Recommended song; Moondance <Woong of Ab6ix>
⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕
Aku berjalan ke kelas selepas menjumpai Minzy dan Sunghee. Kelas kami berada di tingkat 3 blok Levanter. Di atas koridor kelas yang menempatkan senior. Kesian junior kena daki tangga banyak berbanding senior. Tapi takpelah, janji Seungsik sunbaenim tidak penat. Heh.
Sedang aku berjalan, aku ternampak sesuatu yang tak sepatutnya. Lelaki tinggi itu Seungwoo sunbaenim kan? Wait, dia sedang bercium?! Tapi dengan siapa?
Aku mengjengket perlahan-lahan mendekati mereka. Tanpa ada suara pun, aku hanya mengintai dari sebalik dinding. Reflek, mataku terbeliak. Kelihatan Seungwoo dengan Minzy sedang bercium. Jadi mereka bercinta? Wow!!!
Ingin saja aku melompat dan menjerit untuk membongkarkan rahsia mereka. Tapi aku menahan diri. Aku perlu bertanya dulu kepada Minzy. Aku mengintai sekali lagi. Omo, asal lama sangat dorang kiss ni?
"Oit, buat apa tu?" satu suara menegurku.
Aku menoleh ke belakang untuk melihat manusia yang mencuit bahuku.
"Eh Seungsik sunbae." kataku dalam keadaan berbisik.
"Wae?" nampaknya dia juga ikut berbisik.
"Siapa tu?" mataku membesar apabila Seungwoo menyedari ada orang yang turut berada di situ.
Kalut aku menutup mulut Seungsik sunbae, lantas aku menarik tangannya pergi jauh dari kedudukan tadi.
Ah, macam mimpi saja dapat pegang tangan Seungsik sunbaenim. Di sebalik kekalutan kami berlari, aku menyimpul senyum. Peluang begini hanya dapat dirasai sejuta tahun sekali. Rasa macam lari kat tepi pantai pulak. Tak pon dekat taman bunga yang indah permandangannya.
"Hei awak. Saya penat lari.. Bila kita nak berhenti?" tanyanya.
Ah lupa pula nak berhenti. Tulah, siapa suruh berangan. Hahahahahaha. Kami berhenti di depan bilik latihan vokal.
"Mianei sunbae. "
"Kenapa tadi?"
"Oh.. Er.. Sa-saya..."
"Awak nampak apa-apa ke?"
"Oh ha.. Saya nampak pelajar merokok. Saya nak catat nama diaorang je. Ha.."
"Betul ni?" dia tersenyum.
"Ye..." aku tersenyum. Sopannya Seungsik sunbae. Tak macam Seungwoo dan Sejun sunbae. Muka tak pernah nak senyum.
"Kalau macam tu, saya pergi dulu lah." katanya sebelum berpusing untuk pergi.
"Sunbaenim.. Nama saya.." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, dia memotong laju.
"Jung Jaemi. Betul?" senyumnya.
"Betul. Hehe." ahh manisnya senyuman diaaaa!!
"Saya pergi dulu. Take care. "
Aku menghantar dia melalui mata. Tak lama kemudian, aku melompat seperti monyet dapat bunga. Ahh aku gembira!
.
.
.Pelajaran dimulakan seperti biasa. Cikgu Seokhun memulakan seni dengan menyuruh kami melukis ikan kembung. Pfft. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi aku. Lihat saja hasilnya. Menakjubkan bukan?
-Aerim,2020
Tidak lama kelas bermula, kelihatan Sunghee memasuki kelas berseorangan. Kenapa dia basah?
"Sunghee? Kenapa kamu basah ni?" tanya cikgu Seokhun.
Dia hanya diam dan menggigil. Rasanya dia kesejukkan.
"Pergi duduk dan mula melukis ikan."
"Nae saem."
Aku memerhatikan langkahnya. Ditubuhnya tersarung blazer. Mungkin ada pelajar yang baik hati pinjamkan dia blazer.
Aku kemudian mengabaikannya. Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku.
Lim Sejun
Kenapa dia pakai blazer Sejun sunbae???!!!
YOU ARE READING
𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧
FanfictionSunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka. Status; [CLOSED] First applyfiction of wookidoki- Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO