11

40 10 0
                                    

Hiraeth | KNJ

Mata sendiri aku pisat-pisatkan bagi membenarkan cahaya yang berlumba itu masuk ke dalam kornea mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata sendiri aku pisat-pisatkan bagi membenarkan cahaya yang berlumba itu masuk ke dalam kornea mata. Selimut ditubuh aku tolak jauh. Terkejut dengan keadaan aku sekarang. Entah dimana keberadaan aku sekarang. Pakaian ditubuh turut terganti kepada baju tidur.

Aku... Dekat mana ni?

Baru sahaja ingin bangkit dari duduk, pintu kayu itu di tolak ke tepi oleh seseorang dari luar. Wajah lelaki berhanbok biru semalam menghiasi pemandanganku.


Wahhh... Syurga dunia. Muka lelaki ini lebih tampak sempurna berbanding wajah Eunwoo.

"Ouh, tuanku dah bangun. Maafkan patik kerana mengganggu. Patik akan keluar sekarang." Mataku hanya mampu memerhatikan wajah itu memohon maaf kepadaku. Muka yang tidak pernah terhias dengan senyuman sepanjang aku bsrtemu dengannya.

"Sekejap. Kita dekat mana sekarang ni?" Tanyaku kepadanya. Lelaki itu masih tanpa senyuman.

"Rumah tumpang. Patik pohon menumpang untuk beberapa hari disini."

Lelaki itu sudah mula melangkah keluar.

"Kenapa bawa aku ke sini?"


"Tuanku merupakan tanggungjawab patik," ayatnya menarik hatiku. Pintu kayu itu kembali tertutup rapat. Aku cuba mencerna apa yang dimaksudkan lelaki itu.

Dia...

Sangat lain dengan lelaki lain yang pernah aku jumpa. Wajah dinginnya.

Aku menggelengkan kepala kasar. Terus aku tersedar ke realiti.

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now