Keesokan hari pada waktu malam.
Kereta andi berhenti depan sebuah kelab malam di kuala lumpur.
Besarnya bangunan kat sini. Aku tundukkan kepala untuk tengok bangunan-bangunan tinggi kat luar tingkap.
"let's go" andi keluar dari kereta. Aku ikut keluar sekali.
Depan pintu masuk kelab malam, ada dua orang pengawal sedang berdiri tegak dengan baju hitam siap dengan kaca mata hitam lagi.
"Gde boss? [boss ada?] "
Laju kepala aku toleh pandang andi. Bahasa apa tu?
"Yest', Dobro pozhalovat', Dino [ada, selamat datang dino]" lelaki yang berbadan agak gempal itu menunjuk ke arah dalam kelab.
"em." andi berlalu masuk. Aku cuma ikut dari belakang. Dengan baju gaun merah paras lutut dan lengan pendek buat aku rasa tak selesa sangat sangat.
Andi lah yang suruh aku pakai macam tu.
Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam lagi satu pintu kelab malam, bergema telinga aku dengan lagu yang terlalu bingit. Ramai lelaki dan perempuan menari tanpa batas dan sangat khayal...
"yoo dino. Nakonets, vy tozhe zdes' [akhirnya, kau muncul juga kat sini]" seorang lelaki berkepala botak muncul entah dari mana menyapa andi.
Di tangan lelaki itu, ada sebotol air arak yang dah tinggal separuh. Ergh.. Bau yang menyebalkan. Aku tutup hidung. Kuat do bau arak.
"Kto printsessa pozadi tebya? [Siapa puteri kat belakang kau tu?]" lelaki botak tu jeling tengok aku sambil tersenyum.
Ee.. Aku tumbuk kang. Dahlah aku tak paham satu apa pun.
"where's boss?" andi keluarkan sebatang rokok dari kotak rokok yang ada di dalam poket lelaki tu.
"where's faris?" baru aku perasan ada tatu ular di leher lelaki berkepala botak tu.
"death.." andi hembus asap rokok depan muka lelaki botak tu.
"oh oh wow.. You shocked me dino" Lelaki tu tepuk tangan.
"so who's the girl behind you? Don't wanna to introduce us?" Lelaki tu angkat kening dan kecilkan mata pandang aku.
"later, now where's mafloy?"
"walla, We're bratva [brotherhood] right? He's at upstairs" Klan tunjuk lantai atas sambil tepuk perlahan bahu andi. Sempat lelaki botak tu kenyit mata kat aku. Ee!
Kat atas, Ada seorang lelaki tua sedang duduk santai sambil tenung kami bertiga. Ada dua orang gadis seksi kat tepi lelaki tua tu.
"okay" andi terus berlalu naik atas.
*******
"mafloy.. Welcome back" andi tundukkan sedikit kepala di depan seorang lelaki rusia yang mungkin dalam 50-an."emm... On mertv? [dah mati ke?]" lelaki tua tu teguk satu cawan kecil arak yang ada kat tangan dia sehingga habis.
"yes.. But There's something i want to ask you.." andi duduk di kerusi berhadapan mafloy. Aku cuma berdiri diam di belakang andi.
"who's this girl?" mata lelaki tua tu jeling sekilas pandang aku.
"ma wife"
Wife? Aku gigit bibir.
"huh?" ketawa lelaki tua itu bergema kuat.
"Kak ya mog ne znat' ob etom? [ macammana aku boleh tak tahu pasal ni?]"
"oshibka [kesilapan]" andi senyum sinis. Dia tarik tangan aku suruh duduk di kerusi sebelah dia.
YOU ARE READING
AKU
Mystery / Thriller~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...