12

37 10 0
                                    

Hiraeth | KNJ

Hiraeth | KNJ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuanku...

Bisikan suara lelaki itu sekali lagi singgah di tebung telingaku. Kepala yang tidak gatal aku garu perlahan.

Kenapa dia panggil aku tuanku?

Teh panas ditangan aku hirup perlahan. Suasana kebun sayuran dan buahan di belakang rumah itu menarik minatku. Tak pernah pula aku terfikir akan ada kebun di dalam hutan ini.

"Aku nak stay sini lama." Ucapku kuat.

"Boleh. Tapi patik kena selalu ada dengan tuanku."

Aku memalingkan kepala. Melihat ke arah tubuh lelaki itu yang cuba  mengambil tempat disebelahku.

"Kau... kenapa?" Tanyaku sepatah-sepatah.

Hanya senyuma  yang dihadiahkan kepadaku. Aku terpana. Lesung pipitnya yang terletak elok di wajahnya menjadikan aku terpaku. Sungguh, lelaki ini lebih indah berbanding Eunwoo.

Kami kembali memandang ke arah kebun. Pokok-pokok hutan yang ada di sini membuatkan kawasan kebun menjadi lembap dan sejuk. Nyaman sahaja.

"Park Min Young."

Lelaki itu memandang ke arahku dengan pandangan yang pelik. Aku menarik nafas dalam.

"Nama aku. Park Min Young. Kau patut bersyukur aku bagitahu nama sebenar aku." Kataku lagi. Kali ini dia mengangguk.

"Kau?"

"Patik..."

"Cut the shit off. Tak perlulah kau bahasakan diri kau tu patik and aku ni tuanku kau. Geli."

Lelaki itu terdiam mendengar kata-kataku.

"S...Ssaya Kim Nam Joon."

[C] HIRAETH | KNJWhere stories live. Discover now