Hiraeth | KNJ
"Kenapa tuanku? Kenapa patik?" Tanyaku. Lelaki itu menghembuskan nafasnya.
Langit malam ditenungnya sedalam mungkin. Mencari jawapan barangkali.
Aku turut merenung ke arah langit gelap yang tersusun bintang-bintang secara rawak itu.
"Setiap kali awak rasa tertanya, pandanglah langit malam sebab bintang-bintang akan sentiasa membawakan jawapan kepada setiap persoalan awak."
Aku mengangguk. Terus sahaja aku melihat ke arah langit yang semakin meriah dengan segala bimtang.
"Tahi bintang!" Jeritku. Tangan lelaki di sisiku terus aku tarik.
"Cepat buat hajat!" Tanpa membuang masa, aku terus menggenggam kedua belah tanganku dan berdoa.
Semoga Eunwoo tidak akan mencari aku lagi.
Namjoon memandang ke arah wanita yang masih menjadi punca kepadanya untuk terus hidup di dunia yang berbeza ini.
Cantik.
Kau terlihat sangat cantik.
Minyoung membuka matanya dan terus merenung langit. Cahaya bulan yang menyinari wajahnya membuatkan dia kelihatan seperti mutiara jernih yang telah mengikat hati Namjoon mungkin untuk selamanya.
"Kau cantik. Cantik sangat. Macam bulan purnama yang bersinar."
Aku melihat ke arahnya.
Haihlah lelaki ni.
Kepalanya aku ketuk kuat.
"Kelaka ke? Kau kata aku cantik macam bulan? Kau tak tahu ke yang permukaan bulan tu berlopak berlubang bagai?"
Aku mula bangkit dari duduk. Malu.
Dia cakap aku cantik.
"Awak nak pergi mana?" Laju tubuhnya mengejar langkahku. Aku hanya menutup mulut. Tanpa jawapan.