Recommended song; Kashmir main tu Kanyakumari <SRK ft Deepika Padukone> Chennai Express ost
⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕
Yes, seperti yang dirancang oleh aku, Kim Eunji, kami telah pun selamat menyorok dalam salah satu locker baju salah seorang pemain basketball.
Bersama aku, Inha, kami dua sedang bersempit-sempitan sambil berpanas-panasan menunggu 'abe-abe' hot memasuki tempat persalinan itu. Mengapa Inha turut terlibat? Ini kerana dia juga menaruh hati kepada salah seorang ahli Victon. Nak tahu siapa? Sekejap lagi aku bagi tahu.
"Woi. Kau biar betul dorang masuk sini.. Kalau dorang pergi lepak tepi padang dulu ke.. Apa ke..sapa nak tanggung anak orang mampus dalam locker besar jamban sekolah ni? Panas gila."
"Kau ni Inha, berpanas sikit demi sunbae kesayangan pun tak sanggup. Kau tak ikhlas kan suka kat Hanse sunbaenim? Ye la..dia kan..." belum sempat Eunji menghabiskan ayatnya, Inha sudah celupuk mulutnya.
"Kau jangan nak kutuk Hanse aku eh?!"
"Hanse aku errr.." matanya dijulingkan ke atas tanda mengejek kegedikan Inha, pfft. Aku juga sama saja.
"Kita tunggu kejap lagi. Kejap lagi dorang masuk la tu. Kan nak tukar baju..."
"Ah.. Nae." balas Inha.
.
.
."Tak pe la Minzy, esok aku bagi la blazer Sejun sunbae ni.."
"Ala jom laaa..." kata Minzy sambil menarik tangan Sunhee. Nasib baik tidak putus.
"Aku.. Malulah.."
"Aku tak malu. Jom!"
"Kau nak bagikan blazer ni untuk aku ke?"
"H-haah! Jom!" tipu Minzy.
"Huwaa thank you Minzy..baiknya kau!"
"Baru tahu ke?" kakinya laju melangkah ke bilik persalinan pemain basketball itu.
Persetankan semua penipuan yang dibuat itu, dia sudah tak sabar melihat peluh seksi Subin sunbae tu!
"Wait, gatalnya aku aumm." bisik hatinya.
Setelah kakinya melangkah masuk bilik tersebut, dia berasa sesuatu yang lain. Seperti diperhati pun ada.
"Arghh gwishin, lain kali lah kau takutkan aku. Sekarang aku sibuk!" katanya. Tangan Sunghee ditarik laku mereka menyorok di belakang tirai langsir yang panjang itu.
Di dalam locker, Eunji sudah membawang.
"Apa yang Minzy dengan Sunghee buat dalam ni? Mereka juga fans Victon jugak?" kata Eunji separa berbisik.
"Bukan mereka je.. Tengok tu." balaa Inha.
Mata Eunji membulat apabila melihat Seulji dan Jungjae mengjengket-jengket bergerak ke sebelah almari tinggi di hujung bilik tersebut. Nampaknya, tempat persembunyian di situ menjadi pilihan mereka.
"Heol, dia orang pun sama macam aku? Bercrushkan Victon but senyap- senyap! Aku je ke yang over minat kat Byungchan si comel tu?"
"Haah." jawab Inha selamba.
"Diam! Tak suruh kau jawab!" marah Eunji. Rambut Inha ditarik sesuka hati.
"Oi sakitlah!" maka mereka bergelut di situ.
Shshhhh!!
Mereka mula mengunci mulut apabila semua pemain basketball yang mengadakan latihan memasuki ruangan tersebut. Mata mereka mengecil melihat Victon daripada celah locker tersebut.
.
.
.Aerim mengikuti jejak Chan ke bilik persalinan itu. Setelah memastikan mereka sudah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia kemudiannya perlahan-lahan mendekati pintu masuk bilik itu. Tak boleh masuk, dia intip saja dari pintu ini. Dia cangkung untuk melihat Victon dari lubang kunci pintu itu. Senyuman mula terukir apabila matanya menjamah permandangan dalam bilik tersebut.
YOU ARE READING
𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧
FanfictionSunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka. Status; [CLOSED] First applyfiction of wookidoki- Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO