🔸15🔹

115 22 5
                                    

Recommended song; I Hope <Kang Daniel>

⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪

Psst

Aku memperlahankan langkahku.

Psst

Seperti ada yang sedang berbisik memanggil aku bukan? Aku memandang sekeliling.

Psst, Jaemi..sini!

Aku menoleh ke kanan. Keningku refleks terangkat kerana berasa pelik.

"Seungsik sunbae?"

"Sshshshsh..." Seungsik sunbae mengarahkan aku supaya diam. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya.

"Wae?"

"Jom!" bisiknya sambil menarik tanganku. 'Sambil menarik tanganku.' Seronok kan?

Kami berjalan secara senyap-senyap ke tandas lama sebelah padang. Tandas itu agak tersorok kerana jarang kelas diadakan di situ. Hanya kadang-kadang digunakan semasa pj sahaja. Tapi kenapa Seungsik sunbae tarik aku pergi sini? Dia nak buat apa-apa ke kat aku? Ke dia nak buat confession? Oh my!! Tapi kenapa dekat sini? Dia nak rahsiakan hubungan kami ke?

Aku menepuk dahiku sendiri. Banyak fikir betul. Tentu-tentu Seungsik ada dekat sini..tanya je lah dia..betul apa tidak?

"Sunbae..kita buat apa kat sini?"

Dia memandang tepat ke arah mataku. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya.

"Sunbae.."

Dup dap dup dap dup dap

"Ada budak kena buli dalam tandas ni." bisiknya di telingaku.

Aigoo..lembutnya suara sunbae.. Rupanya ada budak kena buli.. Wait, what?

"Mwo?! Buli?! Mana dia?" aku menarik tangannya menuju masuk ke bilik air.

"Nanti! Mereka berkumpulan!" jeritnya menghalang aku terjah mereka.

"Haah ek? Tapi kita dah masuk la sunbae." kataku selamba.

Kini kami sedang diperhati oleh sekumpulan lelaki yang agak badboy. Siapa tak kenal kumpulan NCT? Melihat Taeyong saja aku sudah telan air liur. Macam manalah Sunghee dulu boleh tahan dengan mereka ya?

"Oh my..."

"Kau cari siapa?"

"Apa yang kau buat ni hah?!" ah, aku jerit sajalah.

"Buat apa? Isi masa lapang je..salah ke?" jawab Johnny pula.

"The heck? Kepala babun kau isi masa lapang dengan pukul budak sampai separuh mati macam ni?" marah Seungsik sunbae.

"Sekarang kitaorang tak de cari fasal pun kan dengan kau. Yang kecoh sangat kenapa?" Ujar Haechan sambil menarik collar baju Wonjin. Kemudian, Wonjin diheret supaya membelakangi mereka.

"Memanglah kau tak cari fasal. Tapi kitaorang ada hak nak halang kau!"

"Tch tch tch tch tch... Kagum aku gaiss dengan mereka ni..berani mati! Hahahaha!!"

"Lepaskan dia atau nak kami report korang?!"

"Jung Jaemi..." perlahan-lahan Taeyong mendekati Jungjae. Dagu tirus milik gadis itu diangkat selaras dengan pandangan matanya.

"Cantik jugak kau ye? Tapi garang sangat. I like! Hahahahah!!" kawan-kawannya juga turut ketawa.

"Aishh ni penghinaan bagi aku!" tak semena-mena sebuah penampar hinggap di pipi Taeyong. Seungsik yang terkejut terus menarik Jungjae ke belakangnya.

"Kau memang nak kena!" Taeyong pula melepaskan amarahnya kepada Seungsik. Tumbukan padu di hadiahkan ke perut membuatkan Seungsik tersedak kuat.

"Hyah!!!" jeritku.

Kawan-kawan Taeyong yang lain mula menyerang Jungjae dan Seungsik. Berdasarkan ajaran ayahnya, Jungjae juga turut terlibat dalam pergaduhan itu. Wonjin mengambil kesempatan itu untuk menelefon cikgu supaya pergaduhan ini terlerai.

"Ambil ni!" tumbukan turut diberi Seungsik pada muka Taeyong.

Tanpa Jungjae perasan, Jungwoo mengeluarkan kayu yang digunakan untuk membuli mangsanya tadi. Dia kemudian mengangkat tinggi kayu tersebut dan ingin memukul Jungjae dari belakang.

"Jaemi!!! Watch out!" dengan sekuat tenaga, Seungsik berlari ke arah Jungjae. Badan gadis itu dipeluk erat supaya tidak terkena pukulan tersebut.

"Sa-sakura?" kata Seungsik sebelum pengsan.

"Sunbae!! Bangun!!"

Taeyong dan kawannya yang lain berniat untuk melarikan diri. Namun kemunculan Cikgu Woobin dan pengawas lain mematikan langkah mereka.

"Siapa Sakura?" bisik hati Jungjae.


𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now