Dia Dudaku

1.7K 62 0
                                    

2 Minggu berlalu...

Raisyah kini sudah mula bekerja semula disyarikatnya dulu. Lepas Raisyah balik dari rumah orang tuanya, Raisyah membina semangat baru untuk kehidupan barunya. Raisyah mencuba nasib untuk memohon semula jawatannya sebagai Interior Design di syarikat HouseHold Sdn.Bhd.

Tanpa diduga, Boss Kevin telah lama menunggu kedatangan Raisyah untuk bekerja dengan syarikatnya kembali. Alhamdulillah lebih seminggu Raisyah sudah mulai kerja disana.

Hari ini Anis selaku kawan pejabat Riaysah berbaik hati ingin belanja wanita itu makan di restaurant yellow cab hampir dengan tempat kerja. Selesai order, Anis banyak menceritakan pada Raisyah sepanjang dia berada di Singapore.

"Assalamualaikum." Terhenti cerita Anis.

"Wa'alaikum..."

Raisyah terdiam jawab salam seorang lelaki setelah melihat wajah itu. Berkerut dahi Anis.

"Wei! Jawab salam tu full full. Jangan separuh." Tegur Anis bila Raisyah tak menjawab salam sepenuhnya.

Lelaki itu tertawa kecil. Anis mendongak melihat lelaki tadi dan menjawab salam bagi pihak Raisyah.

"Boleh I join korang?"

"Boleh! Apa salahnya?"

Raisyah besarkan mata pada Anis. Tersengih Anis. Kelat senyuman Raisyah apabila lelaki tadi sudah melabuhkan punggung sebelahnya. Sakit kepala Raisyah bila Aril mula ingin mesra dengannya. Ingatkan hubungan mereka berakhir lepas temankan Aril makan tempoh hari.

Anis mengangkat keningnya beberapa kali. Terlupa pula Raisyah ingin kenalkan Aril pada sahabat baiknya ini.

"Anis, kenalkan ini Aril..."

Raisyah terdiam saambil memikirkan apa yang harus dia katakan. Patut ke aku kata dia ni bekas suamiku? Atau cakap je dia kawan aku? Ish! Karang banyak tanya pula Anis ni. Omel Raisyah sendiri.

"Emm... Aril ni... bekas suami aku."

"What?!"

Kan aku dah kata. Mesti dia buat kecoh. Bisik Raisyah dalam hati. Mata Anis bulat melihat Raisyah dan Aril silih berganti. Seakan tidak percaya dengan pengakuan Raisyah sebentar tadi. Pantas Raisyah memegang tangan Anis dan menunjukkan jari telunjuk kebibirnya. Raisyah menundukkan wajahnya. Malu dengan suara besar Anis.

Anis baru balik dari Singapore uruskan projek disana selama 5 bulan. Waktu Raisyah menikah, Anis langsung tak diberitahu. Sebab itu Anis terkejut beruk mendengar bila Raisyah kata lelaki sebelahnya adalah bekas suami Raisyah.

"How? When? Why?"

Raisyah menoleh Aril sebelah. Wajahnya berubah bila Anis mula soal siasat.

"Nantilah aku cerita kat kau."

Lepas semuanya dah reda, Raisyah melepaskan tangannya dari memegang Anis. Pantas Anis pegang tangan Raisyah semula. Terkejut wanita itu. Tangan Raisyah ditarik beberapa kali oleh Anis. Berkerut kening Raisyah. Tak faham maksud Anis.

Perlahan Anis mendekati wajahnya dengan Raisyah. Lalu dengan suaranya yang besar dia perli Raisyah dan Aril.

"Korang berdua dah tak suami isteri. Jangan duduk sebelah yang bukan mahram kau."

Pulak dah. Kalau aku tak bagitahu yang Aril ni bekas suami aku, takde pula dia kisah Aril duduk sebelahku tadi. Apa punya kawan. Bisik Raisyah dalam hati.

Aril dan Raisyah saling berpandangan. Mereka tersenyum kelat dengan kata-kata Anis. Anis ni kalau nak tegur orang, memang straight to the point. Tanpa membantah, Raisyah turuti kata Anis.

"So, saya dengar awak dah mula kerja?" Aril mula bersuara selepas Raisyah melabuhkan punggung sebelah Anis.

"Hmm... Ye."

"I See."

Berkerut kening Raisyah. Darimana pulak dia tahu aku dah mula kerja? Bisik Raisyah dalam hati.

Anis sedari tadi perhatikan mereka. Dia masih tidak percaya Raisyah dan Aril adalah bekas suami isteri. Kerana cara mereka berbual tak nampak seperti pernah berkahwin sebelum ini malah mereka sekarang lebih seperti baru hendak berkenalan.

Dah macam security kat syarikat mereka lagaknya Anis ni. Mata Anis tak lari melihat Raisyah dan Aril sambil bersandar.

"Siapa bagitahu awak?"

Aril melirikkan mata ke arah Raisyah sambil tersenyum.

"Saya pasang spy."

Raisyah tersengih. Rasa tak selesa bila Raisyah perasan Anis sedang perhatikan mereka berdua.

"Yelah tu. Ni mesti Anis bagitahukan?"

Besar mata Anis mendengar. Tiba-tiba Anis tegakkan badannya.

"Apa pula aku? Dia ni ex-husband kau pun, aku baru tahu. Tuduh aku jadi spy dia pulak."

Meletus tawa Aril dan Raisyah. Sedari tadi Anis diam, tiba-tiba dia membebel bila namanya disebut.

"Bukan kau! Adik dia nilah." Jelas Raisyah. Berubah wajah Anis.

"Oh! Manalah aku tahu adik dia sama nama aku. Cubalah beri nama lain. Ayu ke, Amoi ke. Nak juga sama nama ngan aku."

Raisyah mencebik. Dia tahu Anis sebenarnya malu. Tapi ego dia tinggi sangat, orang lain pulak disalahkan sebab ada nama yang sama. Anis... Anis...

Cerpen: Dudaku, Bakal SuamikuWhere stories live. Discover now