11

2.2K 50 1
                                    

Hujan lebat turun mencurah curah. Sesekali petir menyambar. Kecut perut aku. Macam mana aku nak tidur malam ni?

Luckily lampu masih mampu menyala. Kalau tidak aku duduk dalam gelap jela.

Aku baring beralaskan beg pakaian di atas lantai. Sejuk memang sejuk tapi tak apa, lama lama aku biasa juga.

Kriii.. Kriii.. Krii..

Aku kaku sekejap. Bunyi apa tu?

Kriii.. Kriii.. Kriii

Aku tegakkan badan. Kenapa bunyi tu macam dekat je.. Aku pandang beg pakaian. Tangan aku letakkan atas beg.

Ada getaran halus dari situ. Zip beg aku bukak laju, habis semua baju aku campak keluar.

Mata aku berhenti pada sebuah telefon nokia berwarna biru cair yang sedang menggeletar mintak di angkat.

"aik? Telefon siapa ni? Masa bila aku bawak telefon ni?" tangan aku capai telefon tu dan butang hijau ditekan.

"hello?"

"lembap. Berapa lama aku kena tunggu untuk kau jawab? Tak reti pakai phone ke?" Suara garau itu kedengaran sinis.

Suara tu.. "andi? Kau ke tu?"

"ya ya pandai kau teka" andi gelak.

"ni.. Ni telefon siapa?" aku pandang telefon nokia yang aku tengah pegang.

"sayang, aku rindu masakan kau.." Suara gelak tadi bertukar sedih.

Aku dah pelik. Latar belakang suara andi macam ada suara seseorang menangis.

"kat sini tak seronok la. Dia tak nak dengar cakap aku."

"siapa? Apa maksud kau?" perasaan seriau aku mula naik mendadak.

"dia ada kat dalam bilik. Aku tak nak pukul dia tapi dia tak nak duduk diam"

"siapa andi? Siapa? Kau kat mana ni?" aku dah agak. Satu lagi mangsa lelaki tu.

"aku kat luar. Dah la, aku penat"

Aku dengar bunyi telefon diletak atas meja tapi andi tak matikan lagi panggilan tu.

"andi? Andi stop! Jangan bunuh dia!"

"arghh!!!"

Aku terdiam. Suara seperti wanita menjerit kuat kedengaran dari dalam telefon.

"marisa?" Suara andi kembali menjawab.

"kau buat apa kat dia?!" aku menjerit geram.

"shh.. Dah malam ni. No talking more, goodnight Sayang" tuttt.. Panggilan dimatikan.

Aku mula tak tenteram. Jantung aku berdebar debar.

Zrrr! Bunyi petir menyambar. Terhenjut bahu aku kerana terkejut.

Hmm.. Tidur marisa tidur. Aku baring dan tutup mata.
__________________

Pagi buta aku dah bangun. Hari ni aku kena beli barang barang makanan. Lapar..

Malam tadi pun aku tak makan apa apa.. Sakit perut aku.

Aku keluar awal dari rumah. Masa datang sini semalam, aku ada nampak kedai runcit tapi kena jalan jauh la.

**********
Penuh tangan kiri dan kanan aku dengan beg plastik.

"cukuplah buat masa ni"

Sedang elok aku nak melintas jalan, PIN PIN!! Bunyi hon kereta yang entah dari mana.

Zrap! Lengan aku ditarik. Habis tercampak semua barang barang aku.

Berdesup laju kereta yang hampir langgar aku tadi. Bodoh! Tempat macam ni patutnya bawah perlahan lahan.

AKUWhere stories live. Discover now