6

46 11 0
                                    

Hiraeth | KNJ

"Pandang depanlah!"jeritku buat yang kesekian kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pandang depanlah!"jeritku buat yang kesekian kali. Kali ni, kedua tanganku aku paksa untuk menutup tubuh yang terdedah.

Akhirnya lelaki itu mengalah. Seluruh tubuhnya dipalingkan membelakangi aku. Terus sahaja aku mencapai beg sandang yang di isi dengan beberapa helai pakaian. Sehelai kemeja labuh berwarna hitam aku capai.

Ahhh...tak sempatlah nak pilih-pilih.

Mataku masih berjaga-jaga. Tubuh lelaki itu aku pandang sekejap-sekejap. Takut kalau dia pusing balik. Naya aku.

"Jangan pandang!"pesanku kepadanya. Kemeja hitam itu cepat-cepat aku sarung ke tubuh.

Matanya melihat ke arah kejauhan. Bunyi derapan kaki kuda mengamit telinganya. Kim Nam Joon mengecilkan matanya bagi melihat ke arah gerangan yang semakin hampir dengan tasik tersebut.

Pemburu!

Kepalanya dipalingkan ke belakang bagi melihat keadaan wanita yang baru sahaja dia jumpa tadi. Masih belum siap.

Langkah kuda itu semakin menghampiri mereka. Melihatkan kepada pemakaian wanita itu, pasti sahaja dia akan menjadi santapan pemburu itu sekejap sahaja lagi.

Pantas kakinya melangkah keluar dari dalam tasik menuju ke arah wanita itu. Tubuhnya ditolak ke batang pokok. Lengan hanbok itu berjaya melindungi tubuh wanita itu.

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now