15

38 10 0
                                    

Hiraeth | KNJ

Rambut panjangku yang mengurai dibiar ditiup angin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut panjangku yang mengurai dibiar ditiup angin. Angin sepoi-sepoi bahasa ini setia menemani aku sepanjang aku duduk di koridor rumah ini.

3 bulan.

3 bulan sudah berlalu sejak dia pergi meninggalkan aku di sini bersama Aera, tuan rumah yang sangat baik hati. Tidak pernah sekali pun dia merungut yang aku ni menyusahkan dia.

Bunyi kicauan burung bermain di koklea telingaku. Entah bila aku boleh keluar dari hutan penuh pohon ini. Bukannya aku tidak mahu keluar tapi, janji dia untuk kembali mengambil aku disini menyebabkan aku mengikat kaki sendiri di sini.

Atleast ada orang teman Aera.

"Kak Minyoung, Aera nak pergi pasar ni. Kakak nak ikut ke?"

Panggilan tu pun dah berubah. Aku suruh dia panggil aku kakak. Well, aku suka dia macam adik aku sendiri. Walaupun aku tak pernah rasa ada adik.

"Lama ke Aera nak pergi?" Tanyaku kembali. Terdengar tapak kakinya melangkah ke arahku.

"Taklah. Cuma nak beli lauk untuk esok dan lusa." Jawabnya. Aku mengangguk.

Lama aku senyap. Tiba-tiba satu odea menerjah ke dalam fikiranku.

"Bolehlah. Kejap, kakak pergi bersiap." Terus aku melangkah ke bilik dan mencapai cucuk sanggul.


Kami berjalan menyusuri laluan hutan menuju ke pasar. Selama 3 bulan di sini. Hanya dua kali aku kesana. Aku takut. Bimbang kalau-kalau Eunwoo berjaya mencari aku.

"Kakak nak cari apa?" Tanya Aera kepadaku. Aku tersenyum sebelum sapu tangan biru gelap seakan warna hanbok milik Namjoon yang dahulu dicapai.

"Hadiah."

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now