Sampai sahaja di rumah, aku tersandar keletihan di atas sofa.
Andi masuk ke dalam bilik aku dan letakkan semua barang di atas katil. Semua tu barang aku sorang je, tak ade pun barang dia.
"Penat?" Lelaki itu menghenyakkan punggung di sebelah aku.
Aku cuma menggangguk. Penat lah jugak..
Paha aku di tepuk perlahan beberapa kali dan selamba Andi letakkan kepalanya di atas riba aku. Terkebil kebil aku pandang Andi, terperanjat wei.
Wajahnya dihalakan ke perut aku. Rapat matanya tertutup.
"Emm.. It's warm" Ujar lelaki itu perlahan.
Kelu lidah aku hendak membalas. What's he trying to do?
Beberapa minit berlalu, aku masih kaku memandang Andi yang mungkin sudah lena di atas riba aku.
Wajah tenang itu aku renung lama. Berkerut dahi Andi, entah mimpi ape la mamat ni.
Perlahan-lahan tangan aku naik mengusap rambutnya.
Lembutnya..
Aku tak pernah sentuh rambut Andi. This is the first time, maybe?
Pipinya aku elus perlahan. Dari mata hinggalah ke bibir Andi, aku sentuh. Tiada yang tertinggal.
Lebar senyuman aku. Andi tak perasan langsung. Aku tak tahu kalau dia suka aku sentuh wajah dia atau tidak, jadi ini lah peluang aku untuk sentuh dia tanpa dia sedar.
Segaris senyuman tenang terukir di bibir lelaki itu. Yea, he's really like it. Aku senyum dalam hati.
"Andi, I'm really really mad in love with you" Bisik aku perlahan di telinganya.
Tangan lelaki itu aku capai dan aku teliti satu persatu jarinya.
Glass nails..
He's have nice hands. Urat yang timbul di permukaan kulitnya aku usap perlahan.
Damn! Everything about you is perfect, Andi.
Walaupun awak masih seorang pembunuh..
Mata aku beralih ke wajahnya yang lena. Still he's looks so perfect and innocent. Shit! Marisa!
Aku gigit bibir. Nampaknya aku betul betul dah jatuh cinta. Aku nak dia tapi.. Dia? Belaian aku terhenti.
Hurm.. Dia tak nak aku ke?
"Why stop?" Suara garau mencelah.
Huh!? Bulat mata aku. Wajah Andi aku pandang lama. Dia dah bangun ke?
Ke aku salah dengar?
Mata Andi terbuka, menjeling aku yang masih terdiam. Hujung bibirnya terjungkit sedikit.
Alamak.. Rasa rasanya dia dengar ke apa yang aku bisik kat dia tadi..
"Kau cakap ape tadi dengan aku?"
Habislah..
Aku alihkan pandangan ke luar tingkap. Rasa makin panas pula muka aku apabila di tenung lama.
"Kau tak nak cakap semula ke apa yang kau bisik kat aku tadi? Aku dah bangun ni.." Ada ketawa di hujung persoalannya.
"Err.."
Andi ketawa lagi. Dia bangkit dan duduk di sebelah aku. Wajahnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Spontan aku tersenyum melihat ketawa Andi yang aku rasakan sangat comel ketika itu.
YOU ARE READING
AKU
Mystery / Thriller~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...