Part 12

694 74 10
                                    

Pada malam itu Gempa tidak dapat tidur, mengingatkan yang hari ini adalah hari terakhir dia berada di planet yang bernama Bumi ini. Esok dia akan pulang ke tempat asalnya.

Separuh hatinya tidak rela untuk pergi menjauhi Taufan, kerana dia mempunyai satu perasaan terhadap lelaki itu. Perasaan suka.

Gempa berganjak bangun daripada pembaringan, helaan nafas terhembus dibelah bibirnya.

Gempa menuruni katil, dia bergerak keluar bilik. Kakinya membawa dia ke bilik Taufan.

Ragu-ragu dia mengetuk permukaan pintu itu. Namun, tiada sahutan daripada empunya bilik. Mungkin lelaki itu sudah tidur.

Gempa perlahan-lahan memulas tombol pintu. Dikuaknya daun pintu, dia mengintip di balik pintu.

Dia melangkah masuk. Perlahan dia berjalan mendekati katil Taufan.

Dia tersenyum melihat wajah damai Taufan yang terlelap itu.

Gempa merangkak naik ke atas katil dan membaringkan dirinya di sebelah Taufan. Tangannya melingkar dipinggang Taufan. Wajah Taufan dia tenung, tidak semena-mena air matanya jatuh.

"Taufan, walaupun kita kenal tidak lama bahkan pertemuan kita pun agak aneh. Tapi aku hargai akan pertemuan dan perkenalan kita berdua. Maafkan aku sebab aku dah banyak susahkan kau. Aku minta maaf."

"Kau tau Fanfan, aku.. Aku tau benda ni terlalu awal untuk aku katakan. Tapi, aku dah tak dapat nak tahan. Aku.. Aku suka kau Fanfan. Aku cintakan kau manusia, manusia yang bernama Taufan. Terima kasih untuk semua kenangan singkat yang amat bermakna ini, aku hargai dan akan ingat buat selamanya."

Gempa berjeda, pelukannya pada Taufan dieratkan. Pipi lelaki itu dikucupnya.

"Mungkin ini malam terakhir aku berada di sini, aku harap kau bahagia selepas ini tanpa ada gangguan alien bodoh macam aku ni. Selamat tinggal Taufan."

Gempa pejam mata. Dia teresak perlahan. Bibir Taufan dia cium lama.

Dia tatap wajah Taufan sebelum dia menghilang perlahan-lahan di hadapan Taufan. Dia tersenyum buat kali yang terakhir.

"Selamat tinggal Taufan."

Taufan mencelikkan matanya apabila tidak merasakan aura seseorang di sebelahnya. Setitis air matanya mengalir turun. Dia dengar semuanya dari awal hingga akhir. Dia sebenarnya sudah sedar tatkala Gempa masuk ke dalam biliknya. Dia ingat Gempa ke biliknya kerana berasa bersalah dan ingin memujuknya namun jangkaannya meleset. Dia pula yang dikejutkan akan kepergian Gempa itu.

Entah kenapa hatinya terasa kosong. Separuh hatinya terasa dibawa pergi oleh Gempa.

Dia memandang kosong tilam di sebelahnya. Masih terhidu bauan yang Gempa tinggalkan.

"Aku terlambat."

Sementara itu di sebuah tempat pergunungan. Terdapat Gempa yang sedang menangisi takdirnya.

Dia menatap suasana di bandaraya di atas pergunungan. Kota itu tampak indah di malam hari. Mungkin ini menjadi kali terakhir dia akan melihat keindahan yang ada di Bumi ini sebelum dia pulang ke tempat asalnya.

"Selamat tinggal Bumi, aku mungkin akan rindu suasana di sini terutama sekali pada seseorang yang aku suka. Taufan. Aku harap dia bahagia..."














Tbc...

Sad or happy?  ͡° ͜ʖ ͡°

My Boyfriend Is An Alien (TauGem) [C]√Where stories live. Discover now