Selepas malam tadi, Andi terus hantar aku balik rumah. Dia kata just wait and see. See what? Aku pun tak tahu.Semalaman aku tak tidur sebab fikirkan perkara ni. Betul ke perkara yang aku buat ni? Aku mengaku yang aku jatuh cinta pada Andi sedangkan aku sendiri tak yakin dengan hati aku. Tapi.. aku dah sampai sejauh ni. Tak mungkin aku nak patah balik..
No.Selesai solat subuh, aku duduk termenung sekejap di depan pintu. Walaupun hari masih gelap, tapi dah ramai orang dalam kawasan ni mula keluar dari rumah untuk pergi kerja.
Fikiran aku jauh menerawang ke tempat lain. Aku tertanya tanya.. Apa yang Andi nak aku buat sebenarnya?
"marisa!"
Tersentak aku bila nama aku di laung kuat. Lantas kepala aku menoleh ke arah empunya badan.
Huh? Aku tersenyum tawar. Lebih kepada tak ikhlas sebenarnya.. Pakcik Razali lagi. Orang tua tu tengah sibuk melambai lambai tangan pada aku padahal rumah kami tak adalah beza sangat jarak. Dia ingat aku buta ke apa?
"mana suaminya?" kuat suara orang tua tu bertanya.
"kerja!"
Tu je jawapan selamat yang aku ada. Lantak lah. Hish.. Aku tahan geli. Tak lama aku duduk, aku terus angkat kaki masuk dalam rumah. Pintu aku selak dari dalam, takut apa apa jadi.
Tengah hari nanti aku nak cuci baju. Mesin basuh tak ada so.. Guna kudrat aku jela. Sekarang aku nak sambung tidur..
_______________Pin!!!!
Bunyi apa pulak tu? Siapa pula yang rajin datang tengah hari buta ni? Takkan Andi? Aku terus lempar baju yang masih bersabun ke dalam baldi dan keluar dari bilik air.
Pintu rumah aku buka segera. Berkerut dahi aku tengok kereta mewah berwarna putih berkilat depan pintu rumah. Siapa pula tu?
Seorang wanita cantik tinggi lampai persis model keluar dari kereta dengan pakaian dress merah yang terdedah di bahagian bahu dan ada segaris potongan lurus dari peha hingga ke hujung kaki.
Wow.. Terlopong mulut aku. Devil angel ke?
"Are you marisa?"
Aku angguk. Yup.. Kenapa?
"i see" senyuman manis dilempar pada aku.
"boleh kita bercakap dalam kereta i? Andi ada tinggalkan mesej pada i untuk you.."
Penting sangat ke sampai kena hantar orang lain untuk datang ke sini? "err okay. Sekejap saya tukar baju" aku terus masuk dalam rumah dan tukar baju. Baju kat dalam bilik air tu nanti la aku sambung basuh.
Agak agaknya mesej apa yang Andi tinggalkan untuk aku?
_____________"So you live in this kind of place? Huh" soalan yang keluar dari mulut wanita tu macam memerli aku. Ada ketawa kecil di hujung pertanyaannya.
Aku cuma tersenyum tawar. Sekurang kurangnya aku ada tempat tinggal.
Kereta putih itu membelok keluar dari kawasan rumah setinggan masuk ke jalan besar.
"siapa cik sebenarnya?"
"Nama i helena" wanita tu tertawa kecil.
Helena? Em.. Pandangan aku lemparkan ke luar tingkap. Laju juga perempuan ni bawa kereta.
"so i dengar you isteri Andi? Is it true?"
Kepala aku toleh pandang wajah perempuan tu semula.
"ya.. I'm his wife" walaupun sebenarnya sudah bukan lagi.. But malam tadi Andi yang mengaku aku masih lagi isteri dia.
"really?" pedal minyak ditekan lebih kuat. Kereta lain yang berada di sebelah kiri dan kanan di potong sesuka hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU
Mystery / Thriller~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...