Aril menepati janjinya pada Raisyah. Hampir tiga bulan mereka tak berjumpa. Cuma berhubung melalui telefon saja. Setiap hari lepas subuh, Aril tak lupa text Raisyah melalui whatsapp sehinggalah lewat malam Aril akan text Raisyah. Kadang bila Aril mula rindu, pasti dia telefon.
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat selalu dihatiku.
Ringtone phone Raisyah tiba-tiba berbunyi selepas wanita itu baru selesai solat isyak. Pantas Raisyah berdiri dari tikar sejadah dan berlari anak mendapatkan phonenya yang tengah charging. Tertera nama Dudaku pada screen telefon Raisyah. Sedikit kecewa pada riak wajahnya. Dia sangka Mak Jainah yang menelefon. Kerana hari ini adalah hari ulang tahunnya yang ke 27 tahun. Charging phone dia cabut dan tekan punat hijau.
"Assalam..." Tiba-tiba Raisyah berhenti.
"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Raisyah. Happy birthday to you."
Kedengaran suara Aril bersorak sendiri. Raisyah tergelak.
"Thank you awak."
"Happy birthday once again Raisyah. Saya doakan semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Menjadi wanita yang tabah dan sentiasa merindui saya."
Tergelak Raisyah. "Awak!"
"Amin."
Besar ketawa Aril dapat sakat Raisyah. Rindu juga ingin sakat wanita itu. Berbunga-bunga rasa dihati Raisyah waktu ini.
"Awak buat apa sekarang?"
Tanya Aril setelah tawanya semakin reda.
"Tunggu mak saya call wish my birthday."
Ketawa Aril mendengar. Faham maksud tersirat Raisyah.
"Awak frustlah ni lepas tahu saya yang call awak? Bukan mak yang call."
Semakin seronok Aril mentertawakan Raisyah. Wanita itu turut ketawa bila Aril dapat tahu apa yang dia rasa.
"Mula-mula je frust. Lepas awak nyanyikan lagu hari jadi, saya rasa happy."
"Dah orang tu birthday hari ni, mestilah kena happy." Tertawa kecil Raisyah.
Tiba-tiba mereka membisu. Hairan Raisyah. Dia dah letak telefon ke? Screen telefon dia lihat. Masih ada panggilan Aril. Sekali lagi telefonnya diletakkan dekat telinga.
"Hello?"
Raisyah bersuara memastikan Aril masih dalam panggilan.
"I really miss you."
Berdesup darah Raisyah lepas Aril mengatakan Rindu padanya. Besar mata Raisyah.
"Bila tak jumpa macam ni, rasa rindu pulak kat awak."
Aril tersengih sendiri. Masih tidak berani untuk mentafsirkan perasaanya pada Raisyah.
"Aaa..."
Bingung Raisyah. Tidak tahu ingin katakan apa.
"Awak! Saya call mak saya dulu ye. Kasihan dia kalau saya tak call."
Raisyah cuba lari dari topik Aril.
"Boleh kita jumpa?"
Semakin besar mata Raisyah. Kukunya digigit lalu berdiri dan jalan kehulu-hilir sambil memikirkan pertanyaan Aril. Nak jumpa aku? Kenapa?
"Maybe next time. Saya kena balik rumah Mak."
Aril mengeluh. Kali ini Raisyah benar benar ingin menjauhkan diri dari Aril. Biarlah dari telefon saja dia berhubung daripada berhubung secara semuka dengannya.
YOU ARE READING
Cerpen: Dudaku, Bakal Suamiku
Короткий рассказSetelah perkahwinan tiga bulan, Raisyah diceraikan oleh suaminya Aril. Yang menjadikan pertanyaan bekas isterinya. Kenapa Aril berubah sikap? Ketika dirinya masih pegang title isteri, dirinya selalu dimarah, ditengking dan bermacam-macam lagi. Bila...