🔸34🔹

111 13 11
                                    

Recommended song; Still with you <Jungkook of Bts>

⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪

Pertandingan memasak yang dianggotai oleh Byungchan dan Eunji. Kami semua duduk di tempat duduk penonton. Di kerusi barisan hadapan ini, Chan, Seulji, Aerim dan Sejun mengambil tempat mereka. Yang lain semuannya duduk di baris aku. Dan yang paling bestnya, Seungwoo duduk sebelah aku woi!

Entah apa nak kata, mereka nampak comel bersama apabila memakai topi tinggi berwarna putih itu. Macam tukang masak sebenar pula.

.
.
.

"Pemenang bagi keputusan memasak ini, jatuh kepada pasangan anak muda Choi Byungchan dan Kim Eunji. Hidangan yang disediakan berupa spagetti dengan cheese. Hidangan sampingan termasuklah corndog corona serta air sanitizer boom guava juice. Hidangan kreatif anak muda ini telah memikat juri. Tahniah diucapkan!"

Aku menepuk tangan kuat, tak sangka diaorang menang!

"Hooray!!!! Boleh la Eunji belanja starbuck malam nih!!" jerit Jungjae.

"Sayang, jangan jerit. Ni public tau, nak kene cium ke?" tegur Seungsik.

Jungjae tersengih malu. Lantas kepalanya diangguk, tanda mahu dicium.

"Eiiiiii tak malu!!!!" jerit Seulji, Minzy, Aerim, dan Inha serentak sebelum ketawa terbahak-bahak.

Jungjae pulak dengan palmface nya, duduk merajuk dengan Seungsik. Ada-ada saja mereka ini.

Sedangku leka, tanganku ditarik keluar dari dewan ini. Aku hanya diam, membuntuti Seungwoo entah mahu ke mana.

Setibanya di luar dewan, kami duduk di kaki lima. Tempat itu lebih senyap dan sunyi berbanding dengan suasana di dalam dewan tadi.

"Er, sunbae ada apa-apa nak cakap?" aku hanya menunduk. Bukan apa, tak sanggup melihat visualnya itu. Kemeja putih dengan seluar jeans straight cut, rambut disikat ke belakang. Sangat bergaya dan kacak, tidak sesuai dengan aku yang biasa-biasa ini.

"Saja nak duduk sini, bising la kat dalam tu."

"Oh, okay." kami hanya senyap. Melayan perasaan masing-masing. Disebabkan aku hanya menunduk, rambut panjangku jatuh dari balik telinga. Memang sengaja aku tidak mengikat rambut, sudahnya aku sendiri yang rimas.

Tiba-tiba Seungwoo menyelitkan rambutku. Aku yang terkejut langsung memandang mukanya.

"Mianei.."

"Nae?"

"Mianei sebab selalu lukakan kau."

"Ha? Sunbae mana ada lukakan saya?"

Aku memandang mukanya keliru, dia hanya tersenyum nipis.

"Lepas ni, aku akan belajar cintakan kau, macam mana kau belajar bersabar untuk setia dengan aku.".

" Sunbae..."

"Hmm..?" dia hanya menggumam. Menyahut panggilanku.

"Mana sunbae tahu?"

"Kau yang bagitahu?"

"Ha! Bila??!!"

"Kau bagitahu melalui perbuatan kau, sikap kau, kesabaran kau."

"Sunbae serius lah?"

Dia mendekatkan muka ke wajahku. Pipiku yang memerah dipegangnya. Sebelum bibir kami bersatu, buat pertama kali.

"Dah percaya dah yang aku serius sekarang ni?"

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now