Part 10

664 76 15
                                    

Di sebuah rumah banglo dua tingkat, terdapat satu makhluk alien berwajah manusia yang duduk di sofa. Manis sahaja bila di pandang, namun akan menjadi menakutkan apabila dia marah. Mahu bertukar hulk dia nanti.

Gempa merenung telefon pemberian Taufan yang terdampar di atas meja kopi. Cara dia tenung, bagaikan mahu menembusi benda itu.

"Apa nama benda ni tadi eh? Ha! Telefon! Tapi, apa kegunaannya? Macam mana nak guna benda terkutuk ni?"

Gempa membetulkan posisi duduknya, sambil itu anak matanya masih setia menatap benda gajet itu.

Sehinggalah telefon yang tidak bernyawa itu berbunyi dan itu membuatkan Gempa terkejut.

"Ha! Benda ni dah berbunyi, macam ni?"

Anak matanya menatap pada butang merah dan hijau.

"Kena tekan warna tu ke? Warna yang mana cantik eh?"

Butang merah ditekan dan geser ke kiri.

"Eh dah mati? Aku salah tekan ke?!"

Gempa memegang wajahnya lalu benda segiempat tepat itu dicapai. Dia tatap skrin telefon yang memaparkan wajah alien. Dahinya berkerut.

"Eh? Tu bukan ke aku? Macam mana aku boleh ada kat dalam benda ni?!"

"Eh! Eh! Benda ni bunyi balik!"

Dari duduk, dia bangun pula. Ke hulur dan ke hili dia dibuatnya sambil menatap telefon yang menjerit itu.

"Cuba tekan hijau pula."

Butang hijau dia tekan dan di geser ke kanan. Dan setelah itu terpaparlah wajah yang dia kenal, siapa lagi kalau bukan Taufan.

Baru sahaja dia mahu berteriak, Taufan di seberang sana sudah pasang wajah marah.

"Woyy mangkuk alien, asal kau pergi tutup panggilan aku tadi ha? Kau sengaja cari bala dengan aku ke ha?"

Gempa terpinga-pinga bila dimarah.

"Ufan!! Mana ada, tadi aku tekan merah tapi dia mati. Lepastu dia berbunyi balik, jadi aku cuba tekan hijau pula. Dan! Tadaa!! Berhasil! Pandaikan aku?"

Masam mencuka wajah Taufan apabila mendengar penjelasan polos dan naif Gempa itu.

"Tapi kan Ufan, macam mana kau boleh ada kat dalam ni? Kau kena telan dengan benda ni ke? Kau nak aku selamatkan kau ke?! Tapi macam mana? Kejap aku nak pergi ambil senjata aku!"

Gempa meletak telefon pintar itu di atas meja, lalu berlari ke atas untuk ke biliknya.

"Heyy!! Tung..tunggu Gempa alien!! Haih, nampaknya aku kena balik! Dasar alien!"

Baru sahaja Taufan mahu memutuskan talian, dia terdengar suara kaki seseorang yang datang dengan tergesa-gesa.

Mata Taufan membulat tatkala melihat benda yang di bawa oleh Gempa.

"Apa kau nak buat dengan tukul besi tu?!"

Gempa mengerjapkan mata. Dia melirik pada tukul yang dibawanya, lalu kembali menatap pada telefon.

"Apa lagi kalau bukan nak selamatkan kau lah! Tunggu aku selamatkan kau manusia Taufan!"

Tap! Crack!

Sekali pukulan, telefon pemberian Taufan sudah hancur rentak seribu di tangan Gempa.

"Lah.. Hancur.. Tapi mana si manusia Taufan tu?"

Sementara itu, di tempat Taufan. Dia sudah tercenggang dengan apa yang terjadi barusan. Dia menatap kosong pada skrin telefonnya yang sudah menggelap itu.

"Shit! Dia pergi hancurkan telefon yang aku kasi! Dasar alien aneh! Memang nak kena dengan aku lah!"









Tbc...

Sepi... Sesepinya...

Ada yang tunggu cite ni ke? Ada yang miss? Sorry sebab book ni dah lama menyepi. Idea down betul untuk book ni. Apapun enjoy! ^^

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now