🔸00🔹

254 34 6
                                    

Recommended song; Levanter <Stray Kids>

⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕

Sekolah baru, kawan baru, semua baru.
Harap crush aku je la yang tak baru.

Kalut seorang gadis comel itu turun dari kereta setelah dikejutkan dengan panggilan pemandunya. Hari ni saja sudah kali kesembilan dia dipaksa bertukar sekolah. Alasannya kerana ayahnya sering naik pangkat dan selalu ditukarkan tempat kerja. Dia hanya menurut saja. Sudahlah ibu dan ayahnya yang menanggung segala kos semasa membesarkannya, layakkah dia merungut atas permintaan kecil itu. Tempat baru, pengalaman pun baru. Itu fikirannya.

Bae Inha, seorang anak kepada eksekutif pemasaran syarikat pengeluar jubin yang terkemuka di Korea Selatan. Walaupun ibu bapanya sentiasa sibuk, namun dia tidak pernah mempunyai masalah social seperti kawan-kawannya yang lain. Kesibukkan ibu bapa bukanlah alasan kukuh penyebab anak-anak hilang pedoman dalam kehidupan, malah pendirian mereka sendiri yang harus bijak memilih ajaran ibu bapanya.

Ah lupakan semua itu, kini dia akan berada di suasana persekitaran baru, pembelajaran baru dan kawan baru. Persoalannya, adakah kawan yang sudi berkawan dengannya?

Kakinya melangkah masuk ke sekolah elit yang didaftarkan oleh ayahnya itu. Dia kelihatan malu-malu ketika berjalan merentasi lautan pelajar di situ. Nampaknya, akan berlaku perhimpunan pagi selepas ini. Pelajar akan berkumpul mengikut aliran yang diambil. Masalahnya, mana satu aliran seni muzik moden?

Jangan tanya mengapa dia sudah tahu aliran yang diambilnya. Sekarang semuanya sudah di hujung jari, pendaftaran kelas jugak dibuat melalui dalam talian. 

"Hei, kau budak baru eh?" tegur seorang perempuan.

"Err... nae." jawab Inha malu. Belakang tengkuknya digaru perlahan. 

"Kau aliran apa?" tanya perempuan itu lagi.

"Aliran muzik moden." jawabnya lantas menyeringai kecil.

"Kita sama aliran. Jom aku tunjuk jalan."

"Oh nae.."

Dia membuntuti perempuan tadi. Mukanya nampak baik. Tak sangka dia akan mendapat kawan secepat ini. Bagusnya.

Setelah sampai di barisan aliran mereka, Inha membuka bicara terlebih dahulu. Nama perempuan itu ditanya terlebih dahulu sebelum dia mengucapkan terima kasih.

"Nama awak apa?"

"Kim Eunji, boleh panggil Ellena."

"Okay Ellena, terima kasih sebab tegur saya dulu." kata Inha kekok. Kekok dengan nama manja Eunji. Mungkin kerana dia berasal daripada kampung.

"Panggil je la Eunji kalau kau tak biasa." senyum Eunji. Dia tahu pasti Inha sedikit kekok menyebut nama Inggerisnya.

"Nae Eunji." 

Keadaan senyap semula, namun gelanggang yang menjadi tempat berhimpun para pelajar itu mula riuh apabila sekumpulan lelaki berjalan menuju ke barisan aliran mereka. Inha agak terpegun melihat keriuhan itu. Seperti yang dijangka, Eunji sekali lagi mejadi kaunter pertanyaan baginya. Sambutannya meriah sekali.

"Itu siapa Eunji?"

"Diaorang tu? Handsome kan?" Inha hanya menggangguk perlahan.

"Mereka tu suami aku!!!!! HAHAHAHAHA!!!!!"

"Ish awak ni." bahu Eunji dipukulnya perlahan.

"Apa kata kau tak payah nak awak saya bagai? Skema betul la.."

"Hm... okaylah..sekarang cepatlah bagitahu diaorang tu siapa!!!!"

"Yalah yalah! Mereka tu senior paling hot di sekolah kita ni.. Wait, jangan cakap kau dah jatuh tangga dengan salah sorang member diaorang!!!"

"Hm..nampaknya macam tu lah." katanya sambil tersenyum simpul memandang ke arah sekumpulan lelaki tadi.

Segalanya hal disekolah berjalan lancar baginya. Kawan baru bernama Eunji sangat peramah dan baik. Cuma masalahnya satu, fikirannya tidak lepas memikirkan senior comel yang berjaya memikat hatinya itu.

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now