🔸13🔹

117 21 8
                                    

Recommended song; Sixteen <Kim Samuel>

⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪

Lepas assembly, aku menuju ke kelas. Memang sengaja ingin lebih cepat berbanding mereka yang lain, sebabnya aku mahu tidur sebelum Cikgu Taeil masuk nanti.

Kakiku melangkah riang memasuki ruang kelas. Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku.

"Eh, bekal makanan siapa pulak yang tertinggal atas meja aku ni?"

Sebuah bekal makan bercorak beruang dan nota kecil diatas penutupnya menarik perhatian sekali. Bekal itu kemudian aku angkat.

Prince Byungchan, please enjoy the meal.

From; Ellena Kim

"Ellena Kim?" bekal itu aku letak kembali. Masih panas isinya.

"Siapa bagi tu hyung?" tegur Subin.

"Oh. Tak tahu. Daripada Ellena Kim. Ada ke pelajar nama Ellena Kim ek?"

"Oh..entah..tak pernah dengar la pulak."

"Apa dia bagi tu?" tana Chan.

"Huwaaa comelnya beruang!!" jerit Seungsik pula.

"Ish diamlah!" mereka ini, kecoh betul.

Perlahan-lahan aku buka penutup bekal itu. Baunya saja sudah buat mata aku bersinar.

"Spagetti ni!! Huwaaaa Byungie dah lama nak makan!!" garfu bercorak beruang yang diberi oleh si pemberi aku sambar. Memang ini yang aku idamkan. Haish rindu masakan omma. Nampaknya si pemberi bekal ni tahu kegemaran aku..

"Huwaa untungla hyung..dapat makanan daripada secret admirer. Hanse nk siapalah yang nak suka kan?"

Kata-kata Hanse hanya diabaikan oleh Byungchan. Dia hanya fokus pada makanan itu saja.

"Hanse gi library jap. Ada buku nak kena cari."

"Okay." kata Byungchan sambil menyambung semula aktiviti mengisi perutnya itu.

.
.
.

Aku tiba di library, kelihatan ada beberapa orang pustakawan yang sedang menjalankan tugas mengemas library di pagi hari. Ada juga pelajar yang mencari buku untuk menghilangkan bosan atau rujukan tugasan.

Aku berdiri di rak yang menyusun akhbar. Kita perlukan mengetahui isu semasa. Nanti bila exam tiba-tiba tak ingat jawapan, maka masa itulah kita berpeluang untuk berkarya dengan segala yang berlaku di dunia ini. Tapi masalahnya, aku lebih kepada mengarut je. Hahahaha.

Tajuk akhbar 'Korean Daily' aku baca dengan sungguh-sungguh. Besar kecil mataku meneliti tajuk tersebut.

"Seekor anak gajah tersangkut di lubang jamban tandas awam? Serius la?" sedangku tekun membaca berita pelik yang menggemparkan bumi Seoul itu, telingaku menangkap satu pertelingkahan kecil antara seorang lelaki dan perempuan. Kedengaran suara itu tidak jauh dari tempat aku berdiri. Mungkin pasangan bercinta yang bergaduh kerana tidak bersefahaman. Kepalaku gatal menjengah gelagat pasangan itu.

"Awak jangan ingat saya tak tahu yang awak main kayu tiga belakang saya!"

"Apa sayang cakap ni? Mana ada.."

"Saya ada bukti! Tengok ni!" perempuan tadi melayangkan skrin telefon pintar kepada si lelaki tadi. Serta-merta, mata lelaki tadi terbuka luas.

"So,apa penjelasan awak?!" tanya si perempuan separa mendesak.

"Fine! Memang aku dengan dia ada hubungan! Puas hati kau?!"

"Awak ni memang tak sedar diri ya?" si perempuan itu menarik lengan si lelaki apabila si lelaki itu mahu beredar dari situ.

Ah..aku sedang menonton drama tak berbayar. Seronok juga.

"Lepas!" kata lelaki itu, kelihatan dia sangat marah apabila si perempuan itu menahannya pergi.

"No way! You should give explaination!" desak si perempuan itu.

Mataku membesar apabila si lelaki itu mula mengangkat tangan ingin menampar si perempuan tadi. Sepantas kilat, aku menahan tangannya. Dia memandangku pelik.

"Bro, kau tu dah la pendusta,pendua wanita dan sebagainya, janganlah nak jadi pendayus jugak. Sini library, so please behave yourself."

Aku memandang pula ke arah si perempuan tadi.

"Kalau rasa diri tu tak swag, tak comel dan sebagainya, jangan la gatal nak bercinta, especially dengan mamat buaya macam dia ni." laju bibir aku menitipkan pesan.

Lelaki tadi sedikit bengang dan merentap tangannya sebelum beredar keluar dari library. Perempuan tadi juga berlalu sambil menghentak kaki. Pakej dengan jelingan yang sukar ditafsirkan. Apa? I just tell the truth tho.

Aku hanya menghiraukan mereka. Tapi sesuatu menarik perhatianku. Sepertinya ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. Mataku terpandang seorang perempuan yang comel sedang duduk di kerusi sambil matanya tepat ke arahku. Dia kemudiannya tersenyum.

"Omma..Hanse dah jumpa bunga yang akan menceriakan Hanse setiap hari omma. Kyaa..comelnya dia..."

Entah kenapa aku blushing. Wajah perempuan tadi aku pandang senyap-senyap. Comel.

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now