Hiraeth | KNJ
Tangan meraba sisi tilam nipis yang aku tidur.
Kosong.
Mata terus tercelik besar. Terus segenap ruang bilik itu aku perhatikan.
Tiada.
Mana lelaki tu?
"Kim Nam Joon?" Panggilku. Pintu bilik aku tolak. Kaki melangkah ke ruang tamu.
Mana kau?
Terus halaman rumah menjadi tempat tuju aku yang terakhir. Tubuh seseorang menerjah ke kornea mataku. Aku berlari mendapatkannya.
Tak. Itu bukan dia.
Langkahku terhenti. Gadis dihadapanku berpaling ke arahku dan tersenyum.
"Selamat pagi, Cik Minyoung."
Aku membalasnya dengan senyuman. Kaki melangkah ke arahnya. Membantu apa yang patut.
Patut tak aku tanya dia?
Masih berkira-kira mahu bertanya ataupun tidak, gadis itu menghulurkan aku seurat gelang. Gelang hijau jade. Ade tulisan tradisional korea.
"Namjoon bagi. Dia suruh cik tunggu dia sampai dia balik."
Aku mencapai gelang tersebut. Gelang disarung ke pergelangan tangan.
Besar.
"Dia...pergi mana?" Tanyaku. Akhirnya.
Gadis itu menarik aku ke dalam rumah. Ruang tamu menjadi tujuan kami.
"Dia kata, dia pergi sekejap je. Nanti bila semua dah baik. Dia kembali. Jadi, cik Minyoung kena tunggu dia dekat sini sampai dia balik. Bolehlah cik teman saya." Aku mengangguk.
Gadis itu memeluk tubuhku erat.
Aku akan tunggu kau, Kim Nam Joon.
Apakah perasaan ini? Kenapa aku rasa sedih. Sakitnya hati ni.
Aku...
Sukakan dia...
Sungguh.