3

59 9 0
                                    

Hiraeth | KNJ

Tubuhnya pada cermin diperhati dari atas ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuhnya pada cermin diperhati dari atas ke bawah.

Kau tampak segak, Nam Joon.

Kimono biru gelap dengan salutan emas pada lengannya menjadikan dia kelihatan seperti golongan bangsawan sedangkan dia hanya hamba kerajaan.

"Kau tak layak untuk hidup bersama seorang tuan puteri, Nam Joon."

Keluhan dilepaskan. Pedang samurai dicapai. Tangannya menolak perlahan pintu bilik. Bauan hutan menerpa. Melihat ke arah kereta kuda yang sudah menunggu, dia terus berjalan ke arah mereka.

Kau masih boleh lari, Nam Joon.

Hatinya tekad.

"Aku, ingin berjalan di dalam hutan ini dulu. Kelak aku kembali." Katanya kepada pengawal istana yang setia menunggu. Anggukan diterima.

Aku tak akan kembali.

Sebaik sahaja langkahnya berjaya menghilangkan dirinya dari pandangan pengawal, terus dia berlari menuju ke hutan tebal.

Berbekalkan sebilah pedang samurai, dia berjanji untuk meneruskan hidupnya.

Namun, tuhan lebih mengetahui apa yang dia lakukan. Sebuah tasik yang sebelum ini dia tidak tahu akan kewujudannya menjadi tempat persinggahan.

"Aku perlukan air."

Terus sahaja tangannya mencedok air tasik itu sebelum dirinya seperti ditarik ke dalam tasik.

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now