Recommended song; Higher plane <Flowsik ft Kang Minkyung> Criminal mind: Korea ost
⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕
"Aku balik dorm dulu tau." kata Minzy. Tangan Sunghee ditariknya supaya mereka jalan bersama. Mereka sudah berbaik selepas mendengar nasihat Aerim. Kini, mereka hanya berusaha untuk memikat senior idaman mereka saja.
"Ha..korang pun balik la dorm.. Aku nak berlatih rentak mozard yang cikgu bagi tu." kata Eunji kepada Inha dan Aerim. Jungjae dan Inha sedang memimpin tangan Seulji. Nampaknya kakinya masih tidak baik lagi.
"A..nae." serentak itu, mereka berempat bergerak pulang ke dorm memandangkan Eunji suruh.
.
.
.Setelah mereka sudah pulang ke dorm, aku bergerak ke bilik yang menempatkan alat muzik. Sudah pasti aku mahu berlatih bermain piano.
Tatkala pintu dibuka, terpampang wajah Byungchan sunbae yang sedang ralit bermain telefon.
"A..harini pun dia berlatih jugak." bisik hatiku. Bibirku tidak lepas menguntum senyum.
Aku bergerak ke piano yang agak jauh darinya. Sudah pasti piano paling hujung ke belakang. Dari situ, aku boleh melihat Byungchan sunbae dengan jelas melalui biasan cermin tingkap di sisiku.
Memang itu lah antara yang paling membahagiakan aku.
Cermin mata aku keluarkan daripada bekasnya. Buku not pemberian Cikgu Dohyon tadi aku layangkan ke papan di hadapanku.
Tatkala jariku memetik piano tersebut, aku sekali lagi tersenyum. Tersenyum sendiri membayangkan betapa bahagianya jika aku dan Byungchan berpasangan. Boleh bayangkan tak korang?
Mataku sekali lagi melirik ke arah cermin tingkap tadi, atau lebih tepat, biasan Byungchan sunbae tadi. Nampaknya dia sedang sibuk memicit-micit papan kunci telefon pintarnya.
"Positive Eunji. Dia bukan chat dengan girlfriend dia. Maybe dengan omma atau sepupu dia."
Fuh, Byungchan sunbae punya fasal, semua pun aku bole positive.
"Ah. Rasa haus la pulak." aku melihat air tapis di pintu masuk tadi.
"Kalau aku pergi minum air, aku pasti aku akan lalu kat belakang Byungchan bukan?"
Ah..lalu belakang dia saja.. Bukannya peluk belakang dia. Pfft, teringat Seulji, pasti dia sedang gembira walaupun tengah sakit.
Aku nekad, aku mahu minum air dan lalu si belakang Byungchan jugak. Perlahan, aku bangkit dari duduk.
Dalam perjalanan, aku terlihat sesuatu di screen Byungchan sunbae. Oh, rupanya itu!
.
.
.Sebaik sahaja pintu dibuka, aku menjerit mengejutkan member aku. Mereka ni memang suka tidur awal. Nama pun pemalas bukan, buat apa buat homework kalau boleh skip.
"Korang!!! Bangun cepat! Cepat bangun!!"
"Ahh wae??!" jerit Aerim.
Mereka semua masih terpisat-pisat. Jangan pelik ye korang-korang semua. Sejak kejadian haritu, kami bertujuh tidur di dorm yang sama. Hahahaha. Sanggup berhimpit sebab nak bergosip punya fasal.
"Bangun cepat! Ikut aku pergi ke dapur canteen!"
"What?! Nak buat apa?!" tanya Minzy pula.
"Entah kau ni! Sudahlah malam sudah beransur tua." jawab Sunghee.
Krik krik.
"Hehe. Joke joke." kata Sunghee sambil tersengih seperti kerang basi.
"So, apa tujuan kau nak suruh kami ikut kau pergi dapur canteen?" tanya Jungjae. Seulji dan Inha hanya diam melayan kantuk yang masih bersisa.
"We will cook spagetti!"
"Mwo?!" aku hanya buat pekak daripada mendengar mereka merungut.
.
.
.Sebelum perhimpunan bermula, aku senyap-senyap ke kelas Byungchan sunbae.
Kenapa aku bersikap sedemikian? Aku nak letak bekal spagetti air tangan aku di atas meja Byungchan.
Ya, semalam aku ternampak Byungchan sunbae search resepi spagetti. Mesti dia teringin nak makan spagetti. Dengan bakat yang aku ada, maka terhasil lah spagetti bolognese yang special! Mengapa aku cakap ini hasil tangan aku? Mestilah! Sebab mereka berenam tu tidur saja masa aku suruh tolong memasak. Pastu pagi tadi buat alasan tidur lambat la. Itu lah.. Inilah.. Fuh. Tenuk betul.
Klek..
Huishh siapa tu? Bunyi pintu menarik perhatianku. Jangan-jangan ada yang nampak?
Ah. Kertas kecil yang tertulis namaku ditampal kemas di penutup bekal itu. Kemudian aku pergi dari kelas itu senyap-senyap.
"Harap dia suka." bisik hatiku sambil bibirku mengunyum senyum. Senyuman paling bahagia.
YOU ARE READING
𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧
FanfictionSunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka. Status; [CLOSED] First applyfiction of wookidoki- Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO