dekomen yang harus dia tandatangani dibuat terkejut dengan bisikan Gempa yang tiba-tiba itu. Dia menoleh ke arah Gempa yang membuat tarian ballet.

"Hey aku ada nama lah, nama aku Taufan. Jangan panggil aku manusia lagi."

"Aku panggil kau macam tu sebab, aku tak tau nama kau. Kau pun tak kasi tau, jadi aku panggillah kau manusia. Kau kan manusia?"

Taufan merengus sebal, lelaki itu merenung Gempa tidak puas hati. Sejak dia bawa makhluk alien ini ke tampat kerjanya, habis pejabat miliknya diterokai olehnya.

"Kat sini selesa juga, aku nak tinggal sini boleh?" kata Gempa dengan senyuman girang terbias dibibirnya.

"Tak boleh!" bantah Taufan keras. Senyuman Gempa luntur. Wajahnya berubah.

Taufan telan liur bila Gempa seperti mahu bertukar menjadi hulk sahaja. Dia mula mengelabah.

"Kenapa?!"

"Tak boleh, nanti kau sepahkan pejabat aku. Tinggal rumah aku aje, jangan nak mengada. Kalau tidak aku malas tolong kau."

Gempa terdiam bila mendengar ugutan Taufan itu. Dia merengus sejurus melabuh duduk di sofa. Dia menendang kaki meja kopi itu, menunjukkan rasa protesnya.

Taufan hanya mampu hela nafas. Kenapa lah ada alien yang perangainya macam kebudakan? Stres dianya.

Dia bangun dari duduk dan menerpa ke arah Gempa.

"Kau lapar? Jom kita keluar makan, aku belanja. Memanglah aku yang kena belanja kan? Kau mana ada duit nak bayar, kau kan alien pengemis yang sesat."

"Apa kau kata?!"

"Tak! Maksud aku, alien yang comel. Hehehe. Jom kita pergi makan ya, alien comel."

Gempa merengus, dia menjeling-jeling ke arah Taufan dengan perasaan tidak puas hati.

"Yelah tu! Kalau kau cakap macam tu lagi, aku tukar kau jadi macam Adudu si kepala kotak yang berwarna hijau tu nak?!"

Laju Taufan menggelengkan kepala.

"Tidak! Terima kasih ajelah. Dah jom. Kau tengah panas kan? Jom aku sejukkan kau dengan makanan."

Gempa hanya membiarkan tangannya ditarik oleh Taufan.

"Kau nak makan apa?"

"Aku pemakan segalanya."

"Oh jadi kau makan batu dan kayu juga lah?"

Taufan meringis pelan bila mendapat jelingan maut dari Gempa, di tambah lagi dengan ayat Gempa setelah itu.

"Jangan sampai kau yang aku makan nanti atau.. Kau pernah rasa kena timbus ke dalam tanah?"

"Hehehehe.. Tak nak."













Tbc..

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now