Part 3

876 80 7
                                    

Taufan melihat gelagat Gempa yang aneh itu, macam mana tidak aneh kalau lelaki itu menjilat air tembikai susu seperti spesis kucing bukannya minum dengan normal seperti manusia. Alien ni memang kategori yang pelik eh?

Taufan mengerling sekeliling restoran yang menjadi pilihan mereka untuk makan siang. Nasib baik, restoran itu sedikit lenggang kalau tidak mesti dia malu tahap nak mati bila ada yang melihatnya dengan makhluk pelik di hadapannya ini.

"Gempa, boleh tak kau minum tu elok sikit? Minum seperti manusia biasa? Kau tahu tak cara kau minum tu tak ubah seperti kucing tau, minum elok-elok!" kata Taufan.

Gempa berhenti daripada menjilat air minumannya, dia merengus bila acara senangnya diganggu.

"Ish kau ni, aku cuma nak test rasa dia ajelah. Sedap ke tidak." jawab Gempa sebal.

"Tapi perlu ke kau minum macam tu? Buang tabiat? Dah, minum elok-elok." kata Taufan lagi, tegas.

"Yelah. Tapi kan, air ni sedaplah. Aku tak pernah minum sebelum ni, kat planet aku tak ada. Apa nama minuman ni eh? Cara buat dia macam mana?" ujar Gempa.

"Tch, planet kau ketinggalan zaman betul lah. Ni namanya air tembikai susu, senang aje cara buatnya. Buah tembikai tu kau blende dengan susu sekaligus dan tada! Siap!"

Gempa tergelak kecil melihat wajah Taufan yang baginya lucu itu, siap dengan gaya apa semua lagi semasa menerangkan cara-cara buat segelas air tembikai susu.

"Okey, tapi blende tu apa?" soalan cepumas daripada Gempa buatkan Taufan tercenggang.

"Seriuslah?!"

"Hm! Hm!"

"Tak apa nanti balik aku tunjukkan apa tu blende. So, sekarang makan cepat lepastu kita balik ofis. Ada banyak kerja lagi yang perlu aku buat."

"Yelah."

•••••

"Tuan Taufan, ni dia dokumen yang harus Tuan tandatangan."

"Baik, apa jadual saya lepasni?"

"Petang ni, tak ada apa-apa yang harus Tuan buat. Jadual Tuan kosong, cuma esok Tuan kena jumpa klien dari syarikat Megah Holding."

Taufan menganggukkan kepalanya faham.

"Okey, ada apa-apa lagi?" soal Taufan pada PAnya.

"Tak ada, cuma... Boleh saya tau siapa lelaki tu? Kekasih Tuan ke?" PAnya menuding jari pada Gempa yang sibuk mengunyah di sofa sambil menonton cerita kartun di dalam laptopnya. Khusyuk betul..

"Kenapa?"

"Tak adalah. Cuma Tuan nampak serasi dan comel sangat bila dengan dia. Saya harap hubungan Tuan dengan dia dapat berakhir di jinjang pelamin." katanya dengan senyuman manis diberikan pada majikannya.

Taufan berdeham, dia mengerling Gempa sekilas.

"Hmm, sudah. Awak boleh pergi sambung kerja."

"Ahya! Baik Tuan, kalau macam tu saya minta diri dulu."

"Hmm.."

Taufan menghantar kepergian PAnya dengan hujung mata, dia memandang ke arah Gempa yang terbongkang atas sofa. Dia menggelengkan kepalanya melihat Gempa yang sudah terlena sambil memeluk laptop yang masih terpasang itu. Wajah lelaki itu comot dengan sisa kerepek yang melekat.

"Serasi? Betul ke? Boleh ke manusia dan alien bercinta? Macam pelik aje bunyinya, tch lantaklah. Daripada memikirkan dia, ada baiknya aku buat kerja aku yang makin hari menimbul ini."















Tbc...

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now