Hiraeth | KNJ
Aku memberhentikan segala pergerakan. Jemari yang masih membutangkan kemeja turut terhenti. Wajah lelaki itu aku pandang lama. Alis keningnya yang elok tersusun rapi. Anak mata kelabunya menggugat nafsuku. Hidungnya yang terletak cantik diwajahnya. Bibirnya yang merah.
Min Young, apa yang kau fikirkan ni?
Terus sahaja kepala aku paling ke tepi. Menghalang mataku daripada terus mengamati wajah lelaki ini.
"A...Aapa kau buat ni?" Tanyaku sedikit keras. Air liur diteguk. Kasar rasanya mengalir di kerongkongku.
"Shhh..."
Sekali lagi aku meneguk air liur. Kali ni, rasanya seperti menelan pasir-pasir di tepi pantai. Kedua tanganku diletakkan didadanya. Cuba untuk menolaknya ke tepi.
"Kau...Buat apa di sini?" Tanya satu suara. Aku menarik nafas terkejut. Terus aku menyorokkan diri disebalik lengan hanbok yang dipakai lelaki ini.
Kelakar ke? Pakai hanbok tengah-tengah musim panas ni. Dekat dalam hutan pula tu. Patut pun berendam dalam tasik tu tadi pun.
"Ni, tempat aku. Aku yang jumpa." Jawab lelaki asing yang baru sahaja tiba. Lelaki dihadapanku ini tergelak kecil.
"Tiada satu pun di dunia ini milik tuan hamba. Maka, tasik ini bukanlah tempat tuan hamba."
Aku mengeluh mendengarkan jawapannya. Tak panjang akal langsung. Macam manalah dia boleh terfikir nak jawab macam itu?