2

66 10 0
                                    

Hiraeth| KNJ

"Kau akan kahwin dengan puteri tunggal keluarga diraja Joseon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau akan kahwin dengan puteri tunggal keluarga diraja Joseon."

Pedang samurai ditangan terjatuh ke tanah. Anak mata kelabunya memandang ke arah tenaga pengajar utamanya dalam seni pedang samurai ini.

"Apakah kamu sudah hilang kewarasannya, wahai tuan guru?"

Pedang samurai dikutip semula dari tanah. Kaki terus melangkah untuk meninggalkan General itu sendiri.

Ahhh. Gila. Semua ini gila.

"Kim Nam Joon, hanya ini masa depan kau yang tinggal. Takkan selamanya kau mahu bergantung harap pada aku untuk menjaga kau?"

Suara General Bang Shiyuk itu meningkat nadanya. Langkah Nam Joon terhenti.

"Kalau macam tu, biar aku tanggung diri aku sendiri."

General Bang Shiyuk mengeluh kecil.

"Masakan kau suka kalau ibu kau tahu akan keadaan kau sekarang?"

Nam Joon tersentak. Terus dia meluru ke arah General itu.

"K...Kkau jangan sebut tentang ibuku. Dia yang pergi tinggalkan aku."

"Kalau begitu. Kau ikut kata-kataku," ugut General Bang Shiyuk seraya berlalu meninggalkan Nam Joon seorang diri di padang latihan pedang samurai yang sunyi itu.

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now