"Aaahhh... Sedapnya."
Tubuh Raisyah dihempas atas tilam yang empuk. Letih menemani Aril makan tadi. Raisyah termenung seketika. Tak sangka dirinya kini bergelar janda dalam usianya 26 tahun.
Kata-kata Aril di restaurant tadi masih segar difikirannya.
Flashback
"Saya minta maaf sepanjang saya jadi suami awak. Saya tahu saya banyak dosa dengan awak. Saya kasar dengan awak, tengking awak dan macam-macam lagi saya dah buat dekat awak. Saya betul-betul minta maaf."
Raisyah hanya tertunduk sedari tadi mendengarkan kata maaf Aril. Tangan Raisyah dicapai dengan kedua tangan lelaki itu. Besar mata Raisyah melihat tangannya digenggam bagitu.
"Awak. Saya betul-betul minta maaf. Tolong maafkan saya."
Perlahan Raisyah melepaskan tangannya dari genggaman Aril. Tak selesa diperlakukan sebegitu. Wanita itu tersenyum kelat dengan perbuatan spontan Aril. Mata Aril Cuma perhatikan saja Raisyah mengalihkan tangannya.
"Kita tak boleh bersentuhan dah." Jelas Raisyah membuatkan Aril bersalah.
"Sss... Sorry."
Raisyah tersenyum. Mereka diam seketika melayan perasaan masing masing.
"Awak, awak tahu tak kenapa saya benci awak?"
Wanita itu menggelengkan kepala. Sudah lama dia ingin mengetahui kenapa suaminya dulu begitu benci dirinya. Melihat Raisyah pun tak mahu. Apalagi kalau disentuh. Boleh menjadi kemarahan Aril waktu itu.
Aril mengeluh kecil.
"Saya rasa bodoh bila saya fikirkan semula perbuatan saya pada awak sebelum ni. Waktu mak melamar awak, saya sama sekali tak tahu pasal hal tu. Tiba-tiba mak kata dia dah meminang awak. Pada masa tu saya marah sangat pada mak sebab mak paksa saya kawin dengan awak. Dan..."
Dia diam.
"Saya lebih marah apabila saya tahu awak terima lamaran mak saya."
Lama Raisyah renung wajah Aril. Sekarang baru dia tahu sebab dia dibenci oleh suami sendiri. Jauh betul cerita Raisyah dengan cerita dalam novel yang pernah dia baca. Selalu orang yang dipaksa kahwin lama-lama boleh jatuh cinta. Tapi tidak dalam cerita Raisyah dan Aril.
"Awak dah ada girlfriend ke masa tu?"
Aril menggelengkan kepala dengan tersenyum pahit.
"Saya takde kawan perempuan. Semua kawan pejabat je. Itu pun saya anggap diaorang macam kakak saya."
Raisyah menganggukkan kepala tanda faham. Sekali lagi mereka diam. Raisyah dah malas mahu tahu lagi sebab dia dibenci oleh bekas suaminya. Lagipun mereka dah tiada kaitan apa-apa lagi.
"Kenapa awak terima lamaran mak saya dulu?" Tanya Aril ingin tahu.
Raisyah tersenyum.
"Sebab saya percaya dengan jodoh yang mak kita dua aturkan adalah yang terbaik buat kita. Lagipun saya kenal awak ni abang kepada kawan baik saya Anis. Jadi saya terima lamaran mak awak."
Sekali lagi Aril menundukkan kepala mendengar jawapan Raisyah.
"Maafkan saya sebab jodoh kita sampai disini."
Sekarang
Bergegar badan Raisyah mendengar bunyi deringan telefon bimbitnya disebelah. Pantas Raisyah duduk tepi katil dan menjawap panggilan masuk dari Mak Jainah. Dia tahu pasti Mak Jainah sangat risau akan keadaannya sekarang.
"Assalamualaikum mak."
"Wa'alaikumsalam. Anak mak apa khabar sayang?"
Kedengaran suara pilu Mak Jainah dari jauh. Raisyah hanya tersenyum. Tidak mahu Mak Jainah risau akan keadaannya.
"Alhamdulillah baik. Mak apa khabar? Abah mana?"
"Kami semua sihat. Abah kamu pergi masjid."
"Oh..."
Tiba-tiba Raisyah merasa sebak bila mendengar suara Mak Jainah semakin sayu. Dia tahu Mak Jainah kesal sebab menjodohkan Raisyah dengan lelaki itu. Lama mereka diam melayan perasaan masing-masing.
"Tak sangkakan mak, anak mak ni dah jadi janda."
Kedengaran suara tangisan Mak Jainah. Mendengarkan tangisan ibunya, Raisyah turut mengalirkan air matanya. Sedari tadi Raisyah menahan sebak didada setelah keluar dari bangunan mahkamah.
"Mak minta maaf sayang. Kalau mak tahu..."
"Shh... Benda dah jadi. Biarlah mak. Syah tak pernah salahkan mak."
Sedih betul Mak Jainah dengan perkahwinan anaknya yang gagal gara-gara dijodohkan. Lain yang dirancang, lain yang terjadi. Pasti ada hikmah.
"Minggu ni syah balik ya sayang? Mak nak peluk anak mak ni."
Raisyah tergelak kecil. Faham akan kerisauan Mak Jainah.
"Insya'allah mak. Kalau syah free, syah balik ya mak. Emm... Mak, syah nak mandi dulu. Syah baru balik dari mahkamah tadi."
Mak Jainah sangat memahami Raisyah.
Sebelum kahwin, Raisyah bekerja disebuah syarikat selama 5 tahun. Sejak Raisyah bergelar isteri, Raisyah mengikuti kehendak suaminya yang mendesak dirinya untuk berhenti.
Raisyah mengakhiri panggilan Mak Jainah selepas salamnya dijawab. Jam dinding Raisyah kerling sekilas menunjukkan pukul 3.02 petang. Waktu asar pun dah nak masuk. Sebelum dia lewat untuk solat, dia terus masuk kebilik air membersihkan badan.
Lepas usai solat, dia mengadu pada yang maha esa dan memohon ketabahan dirinya untuk menempuhi semua dugaan ini. Hanya tempatNya kita berlindung dan kepadaNya kita memohon pertolongan
YOU ARE READING
Cerpen: Dudaku, Bakal Suamiku
Short StorySetelah perkahwinan tiga bulan, Raisyah diceraikan oleh suaminya Aril. Yang menjadikan pertanyaan bekas isterinya. Kenapa Aril berubah sikap? Ketika dirinya masih pegang title isteri, dirinya selalu dimarah, ditengking dan bermacam-macam lagi. Bila...