Sunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka.
Status; [CLOSED]
First applyfiction of wookidoki-
Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO
Sejak daripada collaboration haritu. Kami banyak meluangkan masa bersama. Walaupun kelas kami berbeza tahap, tapi masih lagi mahu berjumpa.
Sudah banyak antara kami yang menjalinkan hubungan cinta. Cuma aku sajalah yang masih menunggu cinta Byungchan. Mungkin belum masanya.
Tentang bento yang aku bagi setiap pagi, aku masih bagi padanya. Bukanlah setiap hari spagetti, adalah juga makanan lain.
Shh, perkara itu masih lagi rahsia tau!
"So masa cuti nanti, apakata kita pergi shortvacation?" cadang Chan.
Oh iya, cuti sekolah selama sebulan. Dan masa itu juga pertandingan memasak yang aku dan Byungchan sertai akan berlansung. Tiba-tiba aku jadi takut. Macam mana kalau aku masak tak sedap?
"Aniyo, Byungchan dengan Eunji ada masuk pertandingan memasak. So tak boleh pergi mana-mana. Kan Eun kan?" tanya Byungchan.
Aku sedikit terkejut apabila Byungchan memegang lenganku.
"Iya? Apa dia?"
"Kita dah daftar pertandingan memasak. Kan?"
"Oh, haah. Pertandingan tu berlansung masa cuti nanti."
"Oh, wow!! Eunji and Byungchan masuk pertandingan memasak? Mana Byungchan tahu yang Eunji ni terrer memasak ni?" kata Jungjae teruja. Jangan dia bocorkan rahsia aku sudah.
"Wah, serius la? Bila Eunji masak?" tanya Subin pula.
"Eunji? Setiap pagi pun dia masak untuk-"
Dek kerana sudah perasan yang dia sedang membocorkan rahsia Eunji, Jungjae berhenti bercakap secara mendadak.