Part 4

798 77 4
                                    

"Kau pergi lah mandi dulu, baju tu kau pilih aje kat dalam almari tu."

"Baik."

Gempa dengan girang melesap masuk ke dalam bilik air. Taufan hanya menggelengkan kepalanya. Kakinya di angkat untuk keluar dari bilik tamu yang akan dihuni oleh alien itu. Namun, baru beberapa langkah kakinya terhenti bila telinganya menangkap bunyi yang kuat dari dalam bilik air.

Bom!

Bulat mata Taufan bila mendengarkan itu, dia terus berlari masuk kedalam bilik air. Wajahnya memerah bila melihat pemandangan di hadapan matanya. Mana tidaknya, Gempa yang full naked tengah berdiri di dalam bath mandi sambil memegang pili air pancut yang sudah patah dua.

Taufan dengan cepat mengalihkan pandangan matanya.

"Apa kau buat ni?! Kau hancurkan batang paip aku?!"

Gempa tersengih polos, dia melompat keluar dari bath mandi dan mendekati Taufan namun dahinya berkerut bila Taufan menjauhkan diri.

"Kenapa?"

"Jangan dekat! Kau...kau ah! Sudahlah, aku pergi dulu!" Taufan dengan perasaan gundah gulana terus keluar dari situ, takut nafsunya tidak kendali bila melihat keadaan Gempa begitu.

Gempa menyengetkan kepalanya bingung. Bahunya dijongket acuh.

"Lantaklah, hmm. Baik aku baiki benda ni, mesti manusia tu marah sebab tu dia tak nak bagi aku masuk dekat. Kalau dia halau aku macam mana? Habislah!"

Gempa meletak pili air pancut itu ditempat asalnya, dia petik jarinya dan secara automatik pili air berubah seperti sediakala. Dia tersenyum.

"Berhasil."

•••••

"Argh!!"

Taufan mengusutkan rambutnya, sambil terjerit meluahkan rasa batinnya yang terseksa.

"Argh!!"

"Heyy, manusia! Kau okey tak ni? Kenapa terjerit-jerit macam orang utan kat planet aku aje ni?"

Melompat Taufan dibuatnya bila disergah tiba-tiba, dia menoleh ke arah pintu utama biliknya. Bulat matanya, melihat penampilan Gempa yang hanya mengenakan sweater hitam separas peha dan yang membuat dia mahu gila kerana Gempa tidak mengenakan seluar.

"Mana seluar kau?"

"Hah? Seluar apa tu?"

Taufan terdiam mendengarkan itu. Dia tercenggang okey.

"Habistu selama ni kau pakai apa kat bawah tu?" Taufan menuding jari pada bahagian bawah tubuh Gempa.

Gempa memandang ke arah Taufan tunjuk itu.

"Oh! Aku dah cuba pakai tadi tapi tak ada yang sesuai dan muat dengan aku, semuanya longgar. Bukan saiz aku kut?" kata Gempa polos sambil mengaru kepalanya.

Taufan hela nafas. "Sudah, kau tunggu aje aku kat bawah. Nanti aku ke sana dan kita makan malam."

"Baik!" Sahut Gempa, sambil membuat tabik hormat pada Taufan lalu dia berlari anak pergi dari hadapan bilik Taufan.

Taufan pegang kepalanya. "Tolonglah, kuatkan iman aku ni.."


















Tbc....

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now