1

6.4K 93 4
                                    

"MARISA"

Kuat nama aku di laung. Tersentak terus aku dari lamunan. Laju aku angkat muka pandang wajah seorang wanita yang sudah separuh umur.

Wanita tua itu menggelengkan kepala. "nama aku, cik salmah. Mulai hari ni, kau akan jadi babysitter sorang budak lelaki. Dia tuan rumah ni"

Berkerut dahi aku. Aku betulkan kedudukan badan yang tengah duduk atas sofa. Biar betul? Budak kecik tuan rumah yang besar gedabak ni?

Aku perhatikan sekeliling kawasan ruang tamu. Rumah papan bercampur rumah kayu. Cuma.. Struktur binaan tempat ni agak pelik.

Masa aku nak masuk dalam kawasan rumah ni tadi ade pagar besi yang tutup hampir Kesemua pandangan untuk tengok halaman rumah. Macam penjara pun ade jugak..

Halaman rumah pulak terang benderang. Hanya ade satu pokok rendang je tak jauh dari rumah ni. Halaman rumah ni serius luas gila. Tapi jalan dia penuh dengan batu batuan bukannya jalan tar.

Rumah ni ade dua tingkat, sebelum aku masuk dalam rumah ni tadi. Aku perasan, ade sebuah bilik yang luas di beranda atas. Mungkin pejabat? Siapa punya, entahlah..

Oh ya. Nama aku Marisa, berumur 18 tahun. Aku mampu bersekolah sehingga darjah 5 sahaja. Lepas mak aku meninggal tahun lepas, aku tinggal dengan bapak aku tapi.. Bapak aku ade hutang dengan pakcik yang tinggal kat rumah ni.. So aku dipaksa kerja kat dalam rumah ni sehingga 10 tahun sebagai balasan bayaran hutang bapak aku. Aku baru je lepas sain kontrak tadi.

Aku tak dibenarkan jumpa bapak sepanjang aku bekerja. Aku tak tahulah dari mana datang peraturan ni tapi cik salmah kata sebab keluarga aku berhutang dan aku tengah langsaikan hutang dorang so no meets. Apela..

Tak apa.. Aku rela demi ayah. Lagipun jadi babysitter tak susah sangat kan? Kan?

"andi! Come here" cik salmah laung agak kuat.

Aku agak kagum. Haha, pandai makcik ni berbahasa Inggeris. Aku tengok muka dia macam 40 an.

Dari ruang tamu aku dapat tengok derapan kaki turun tangga.

"andi sini" cik salmah tunjuk isyarat tangan suruh budak lelaki tu datang dekat dengan dia.

Aku perhatikan je budak lelaki tu. Macam darjah tiga do. Aku tayangkan senyuman manis, mungkin ni kot budak yang aku kena jaga tu.

"andi, ini akak marisa. Babysitter kau" cik salmah hulur tangan andi kat aku. Aku sambut dan genggam lembut.

Muka andi nampak takut. Aku lambai kan tangan, hye.

"baik lah marisa. Ni la tuan andi. Kamu kena jaga dia mula hari ni. Ingat jaga dia baik baik kalau tidak kau kena berhadapan dengan tuan besar" ugut cik salmah sambil dia besarkan mata kat aku.

Tuan besar? Pening dah aku ni. Aku cuma angguk kan je.

"hai andi.." aku gigit bibir. Comel siak Budak ni tapi besar gila cermin mata yang dia pakai macam budak nerd pun ade.

Andi tundukkan muka. Aku dah garu kepala. Macam mana nak kenal ni?

"em, andi darjah berapa?" aku cuba la beramah mesra.

"tingkatan dua" perlahan je andi jawab. Aku terus terdiam. Are u sure?

"oh.. Ok.." aku bangun. Nampaknya budak ni em.. Takpelah.

"jom andi tunjukkan bilik andi" budak tu tarik tangan aku. Em.. Terpaksa lah aku tinggal kan beg besar gedabak aku kat ruang tamu dulu.

Laju andi tarik tangan aku naik atas. Aku pandang sekeliling. Ade lima buah bilik je kat atas yang berhadapan antara satu sama lain. Kalau aku jalan terus sampai ke beranda, akan sampai ke bilik pejabat yang aku cakap tadi.

AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang