Recommended song; Bird <Ha Sungwoon>
⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕
P
agi-pagi lagi aku dikejutkan oleh alarm di dalam dorm. Fuh, bangun pagi-pagi macam ni. Malas gila.
"Woi budak baru, bangun ah." kejut Minzy.
"Ah. Nae." mataku terpisat-pisat memandang roommate ku sekalian. Semalam aku balik dorm malam, jadi aku tak sempat nak berkenalan dengan mereka. Dengan silu, aku menegur mereka.
"Hai, nama korang siapa. Aku Bae Inha, panggil je Inha."
"Hai Inha. Aku Jungjae." jawab seorang dari mereka.
"Kang Seulji. Just call Seulji. Yang tu Minji."
"Minzy okay!"
"And yup. Minzy"
"Seronok berkawan dengan korang. Hope kita saling membantu."
Kata-kataku dibiar sepi tanpa balasan. Mereka ni memang berperang ke apa ni? Seram semacam je. Hm..
.
.
.Aku nak cari Eunji. Dia pasti sudah beratur. Nampaknya aku dah lambat sebab tunggu Jungjae guna tandas lama sangat. Sembelit katanya. Ha.. Tu pun dia.
Aku mengangkat tangan ingin melambai ke arahnya.
"Eun- auch" tanpa sempat aku memanggil
Seorang lelaki tinggi melanggar aku selamba dan berlalu pergi begitu sahaja. Hmmph! Sombong betul dah lah tak mintak maaf! Jahat! Kemudian aku melangkah ke arah Eunji."Geram betul lah!" kataku lantas beg aku hempas.
"Kenapa kau? Ada problem dengan roommate ke?"
"Tak.. Nampak tak lelaki kat sana tu." lelaki tinggi tadi aku tunjuk kepada Eunji.
"Ha. Kenapa dengan dia?"
"Dia langgar aku tak mintak maaf. Benci!"
"Dia tu. Han Seungwoo. Salah satu ahli Victon."
"Victon?"
"Ala yang semalam tu..takkan dah lupa?"
"Oh. I see.." aku berfikir keras. Jadi dialah kawan kepada lelaki comel yang sedikit rendah semalam.
"Ha. Termenung apa la tu.."
"Haha. Nothing."
Dari jauh, kekecohan kembali berlaku. Pagi ini bukan disebabkan senior kacak semalam, tapi seorang gadis yang dikerumuni beberapa orang gadis lain. Sepertinya dia perlu pertolongan.
Baru sahaja aku ingin melangkah. Eunji menahan tanganku.
"Just close your eyes. Jangan masuk campur. Gina terlalu kuat untuk ditentang."
"Tapi perempuan tu.."
"Aku tahu Sunghee boleh tahan. Trust me."
Aku kembali memandang ke arah gadis yang dibuli tadi. Tali lehernya dicabut dan dibuang ke tanah. Kemudian rakan-rakan yang lain menolak dan menunjal kepalanya. Tapi mengapa? Bukankah ini sekolah elit? Sekolah yang ketat peraturan dan menjulang nama baik di peringkat antarabangsa.
"Minzy.."
" Yes, Minzy is her guardian. Only her can protect Sunghee from Gina and her gangs."sambung Eunji lagi.
Oh.. Nampaknya aku sudah boleh faham apa yang berlaku di sekolah ni. Everybody have their own power. And diaorang tak boleh lemah. I see.
.
.
.Kata-kata yang disampaikan oleh Seulji semasa pengumuman perhimpunan membuat para gadis tersenyum. Nampaknya senior kegemaran mereka akan mengadakan latihan bola keranjang. Pasti mereka mempunyai peluang untuk menatap mereka. Yang pastinya, mereka happy.
Kini mereka sudah memasuki kelas. Aliran muzik moden hanya diikuti oleh 14 orang pelajar keseluruhannya. Tapi dalam kelas hanya ada 11 orang saja.
"Bukankah Minzy sekelas dengan kita? Dari semalam tak nampak dia pun?"
"Dia? Ponteng kot." jawab Aerim. Oh iya, Aerim juga berada dalam aliran yang sama. Dia sangat disenangi dan juga peramah. Cantik dan comel.
"Eunji, petang ni semua aliran kita ada dance practice. Cikgu Lee suruh stay sampai pukul 6." bilang Aerim.
"Aniyo!!!!!! Aku nak tengok Byungchan sunbae main bola keranjang!" Satu sekolah sudah tahu kegilaan Eunji terhadap Byungchan. Tidak hairan lah kalau dia ni beh berfangirling sesuka hati.
"Kau ni. Behave la sikit." marah Seulji. Di sudut hati Seulji, dia turut merasa sedih kerana tak dapat tengok Chan sunbaenim juga.
"Hm. Aku ada idea." kata Eunji. Lalu dia berbisik kepadaku.
Lumayan bernas jugak idea dia ni. Interesting.
Dan mereka mula berfikir cara untuk melihat sunbae kesayangan mereka walaupun terpaksa menghadiri latihan menari.
Tambahan watak.
Name: Kwon Gina
YOU ARE READING
𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧
FanfictionSunbae kegemaran ramai, dan hanya mereka yang terpilih saja boleh menambat hati mereka. Status; [CLOSED] First applyfiction of wookidoki- Beautiful graphic cover and banner by senpai editor @/CRUSHAO