20

2K 56 12
                                    

Pagi..

Aku buka mata perlahan-lahan. Bayangan semalam masih segar dalam kepala otak aku. Aduh, Malu gila.... Erm..

Aku pusing sedikit tengok sebelah. Andi masih nyenyak tido. Dia hot do... Uish, astaghfirullah alzim. Aku gigit bibir. Masih berangan lagi ke aku ni?

Rambut yang menutupi muka Andi, aku selak perlahan. Kau dah dapat ape kau nak.. Sekarang kita dah jadi suami isteri semula, aku harap ni tindakan yang bijak untuk aku Andi.

Aku renung lama wajah tenang itu. Pagi ni sejuk, aku pun masih berselubung dengan selimut. Sedikit demi sedikit aku dekatkan badan dengan tubuh lelaki tu. Hangat.

Aku cuma nak tengok muka dia dari jarak dekat.. Tak salah kan?

Kepala aku sandarkan pada bantal Andi. Well ade ruang sikit... Senyuman tipis terukir dari bibir aku. Andi takdelah sejahat yang aku sangka kan.. Mungkin.

Tiba-tiba kelopak mata Andi terbuka. Terperanjat terus aku, kaku. Alamak..

"Dah pagi ke?" Andi gosok mata. Berkerut dahi dia tengok luar tingkap. Cahaya matahari samar samar menerangi bilik.

Terus aku mengesot ke tepi. Jauh dari dia. Malu lagi aku. Haish. Janganlah la dia perasan. Em..

"Marisa" Andi duduk. Dia selak rambut yang menutupi dahi ke belakang. Mata hazel itu beralih memandang wajah aku.

Pergh.. Aku telan air liur. Suara aku dah hilang.. Huwaa.

"Thanks for the last night. Aku rasa kau memang enjoy sangat semalam" Aku nampak senyuman penuh makna Andi.

Hah? Ya Allah malunya aku! Aku palingkan muka ke tempat lain. Aku enjoy!? Betul ke?

"Okay, aku nak pergi kerja dulu" Andi turun dari katil dan bergerak ke sisi katil di mana aku berada sekarang.

Ei.. Kata nak pergi kerja.. Buat apa datang dekat aku sini?

"So you're my wife now, right..wifey? Well apepun.. aku tahu yang kau suka 'benda' ni kan?" Andi ketawa kecil. Seluar pendek tepi katil dicapai dan satu ciuman hangat hinggap di dahi aku. Terus dia berlalu keluar masuk ke bilik dia semula.

Ternganga kecil mulut aku. Merah muka aku jadinya. Mamat ni memang selamba gila..

Ah malas aku layan. Lebih baik aku mandi.
________________

Selesai mandi aku buat sarapan untuk aku je. Andi dah takde, dah pergi kerja la tu.

Aku kerling jam. Baru pukul 10.30 pagi. Bosan do..

Bila teringatkan kejadian malam tadi.. Aku tak tahu macam mana nak hadap muka Andi. Malunya..

Angin dari beranda apartmen sepoi sepoi meniup masuk ke dalam rumah. Bunyi bising dari television langsung aku tak endahkan, entah cerita ape pun aku tak tahu..

Adui Marisa.. Kenapa dengan kau ni?! Aku tampar pipi aku perlahan. Lupakan. Lupakan. Lupakan!

Aku gigit bibir. Bantal petak atas sofa aku capai dan aku peluk erat. Hahahahah..

Kenapa dengan aku ni? Asal aku happy sangat ni?

Argh!! Aku sembamkan muka pada bantal yang aku peluk.

Truut truut!
Bunyi mesej masuk dari telefon Nokia.

Laju mata aku beralih ke arah telefon yang berada di atas meja. Siapa pulak ni? Kacau betullah aku berangan. Telefon aku capai dan peti mesej aku buka.

Sila buka pintu.
-Inspektor Hadi

Aku tercengang. Hah? Buka pintu? Eh takkan polis ni dah ade depan rumah aku?

AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang