Recommended song; Look at me and smile <Victon>
⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕
Ah iya, malam yang baik. Kami semua melepak di kafe moontalk. Cafe ini diusahakan oleh seorang gadis yang comel dan cute bernama Amie. Suaminya juga bernama bulan. Tak percaya? Tanya Sm entertainment sana.
Tahu awak tak tanya, saja nak bagitahu.
Kami semua meluangkan masa bersama. Iyalah, tadinya Byungchan dan Eunji sudah menang pertandingan. Pastinya ada perayaan!
Melihat Seungwoo dan Sunghee sudah bermesra membuatku tersenyum lebar. Walaupun Sunghee kononnya malu-malu tahi zirafah, tapi mereka sangat comel apabila saling memandang seperti itu.
Jungjae pula amboi, rasanya dia la yang paling melebih dengan Seungsik. Skinship, sweet selfie, saling menyuapi makanan. Hampir termuntah aku melihat mereka ini.
Aerim dan Sejun juga, masing-masing saling menenung dalam diam. Sejun memandang Aerim dalam senyap, kemudian Aerim pula memandang Sejun dalam senyap. Pandang sajalah muka girlfriend and boyfriend awak tu! Haish, aku pula yang bengang.
Subin dengan Minzy, mereka paling sepadan! Sama cantik, sama comel, sama serasi, sama segalanya lah! Mereka paling hyperactive jika hendak keluar, hendak berkelah lah, hendak mandi pantai la..aigu maknae couple ni.
Chan dan Seulji. Mereka memang sama-sama gedik. Tapi mereka lah yang mewujudkan suasana antara kami. Ini sebabnya, Chan asyik membebel macam atok!
Dan paling gembira sekali, Byungchan dan Eunji juga sudah memulakan hubungan mereka. Pasangan baru ini, sangat sesuai bersama. Aku tumpang bersyukur.
"Bae, menung apa tu?"
Hanse, manja memang manja. Kuat merajuk dan suka berlagak comel. Dia lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku.
Love at the first sight? Orang kata cinta begitu tidak wujud. Tapi mereka salah, sebab mereka tidak pernah mengalami, sebab itu lah mereka buat spekulasi sendiri. Cakap bahawa cinta pandang pertama itu kolot, tipu dan sebagainya.
Entahlah, janji aku bahagia. Bahagia bersama Hanse. Bahagia bersama mereka semua.
Bergaduh, salah faham, merajuk. Itu perkara biasa yang berlaku antara pasangan bercinta. Perkara itulah yang mematangkan aku, untuk terus bertahan, saling mengenali dan bersama dengannya. Hingga akhir hayat.
Bercinta di usia muda. Itu sebenarnya cabaran. Tidak salah untuk bercinta. Tapi perlu tahu batas masing-masing, supaya kita tak menyesal nanti hari.
Sekali lagi, pipiku dicuit Hanse.
"Bae fikirkan Sese eh?" Katanya sambil tersengih.
"Eii perasan!!"
Keadaan senyap semula. Kami hanya bertatapan, merenung antara satu sama lain, mungkin berkomunikasi melalui mata. Tap entahlah jika dia tahu apa yang aku katakan padanya.
'I love you Hanse.' detik hatiku.
"Love you too." jawabnya.
"Awak tahu??" gelengan diberikan sebagai jawapan.
"Habis tu?"
"Saya teka."
Aku menarik muka.
"Alo Bae..jangan merajukk.."
Aku pura-pura tidak melayannya.
"Bae Inha, nak kena kiss atau kena kiss?"
"Mwo?"
"Yes or yes?"
"Ani- " belum sempat aku berkata-kata.
Hanse sudah mencuri first kiss aku.
Lantas terburai jeritan mereka yang lain.
"Sese!! Public!!"
Ah, dia hanya tersenyum senang. Benci!!
.
.
.Bless the love, and still together and forever.
The End
YOU ARE READING
𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧
FanfictionSunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka. Status; [CLOSED] First applyfiction of wookidoki- Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO